Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, October 28, 2009

CHOCOLATE & VANILLA MUFFIN

Akhirnya tercapai juga hasrat nak buat muffin setelah 2 minggu tertangguh. Tapi sayangnya mak x sempat nak rasa pasal kena balik waktu pagi. Cuma dapat rasa nasi ayam pandan jer untuk makan tengahari. X pe hujung minggu ni balik kampung aku buat....
Setelah percubaan pertama menjadi, semalam balik kerja buat lagi.... Hehehe.. semangat. Kali ni buat 2 jenis Vanilla & Choc Chip.

Yang ni Choc Chip. Buat dalam 2 saiz sedang & kecil.

Yang ni pula Vanilla Muffin. Dalam 2 saiz juga.
Utk 1 adunan cup besar blh dapat dlm 12 biji, cup kecil 22 biji. Tapi hari ini kemalasan melanda diriku. So, malas nak menulis just copy & paste dari blog Mat Gebu..... Hua hua hua
Terima Kasih Mat Gebu atas resepi ini.
Bahan-Bahannya :-)
2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul dan diayak)
2/3 cawan mentega (lebih kurang 170 g)
3/4 cawan gula halus ( resepi asal 1 1/3 cawan)
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan coklat chip*
1/2 cawan kismis*
1/2 cawan kepingan badam*(*digaul rata)
Sedikit kepingan badan dan coklat cip utk hiasan
Cara membuatnya :-)
Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang.
Perlahankan speed, tuang susu dan esen vanila, pukul hingga rata.
Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar sekadar semua sebati sahaja.
Masukan kepingan badan, kismis dan coklat chip yang telah digaul dengan tepung tadi, gaul dengan menggunakan spatula sehingga rata.
Isi dalam acuan muffin pilihan sebanyan 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan kepingan badan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selamat 25 - 30 minit, bergantung pada saiz acuan muffin dan oven masing2.....

Tuesday, October 27, 2009

KERABU SOTONG


Bahan2;
1/2 kg sotong - bersih, celur dan toskan
2 biji tomato - di potong dadu
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji cili besar (2 merah & 2 hijau) - dihiris
10 biji limau kasturi - perah airnya
Sedikit garam, serbuk perasa & gula
Cara2;
Gaulkan semua bahan2 di atas hingga rata. Dahpun siap.
Elok dimakan terus selepas menyediakannya. Sedap & berkhasiat.

Friday, October 23, 2009

INFO - OREGANO SEBAGAI ANTISEPTIK

Oregano merupakan antara makanan yang sering dikaitkan dengan masakan seperti spagethi. pasta, steak, sup & salad. Tidak lengkap dan sedaplah makanan2 tersebut tanpanya. Bukan itu sahaja, ia sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan anda. Ia membantu mengatasi gangguan pencernaan, bertindak sebagai antiseptik serta dapat mengurangkan migrain.

PETUA - HILANGKAN LEMAK AYAM

Basuh ayam menggunakan air bersih, kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air. Selepas itu, bersihkan dengan air semula. Campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak di campurkan sebelum memasaknya.

Sumber; Majalah Wanita

Tuesday, October 20, 2009

JALAN2 @ SUA RASA TV 9

Hari Ahad yang lepas kmi 3 beradik (Mohd Raya Angels) jalan2 di Shah Alam. Ada karnival Sua Rasa. Ok juga la...
Ni la kakak & adik aku.... Dua2 pun slim jer... Aku yg gebu sikit... Hua hua hua

Kononnya nak "snap" gambar Maya Karin. Tapi tengok la apa yang aku dapat... Hua hua hua

Kenal x sapa ni? Mana hantu? Itu hantu? Ceplos... Tengok cara Ami pandang dia. Mungkin Ami nampak dia mcm kat dalam tv tu kut...... Akutnya....

Kat sini ada pertunjukan udara juga.....

Jalan punya jalan, ni jer yang aku beli. Botol air aluminium. Sebenarnya bukan peminat Arsenal, tapi x de pilihan. Logo MU (Manchaster United) amat menakutkan.....
Rasanya hujung minggu ni nak cuba buat muffin, klau jadi nanti saya update ok. Lagipun minggu ni mak datang dari Johor. Anak sepupu kawen. Tentu banyak gambar nak dikongsi bersama. So... tunggu....................................

Monday, October 19, 2009

KETAM MASAK LEMAK PEKAT


Menu ni biasanya dibuat pada hujung minggu jer. Pasal nak bersihkan ketam... ambik masa. Amat mudah menyediakannya...... Cuba la......
Bahan2
4 ekor ketam - dibersihkan & potong 2
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
20 biji cili kering*
1/2 biji kelapa
1 inci halia - dimayang
Sebatang serai - diketuk
Cara2
Kisar bahagian yang bertanda *. Tumis serai & halia hingga naik bau. Masukkan cili kering. Masak hingga pecah minyak. Setelah itu, masukkan santan & ketam. Masak hingga kuah pekat. Perasakan dengan air asam & garam. Dah pun siap.....
Sedap dimakan dengan nasi & dicicah dengan roti.

KEK OREO

Kek Oreo dari tepi.....
Lepas dipotong..... Potong masa panas2... Jadi "out of shape"

Hujung minggu biasanya digunakan untuk cuba resepi baru... Resepi ni diberikan oleh Ameera (kawan chatting) dari Brunei.
Terima kasih ya Ameera. Kek ni memang sedap. Sebagai menghormati privasi empunya resepi, maka x leh nak "publish" resepi ni.... Maaf ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...