Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, February 23, 2010

KEK MENTEGA PELANGI

Assalamualaikum..... Lama rasanya x update blog ni... Bulan February pun dah nak habis.
Satu n3 pun x masuk lagi utk bulan ni........ Akhirnya dapat juga curi masa untuk update.
Apa kata kita tengok resepi yang mudah & sedap ni. Kek ni lembut, lembap & gebu. Resepi dapat dari Buku Resepi Saji keluaran Hari Raya tahun lepas....

Bahan2
250gm mentega
225gm tepung naik sendiri
225gm gula kastor
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila ( resepi asal x letak)
Pewarna merah, hijau & kuning

Cara2
Mentega & gula di putar hingga ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji & esen. Putar lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar lagi. Bila dah sebati, bahagikan kepada 3 bahagian dan masukah dlam acuan. Larikkan dgn lidi utk mendapat corak yang diinginkan. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar pada suhu 180'C selama 45-50 minit.

Tuesday, January 19, 2010

PERIA GORENG RANGUP

Ini la sayur kegemaran suami. Kalau masak cara lain mesti tak berusik. Bila goreng, memang licin. Rasa pahit seakan hilang dengan kerangupan tepung. Kalau selama ni peria sayur pilihan terakhir, kini tidak lagi.....

Bahan2
  • 2 biji peria katak (peria biasa pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung rangup (tepung goreng pisang adabi pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu tepung ubi (optional)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit air

Cara2
Peria di belah 2 dan dibersihkan bijinya. Potong menyerong & nipis. Campurkan semua tepung, garam & sebuk kunyit. Masukkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu cair . Celupkan peria satu persatu dan goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan.

SAMBAL UDANG

Salam....
Ha... inilah lauk kesukaan ku. Kalau ada petai lagi layan.... Lagi besar udang lagi bagus :). Tapi menu ni banyak kolestrol, x boleh di hidang selalu. Dah berumur ni, kena la jaga pemakanan sikit. Hahha.. Jom kita tengok resepi :)

Bahan2
  • 15 ekor udang (saiz L)
  • 1 cawan cili kisar*
  • 5 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 1 keping asam keping / 1 sudu asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis (anggaran 1 cawan)
Cara2
1. Bersihkan udang (potong bahagian kepala dan kaki) dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis cili yg dikisar dgn bahan bertanda * sehingga pecah minyakmasak.
3. Masukkan bawang besar dan udang. Perasakan dgn garam.
4. Kacau hingga udang masak/berubah warna.
    - x perlu dimasak terlalu lama utk mengelakkan isi udang keras.

** Minyak yang banyak perlu untuk menumis cili kisar supaya ia benar2 masak, warna sambal menjadi merah dan tahan lama. Buangkan sedikit lebihan minyak setelah cili masak dan sebelum udang dimasukkan.

INFO - KHASIAT LADA BENGGALA

Warnanya yang ceria menyemarakkan rasa begitu juga dengan khasiatnya . Lada benggala kaya dengan vitamin C. Ia membantu mempertingkatkan keupayaan imunisasi tubuh di samping mempertingkatkan kadar metabolisme. Biasanya lada benggala digunakan sebagai bahan sampingan di dalam sayur campur, sup, sos pasta dan sos salsa.

Sumber: Majalah Rapi

PETUA - HILANGKAN KESAN BAU PAPAN PEMOTONG

Papan pemotong yang sudah lama digunakan akan mudah berbau hanyir. Potong limau nipis kepada dua bahagian dan sapukan pada permukaan papan tersebut. Lakukan setiap kali selepas digunakan. Selamat mencuba!!!

Sumber; Majalah Rapi

Monday, January 18, 2010

JELLY BUAH-BUAHAN

Mmmm ini resepi kegemaran kanak2. Buat untuk perkelahan semalam. Rupanya mak & bapak budak yang dok perabih....... Apapun senang sangat membuatnya & sedap pula rasanya. Untuk sukatan ini dapat dalam 40 biji (acuan kecil). Rasa kenyal2 & rasa manis buah memang mengasyikkan. Jom skodeng......

Bahan2

1 liter air
1 1/3 cawan gula
10gm serbuk agar2 (saya pakai Konyuku)
Buah-buahan segar (saya gunakan laici & anggur)
Perasa buahan yang disukai (saya gunakan laici)

Cara2
Masak air hingga didih. Masukkan gula yang telah digaul rata dengan serbuk agar2 sedikit demi sedikit. Kacau selalu supaya tidak berketul. Masukkan dalam acuan yang telah diletakkan buah-buahan. Biar sehingga sejuk & keluarkan dalam acuan. Dahpun siap.

ROTI MENTEGA BERMADU

Resepi yang sedap dan senang...... ada rasa masin, manis & lemak. Makan waktu hujan2 lagi sedap. yang paling sedap bahagian tepi tu.... rangup dan masin.
Ayuh kita skodeng bahan2 :)

Bahan2
  • Beberapa keping roti
  • Mentega
  • Madu atau susu pekat manis
Sapukan mentega pada roti & bakar dalam oven atau dlm kuali pun boleh. Terbalikan dan bakar lagi. Masa nak hidang curahkan sedikit madu atau susu pekat manis. Makan masa panas2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...