Click jer klau ada iklan :)

Thursday, August 27, 2009

INFO - BAWANG PUTIH ANTIBIOTIK PALING BERKESAN

Bawang putih mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan dan juga kepada kesihatan manusia. Bahan semulajadi yang menjadi asas dalam masakan ini merupakan herba yang mampu mencegah pelbagai penyakit termasuk selsema dan serangan virus. Sehubungan itu, kajian saintifik turut menunjukkan ia merupakan antibiotik yang paling berkesan berbanding pengambilan pil2 yang kebanyakkannya menpunyai kesan sampingan.

Malah ia lebih berkesan sekiranya diambil secara mentah. Bagaimanapun, terdapat sesetengah orang yang alah padanya. Kesan yang ketara adalah suhu badan yang meningkat, mengalami sakit kepala, dan akan wujud ruam pada kulit. Dalam pada itu, kajian turut menunjukkan bahawa kandungan ealliumi dalam bawang putih mampu mencegah penyakit barah. Ini kerana bahan tersebut mampu mengimbangkan tahap kolestrol dalam darah seseorang.

Sumber; Majalah Rapi

PETUA - MENGELAKKAN PEDIH MATA

Biasanya mata kita akan berair bila memotong bawang merah dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya ia disebabkan getah bawang telah terpercik ke udara dan memasuki mata kita. Untuk mengelakkanya, pastikan kita memotong bawang menggunakan pisau yang nipis dan sangat tajam. Ini untuk mengelakkan kita "memerah" bawang sewaktu memotongnya.

Sumber; Majalah Rapi

MEE GORENG MAMAK


Resepi ni diberi oleh kawan kakak ku yang bekerja di kedai mamak. Hahaha dah bocor dah rahsia mamak ni.... Mari kita cuba kawan2

Bahan2
  • Bawang besar 2 ulas
  • Bawang kecil 5 ulas
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 1 cm
  • *Bahan diatas utk dikisar
    1 mangkuk/cawan kecil cili kering yang telah dikisar
  • 2 biji telur
  • 3 sudu cili sos
  • Sedikit gula & kicap
  • Daging/udang/sotong/fish cake/sayur (pilih mana suka)
  • Mee kuning 1 bungkus (600gm)

Cara2
Tumis semua bahan yang telah dikisar kecuali cili kering. Setelah kekuningan, masukkan cili kering. Setelah masak, masukkan daging atau apa2 bahan yg disukai & kacau lagi. Last sekali masukkan mee, sayur, telur & kicap. Untuk "memamakkan" lagi boleh la bubuh kicap hitam.
Gerenti sedap....

Nota; Bahan dikisar perlu ditumis dahulu, barulah cili kisar. Jika tidak pasti rasa akan "lari"

Friday, August 21, 2009

INFO - LIMAU BANTU CEGAH MASALAH GUSI

Mengambil limau atau oren terutamanya dari jenis yang besar boleh membantu mencegah penyakit gusi, penyebab utama gigi tertanggal di kalangan orang dewasa. Menurut kajian yang dilakukan oleh Friedrich Schiller University dari Jerman, risiko pendarahan gusi bagi seseorang yang berpenyakit gusi hanyalah sebanyak 25% jika dia mengambil 2 biji limau atau oren setiap hari. Vitamin C dalam limau atau oren membantu menghentikan jangkitan yang berlaku kerana ia membunuh bakteria gigi.

Sumber; Majalah Rapi

PETUA - MENGHALAU SEMUT DALAM GULA

Kat mana ada gula, kat situ la ada semut. Bekas gula yang tidak ditutup dengan sempurna pasti akan membuatkan semut masuk kedalamnya. Cara nak menghalaunya mudah saja ; letakkan sebilah pisau di bawah bekas berisi gula. Biarkan seketika. Semut akan berkumpul di satu tempat dan akan memudahkan kita membuangnya. Selamat mencuba!

Sumber; Majalah Rapi

BIHUN GORENG JEPUN


Menu ni sebenarnya diciptakan semasa zaman sebelum kermerdekaan lagi. Zaman Jepun. Arwak atuk (lelaki ) memang pandai memasak. Kesukaran untuk mendapatkan cili kering, maka digantikan dengan cili apa yang ditanam sendiri. Tapi resepi ni masih relevan lagi di zaman IT ni..... Sekali sekala berubah angin apa salahnya,....


Bahan2

  • 2 biji bawang besar
  • 7 biji bawang putih
  • 10 biji cili api
  • 2 genggam / 1 cawan ikan bilis atau udang kering
  • 3 pokok sawi
  • Sedikit taugeh
  • jika suka boleh bubuh fish cake
Cara2
Semua bahan diatas kecuali sawi & taugeh di kisar. Tumiskan bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan garam, bihun dan kacau hingga rata. Last masukkan sayur. Siap dah pun...

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN

Kini Ramadhan datang lagi......... Selamat Berpuasa diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan. Amin.....

Monday, August 17, 2009

INFO - BERHATI-HATI DENGAN PEWARNA TIRUAN

Pewarna sintesis atau tiruan sebenarnya ada yang berguna dan berbahaya untuk kesihatan. Mungkin disebabkan ia murah, maka pewarna tiruan ini mudah digunakan dalam makanan dan minuman. Kandungan rho-damin B dan metanil yellow adalah bahan berbahaya yang terkandung dalam pewarna tiruan yang boleh mengakibatkan penyakit hati, ginjal dan limpa di samping penyakit kanser. Jadi kurangkan pewarna dalam masakan anda.

Sumber; Majalah Rapi

PETUA - PUCUK BETIK LEGAKAN DEMAM

Dalam keadaan cuaca yang x menentu ni, ramai orang yang dijangkiti demam. Petua ni jiran lama yang bagi tau. Caranya mudah saja, cuma rebuskan pucuk betik dan minum airnya. Ianya juga berkesan bagi pesakit demam denggi (sudah dipraktikkan oleh jiran). Ianya juga berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Cuba la....

Sumber; Jiran

AWALNYA.....



Minggu ni aku diserang selsema. 2 hari cuti duduk rumah jer. Makan ubat.... zzzzzzzzzzzz
Nasib baik semalam selsema dan batuk dah berkurangan. Jadi, sempat juga potong kain untuk buat baju raya. Kerja yang dah lama tertangguh. Memang la raya lama lagi, tapi bila fikirkan langsir yang belum dijahit, nak buat kuih raya lagi... pening. Target nak siapkan baju raya sebelum puasa pun tak tercapai. Selalunya bulan puasa malas nak menjahit.... Tapi kali ni terpaksa juga, kalau x, x de la baju baru....hehehe

KEK PISANG

Kek ni atas permintaan suamiku. Maklum la orang dalam "pantang" mcm2 keinginanan dia. Ikutkan jerla. Resepi ni sebenarnya untuk kek durian tetapi telah digantikan dengan pisang. Oleh kerana yang nak makan tu dalam tempoh pantang, maka sukatan telur telah dikurangkan dari 5 kepada 3biji jer. Klau nak cuba, mari la...
Bahan2
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan marjerin
  • 1 1/2 cawan gula halus (boleh dikurangkan kepada 1 cawan jika x suka manis)
  • 1 cawan pisang yang telah dilenyek
  • 5 biji telur
  • Sedikit esen vanila


Cara2
Marjerin & gula diputar hingga lembut. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan pisang & esen, putar lagi. Last, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bila dah sebati tuang dalam acuan, masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dgn suhu 180 dan dibakar selama 50minit.

Nota; Kek pisang tidak akan nampak urat pisangnya jika ia dibakar. Urat pisang akan kelihatan sekiranaya kek dikukus.

Friday, August 14, 2009

AL-FATIHAH




Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin..........

Wednesday, August 12, 2009

INFO - PELBAGAI MANFAAT SERAI

Lazimnya serai di gunakan untuk masakan. Selain menambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Dipercayai daunnya yang ditumbuk lumat apabila di pupuk pada dahi mampu meredakan sakit dan ketegangan kepala. Malah bisa2 badan atau sengal2 badan juga mampu diubati melalui cara itu. Air perahan serai juga mampu mengelak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh minum air rebusan daun dan akar serai. Malah ia mencegah perut daripada kembung.

Sumber; Majalah Rapi

PETUA - KICAP & LIMAU UTK HILANGKAN BATUK

Dalam keadaan cuaca yang tak menentu, pelbagai penyakit datang menyerang. Salah satunya adalah batuk. Batuk yang berlarutan pastinya membuatkan kita tidak selesa. Salah satu cara untuk meredakanya adalah dengan cara meminum kicap dgn air perahan limau. 3 sudu kicap dicampukan kan dgn air dari 2 biji limau kasturi. Insyallah akan berkurangan...

Sumber; Ibu saudara

AYAM GORENG BERCILI


Bila ada tetamu pastinya kita akan menghidangkan menu istimewa untuk mereka. Pastinya sebagai menantu, aku masak yang terbaik untuk ibu mertuaku. Ok mari kita lihat cara-caranya ya;


Bahan2
1 ekor ayam - goreng terlebih dahulu
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar - 2 biji di kisar, 1 biji di potong bulat
1 inci halia
15 biji cili api - boleh dikurangkan jika x suka pedas
3 biji kentang - dipotong seperti french fries
1 batang serai - diketuk


Cara2
Kentang digoreng hingga kekuningan. Ketepikan. Bawang putih, besar, halia & cili api di kisar. Tumis serai diikuti bahan yang dikisar tumis sehinga kekuningan. Masukkan garam, ayam & kentang. Gaul rata. Dahpun siap. Senangkan..

Tuesday, August 11, 2009

BUAH TANGAN DARI UTARA




Pada pagi Sabtu ibu mertua & birasku sampai di KL untuk melawat suamiku yang baru selesai pembedahan. Pastinya setiap kali sampai pasti banyak makanan yang di bawa untuk kami. Menu wajib pastinya ketupat daun palas dan serunding ikan. Makanan ni memang popular di utara pada Hari Raya. Mmm sedapnya...

INFO - KUNYIT BANTU ELAK KANSER

Kunyit atau nama saintifiknya "Fibraurea Choraleuca" mempunyai pelbagai khasiat sejak turun temurun. Amalan meminum air rebusan kunyit dapat membantu memanaskan badan, melindungi jantung, juga mencegah kanser.

Sumber; Majalah Rapi

PETUA - MENGHILANGKAN BAU KASUT

Bagi mereka yang mempunyai kaki yang berbau tetapi suka memakai kasut, saya ada petua untuk anda. Caranya mudah saja; ambil sesudu serbuk kopi taburkan dalam kasut. Biarkan seketika kemudian dibersihkan. Pasti kasut anda tidak berbau lagi. Selamat mencuba!

Sumber; TV

SUAMIKU MASUK HOSPITAL :( - PART 2




Hari Khamis (06.08.2009) suamiku selamat menjalani pembedahan di Hospital Pakar Damansara pada pukul 3;30petang. Doktor cakap dia terpaksa membuang kira2 10cm ususnya yang melekat di dinding perut. Peluang untuk penyakit tu datang balik 5-10%. Selepas ini Insyaallah, sakit perut tu x akan datang balik. Malam itu aku pun tidur kat hospital. Katil sebelah tulah tempat ku beradu malam tu.Mudah-mudahan... dia akan pulih sepenuhnya... Amin..

SUAMIKU MASUK HOSPITAL :( - PART 1




Minggu lepas banyak betul dugaannya. Selepas ke klinik untuk pemeriksaan kerana sakit dibahagian perut, Dr nasihatkan suami ku buat rujukan di hospital. Dan keputusanya......


Kena buat pembedahan....... Masuk jer hospital untuk appoiment, kena pakai topeng.. maklum la sekarang ni kan kes H1N1 semakin menjadi2.
Suami ku dikesan menghidap Hernia dan tiada ubat yang dapat menyembuhkannya melainkan pembedahan. Jadi memang x de jalan keluar. Walaupun takut masuk hospital dia terpaksa juga kali ni... Nanti kita tengok reaksi dia selepas operate ok..

Tuesday, August 4, 2009

INFO - SUSU UNTUK RAWAT SAKIT

Ambil 2 cawan susu segar, didihkan dengan api sederhana. Apabila telah mendidih, masukkan 2-3 biji bawang putih yang telah diketuk, kemudian tutup api & periuk. Semasa hendak minum (ketika suam) campurkan sedikit madu.
Baik untuk merawat sakit asma, sendi, angin & sembelit.

Sumber; Radio

KEK PANDAN

Hujung minggu lepas, cuba buat kek lagi :) Mari kita lihat cara2 nya ya;

Bahan2
1 1/2 cawan tepung kek
1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak kelapa
1 cawan santan (kisar bersama sehelai daun pandan & tapis)
2 cawan gula halus
5 biji telur
1 sudu pewarna hijau & baking powder

Cara2
Pukul putih telur smpai gebu, pukul kuning dgn gula. Satukan & masukkan minyak, santan.
Masukkan tepung, baking powder, pewarna & bakar. Selamat mencuba :)

KESELAMATAN?????

Kali ni nak cerita sikit pasal pengalaman suami saya. Sepatutnya pada minggu lepas dia berangkat ke India untuk menghadiri mesyuarat untuk New Delhi Airport Project. Setelah semua persiapan dilakukan, pasport di hantar ke kedutaan India untuk mendapatkan visa.
4 pasport dihantar, hanya 3 diluluskan. Suami saya tidak dibenarkan ke India atas alasan keselamatan kerana menyimpan janggut.

Alasanya... kejadian pengeboman baru berlaku di Indonesia dan suspeknya dari Malaysia dan semasa kejadian pengeboman di Pakistan, suspek ke Malaysia dahulu sebelum ke Pakistan.
Walauapapun alasanya, suami saya tetap akan mempertahankan sunnah Rasulullah S.A.W. Perlukah kita mencukur jangut atau membuka tudung semata2 untuk ke luar negara? Adakah
semua orang Islam (yg jelas identitinya spt; bertudung & berjanggut) pengganas?
Sedangkan ramai penganut Kristian yang menyimpan janggut dan rahib wanita tidak dilabel sebagai penganas?

ADAKAN INI ATAS ALASAN KESELAMATAN ATAU PENGANIYAAN?

***** Maaf kali ni emosi sikit. Saya memang x suka agama dijadikan alasan atas sesuatu perkara.

POKOK BUNGA (MONEY PLANT)


Mmmm dah lama x update blog. Sibuk & malas........... Kali ni nak cerita pasal pokok bunga pula.
Pokok ni sesuai utk di tanam di dalam rumah dan x perlukan penjagaan yang rumit. Rendam jer dalam air. Orang kata klau subur pokok yang ditanam, maka ekonomi orang yang menanamnya pun ok. Tapi x tau la.... aku tanam subur gak tapi utang x habis pun :( Ini cuma kepercayaan saja ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...