Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, January 19, 2010

PERIA GORENG RANGUP

Ini la sayur kegemaran suami. Kalau masak cara lain mesti tak berusik. Bila goreng, memang licin. Rasa pahit seakan hilang dengan kerangupan tepung. Kalau selama ni peria sayur pilihan terakhir, kini tidak lagi.....

Bahan2
  • 2 biji peria katak (peria biasa pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung rangup (tepung goreng pisang adabi pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu tepung ubi (optional)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit air

Cara2
Peria di belah 2 dan dibersihkan bijinya. Potong menyerong & nipis. Campurkan semua tepung, garam & sebuk kunyit. Masukkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu cair . Celupkan peria satu persatu dan goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan.

SAMBAL UDANG

Salam....
Ha... inilah lauk kesukaan ku. Kalau ada petai lagi layan.... Lagi besar udang lagi bagus :). Tapi menu ni banyak kolestrol, x boleh di hidang selalu. Dah berumur ni, kena la jaga pemakanan sikit. Hahha.. Jom kita tengok resepi :)

Bahan2
  • 15 ekor udang (saiz L)
  • 1 cawan cili kisar*
  • 5 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 1 keping asam keping / 1 sudu asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis (anggaran 1 cawan)
Cara2
1. Bersihkan udang (potong bahagian kepala dan kaki) dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis cili yg dikisar dgn bahan bertanda * sehingga pecah minyakmasak.
3. Masukkan bawang besar dan udang. Perasakan dgn garam.
4. Kacau hingga udang masak/berubah warna.
    - x perlu dimasak terlalu lama utk mengelakkan isi udang keras.

** Minyak yang banyak perlu untuk menumis cili kisar supaya ia benar2 masak, warna sambal menjadi merah dan tahan lama. Buangkan sedikit lebihan minyak setelah cili masak dan sebelum udang dimasukkan.

INFO - KHASIAT LADA BENGGALA

Warnanya yang ceria menyemarakkan rasa begitu juga dengan khasiatnya . Lada benggala kaya dengan vitamin C. Ia membantu mempertingkatkan keupayaan imunisasi tubuh di samping mempertingkatkan kadar metabolisme. Biasanya lada benggala digunakan sebagai bahan sampingan di dalam sayur campur, sup, sos pasta dan sos salsa.

Sumber: Majalah Rapi

PETUA - HILANGKAN KESAN BAU PAPAN PEMOTONG

Papan pemotong yang sudah lama digunakan akan mudah berbau hanyir. Potong limau nipis kepada dua bahagian dan sapukan pada permukaan papan tersebut. Lakukan setiap kali selepas digunakan. Selamat mencuba!!!

Sumber; Majalah Rapi

Monday, January 18, 2010

JELLY BUAH-BUAHAN

Mmmm ini resepi kegemaran kanak2. Buat untuk perkelahan semalam. Rupanya mak & bapak budak yang dok perabih....... Apapun senang sangat membuatnya & sedap pula rasanya. Untuk sukatan ini dapat dalam 40 biji (acuan kecil). Rasa kenyal2 & rasa manis buah memang mengasyikkan. Jom skodeng......

Bahan2

1 liter air
1 1/3 cawan gula
10gm serbuk agar2 (saya pakai Konyuku)
Buah-buahan segar (saya gunakan laici & anggur)
Perasa buahan yang disukai (saya gunakan laici)

Cara2
Masak air hingga didih. Masukkan gula yang telah digaul rata dengan serbuk agar2 sedikit demi sedikit. Kacau selalu supaya tidak berketul. Masukkan dalam acuan yang telah diletakkan buah-buahan. Biar sehingga sejuk & keluarkan dalam acuan. Dahpun siap.

ROTI MENTEGA BERMADU

Resepi yang sedap dan senang...... ada rasa masin, manis & lemak. Makan waktu hujan2 lagi sedap. yang paling sedap bahagian tepi tu.... rangup dan masin.
Ayuh kita skodeng bahan2 :)

Bahan2
  • Beberapa keping roti
  • Mentega
  • Madu atau susu pekat manis
Sapukan mentega pada roti & bakar dalam oven atau dlm kuali pun boleh. Terbalikan dan bakar lagi. Masa nak hidang curahkan sedikit madu atau susu pekat manis. Makan masa panas2.

SUNFLOWER MUFFIN


  • Salam....
    Minggu lepas tiba2 jer suami minta dibuatkan muffin kesukaanya. Sebenarnya resepi ni ambil dari rumah Cik Mat, tapi di ubah sedikit mengikut selera suami yang sukakan kismis :) dan akak pun tambah pula sunflower seed yang memang ada dlm stok. Memang mengasyikkan bila kita mengunyah sunflower seeds yang lemak rasanya...... Jom skodeng bahan2 nya

    Bahan2
    2 cawan tepung naik sediri (self-raising flour)
    1 camca teh baking powder
    3/4 cawan gula perang (brown sugar)
    3/4 cawan susu cair
    1/2 cawan minyak jagung
    1 biji telur Gred A
    1 camca teh esen vanilla
    1/2 cawan kismis & sunflower seeds

    Cara2
    Campurkan gula perang, susu cair, minyak jagung, esen vanila & telur. Pukul dengan whisk hingga sebati.
    Masukkan tepung & baking powder sedkit demi sedikit. Apabila sebati, masukkan kismis & sunflower seeds.
    Masukkan dlm acuan muffin dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20-25 minit dengan suhu 170 darjah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...