Click jer klau ada iklan :)

Thursday, July 22, 2010

FLORIA @ PUTRAJAYA

Salam semua....
Mmmm dlm sibuk2 nak pindah, sempat gak update blog ni. Smntara tngu org angkt brg, baik buat sesuatu yg kita suka :) Kali ni nak bwa smua jln2 kat Floria @ Putrajaya.....Best....tp pnat berjalan, smpai sakit kaki. Terima Kasih pada adik yg sudi bwa kakak jln2 ya...

Welcome :D
Kiambang - ni foto yg aku suka :)

uuuu anyaknya mungeee - kata Ami

Bunga lagi....


Lagi2 bunga

Hehehe.... negeri ku

Bunga pokok Halia Merah


Spesis baru - Orkid Harimau
4 tahun baru blh berbunga

Pokok ati-ati

Kekwa ~ I like

Ada persembahan pancaragam dr bdk skolah

Orkid-lah
Sebenarnya bnyk gak gambar yg aku ambil. Tapi mlas nak tunggu utk upload. Klau org yg ada camera canggih mmg dpt view dgn lbih cntik lg.....Apapun mmg best. X rugi pergi. Makanan pun sedap2 & agak murah. So, tunggu la thn depan pulak ya....Msti bnyk nak diborong nanti.....

Wednesday, July 14, 2010

BRUSCHETTA


Salam semuaaa. Lama rasanya x update blog ni. Inipun amik kesempatan masa tngu cik abg dtg amik. Klau x berkulat rasanya gambar kat file..... Resepi ni akak yg ajar. Senang jer buatnya. Skali tgk, msti dah tahu. Rasanya pula memikat..... Ni masakan orang Itali tapi masih sesuai utk tekak Asia kita......Jom skodeng bahan2...

  • Bahan2
  • 1 ketul roti Perancis (yg pnjg tu...)
  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 bungkus daun selasih (Basil leaf)
  • 3-4 keping keju - blh juga guna keju parut
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit minyak zaitun

Cara2
Roti dipotong menyerong setebal 1/2 inci. Tomato & bawang besar dipotong dadu. Bawang putih di parut. Keju dipotong kecil. Letakkan roti atas dulang pembakar yg dialas dgn aluminium foil. Taburkan tomato, bawang putih, bawang besar, daun selasih, dan keju. Bakar dgn suhu 100 selama 5 minit. Hidangkan atas pinggan & curahkan sedikit minyak zaitun. Enak di makan panas2.
Ni la rupanya sblm di bakar.

*** Bruschetta ni ada pelbagai versi. Kita blh tambah pelbagai bahan yg kita suka. Terpulang pada selera masing2. Yg paling asas cuma roti, keju, tomato, bawang putih & minyak zaitun.

Friday, June 25, 2010

SAMBAL BUNGA KANTAN

Salam semua.....
Mesti ada yg x pernah dgr bunga kantan buat sambak ek..Ha ni la resepi turun temurun kita org. Mmmg layan... X caya , cuba la :)

Bahan2:
2 kuntum bunga kantan - dihiris
1 cawan ikan bilis - digoreng
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - dicincang
5 biji cili api - belah 2 - optional
2 biji cili besar (1 putih, 1 hijau) - dihiris serong
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara2:
Panaskan minyak, masukkan bawang putih & masak hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, cili api, cili besar & bunga kantan. Masak hingga layu. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng & perasakan dgn garam. Dah pun siap :)

Monday, June 21, 2010

POKOK KELADI ~ BERACUN

Artikel ni di email oleh kwan. Tentu smua familiar dgn pokok keladi ni. Klau kat tmpt aku daun ni biasanya buat bungkus tempe. Alhamdulillah, sehingga ke hari ni, blum dgr apa2 yg buruk berlaku. Tak dpt nak pastikan betul ke x artikel ni. Tp apa salahnya klau kita berjaga2 :)

Maaf ya... email ni dlm bahasa omputih dan akak x de kerajinan nak meng-translate-kannya. hehehe....Selamat membaca...

Dear all,
Please read below. The message is true. I almost lost my daughter who put a piece of the leaf of this plant in her mouth and her tongue swelled to the point of suffocation. This is one plant but there are others with the same characteristics of coloring. Those are also poisonous and we should get rid of them. Please watch out for our children. As we all leave our children home in the hands of the helpers, we should give them a safe environment where they can play.

"This plant that we have in our homes and offices is extremely dangerous!
This plant is common in Kenya , Rwanda, Uganda in plant nurseries, many offices and homes. It is a deadly poison, mainly for the children. It can kill a kid in less than a minute and an adult in 15 minutes. It should be uprooted from gardens and taken out of offices. If touched, one should never touch ones eyes; it can cause partial or permanent blindness. Please alert your buddies.

My dear friends, look around your garden whether you have this plant? get rid of it.

PLAY IT SAFE FRIENDS ...... IT MIGHT BE TRUE. DON'T TAKE CHANCES

Monday, June 14, 2010

IP MAN & IP MAN 2

Salam Semua.....
Ha.... kali ni N3 lain sikit...Pasal filem aksi yg aku paling minat. Mula2 dulu aku tgk DRAGON TIGER GATE yg dilakonkan oleh pelakon sama. Tapi aku kurang berminat dgn kungfu terbang2 ni. X real. Hinggalah suami aku ajak tgk IP MAN 2. Mmmg best sgt2. Tapi aku blm tgk lg yg 1st, so kna la cari DVD nya... Nasib baik kwn suami aku ada...
Ni antara poster utk IP MAN. Aku plg suka minit ke 25, 50 & 1:30 - smua bab lawan2. Aku suka cite ni bukan pasal ada lawan2 jer, tp peribadi hero tu & mcmana dia jaga maruah diri & bangsa dia. Memang tabik betul dgn peribadi dia. Cara dia bercakap, cara menasihati ...mmg penuh tatasusila.Blh juga jadi contoh anak2 muda sekarang. Ikut resmi padi, Semakin berisi, semakin tunduk.Utk filem ni pasal penjajahan Jepun ke negeri China.
Yang ni pula poster utk IP MAN 2. Aku suka minit 1:35. Utk filem yg ni dia kat Hong Kong di bawah penjajahan British. Tgk la mcmana dia ajar anak murid dia pasal peribadi mulia & mcmana dia blh lembutkan hati Guru Hong yg kejam tu. Yang paling seronok ucapan terakhir dia utk mat saleh yg dia dah kalahkan. Betul2 merendah diri.
Filem ni adalah kisah benar mengenai Tok Guru Bruce Lee.
Haaaa.... ni la hero dia. Donnie Yen. Hensem ek... X rugi tgk filem ni. Gerakannaya cantik, kemas & tersusun.
Ok lah tu jer utk arini ya.... klau rajin tgk la.....Bye....

Thursday, June 10, 2010

PERMATA HIJRAH

Minggu yg lepas, mak & abah & adik datang. Hari Ahad ada kenduri kahwin di rumah sedara. Sabtu, kita org smua pergi Permata Hijrah cawangan Bangi. Memang tujuan abah nak ke sini minggu sebelumnya. Tapi disebabkan, rompakan tempohari, maka terbatal la rancangan dia. Huhuhu......Oleh kerana free, maka Abg Khai x melepaskan peluang mencuba. Termasuk la aku.. hehhe
Tengok tu khusyuk betul abah..... Syshhhhh x leh gerak2...

Mak & Hawa khusyuk dengar penerangan dari petugas di situ.
Masa ni aku tgh mencuba gak....

Ada juga rawatan resdung di sini. Mcm mata gak, blh cuba - FREE. Klau nak bli ubat jer kena bayar. Utk rawatan mata, blh la prepare dlm RM 500.00 (utk 1 set ubat & cermin mata tu). Petugas kat sini smuanya dari Pantai Timur. Kena dgr btul2, klau x, mmg ssh nak faham.
Bangga dpt g tmpt mcm ni, smuanya berkopiah & bertudung. 100% bumiputera. Syabasss!!

Ooops.. sya bkn wakil atau dibayar utk N3 ni ya.... Saja nak share....

Wednesday, June 9, 2010

KUAY TEOW GORENG UDANG

Assalamualikum..
Menu ni dibuat sekiranya mood memasak x de. Hehehe....mmg kadang2 terasa malas nak memasak. Kuay teow ni paling sedap digoreng dgn kerang. Tapi bila dah malas, amik yang mudah jer. Kalau kerang perlu direbus & dikupas..huhuhu
Jom kita skodeng bahan2nya

  • Bahan2
  • 1 bungkus kuay teow - bilas dgn air panas utk buang minyak
  • 10-15 ekor udang
  • 2 biji bawang putih - diketuk
  • 2 biji bawang kecil - dihiris nipis
  • 1 biji telur
  • 2 pokok sawi / secekak daun kucai
  • 1 cawan taugeh
  • 2 s/b cili kisar
  • 2 s/b cili sos
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b sos tomato
  • 3 s/b kicap pekat
  • Sedikit garam

Cara2
Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang kecil. Masukkan cili kisar & masak smpai cili sedikit garing. Masukkan sos cili, tiram & tomato. Kacau lagi. Masukkan garam, kicap, udang & telur. Akhir sekali masukkan kuay teow, sawi & taugeh. Kacau rata. Sedia utk dihidang....Nyum2

Jemput makan....... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...