Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, February 1, 2011

KUIH KETAYAP @ GULUNG

Wah..wah ada yg dah siap packing baju la nak blk kg.  Saya pun nak blk kg gak mlm ni :). Kali ni giliran ke Utara lak. Tapi dalam hati ni risau gak kat famili di Muar. Hujan x berhenti2 dan dah banyak kawasan dah mula dinaiki air :(. Semoga peristiwa banjir 2006 x berlaku lagi.
Sebut pasal hujan ni, waktu ni laaaa... perut asik lapar jeee. Ni menu minum petang Ahad lepas dan mkan waktu hujan gak. Resepi ni amik kat My Resepi dan resepi asal oleh princessharyati. Terima Kasih ya utk resepi sedap ni :) Jom tengok resepi :)

Bahan2
~ Utk kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk) - sya gunakan santan serbuk 50gm
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

~ Utk inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara-cara
Untuk inti;
1. Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan.
3. Angkat. Buang daun pandan tadi.
 
Untuk kulit;
1.Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya.
2. Jikal guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis.
3.  Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati .
4. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
5. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat.
6. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
 
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

Posing ala2 meriam :)

Monday, January 31, 2011

AYAM GRILL BBQ


Kali ni saya nak share resepi yg saya dapat dari Majalah Mingguan Wanita. Resepi disumbangkan oleh Restoran Pannaz @ Damansara Perdana. Pernah gak sekali menjamu selera di restoran yg menghidangkan western food ni, kebanyakan makananya di grill. Ianya dimiliki oleh En Shahnaz Ismail dan Dr Halina Haron.
Exceli resepi ni untuk 4 ketul Chicken Wings, tapi saya guna 1/2 ekor ayam dan bahan2nya saya gandakan sukatanya. Buat pertama kalinya test grill pan yg dihadiahkan oleh akak dan adik saya. Terima Kasih Za & Ani :) Nti nak set BBQ lak ya..hahaha. Jom tengok resepi :)

Bahan2
1/2 ekor ayam - potong 4, bersih dan toskan
2 sb sos tomato
2 sb jus lemon atau cuka makan - saya gunakan Sunquick
2 sb minyak zaitun
Secubit serbuk stok ayam - saya gunakan Knorr Pasti Sedap
1 sk lada hitam
2 sk serbuk cili
2 sb madu asli
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 inci halia - sendiri letak - dicincang halus
Garam secukup rasa
(bahan2 telah digandakan, gunakan 1/2 sukatan diatas utk 4 ketul kepak ayam)

Cara2
1. Gaul sebati semua bahan2.
2. Sapu rata bahan2 pada ayam dan perap selama 1 jam. Simpan dlm peti sejuk.
3. Grill ayam atas pemanggang ayam selama 40 minit hingga kekuningan/masak.
4. Makan ketka masih panas bersama sos pilihan.


 Enaknya dimakan begitu sajaaa........

Friday, January 28, 2011

KEK OREN LEMBAP


Kek Oren ni dibuat buahtangan untuk En Ami. Saya buat 1/2 adunan jerk pasak En Asben x suka Kek Oren..huhuhu.  Resepi amik kat rumah Mat Gebu, mat pulak amik kat rumah Suejoshua. Kek ni hanya menggunakan 5 jenis bahan jerk. Cuma yg ssh sikit, telur putih dan kuning perlu dipukul berasingan, yg lain sama mcm kek2 yg lain gak. Jom tengok resepi mudah ni.. 

Bahan2
130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus

Cara2 :
1.Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.

2.Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.

3.Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.

4.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.

5.Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
 
Layan lak dgn coklat Hershey...mmmm sdapnyaaa...

Thursday, January 27, 2011

MEE BANDUNG EXPRESS

Saat ai tulis N3 ni, gelembung2 air sudah mula kelihatan :(. Bukan ai sorang yg kena tau, adik ai pun kena gak....hahahaha. Nak wat camna.. mee bandung ni klau kurang udangnya mna ada "kick". Susah gak kan klau ada eczema ni. X pe makan pnya pasal, ai sanggup tanggung :). Sekali sekala ok la.
Exceli resepi ni ready made pnya.. cuma tambah apa yg korang rasa perlu jer...

Bahan2
1 bungkus perencah Mee Bandung
1 bungkus mee kuning - celur dan toskan
15 tangkai cili kering* - buang biji, rebus dan toskan
3 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
5 sb minyak masak
1 cawan udang - bersih dan toskan
1 cawan sotong - bersih dan toskan
1 1/2 cawan daging - bersih dan toskan - potong nipis & lebar
10 cawan air - ikut kepekatan kuah
5 biji telur
3 pokok sawi
Garam

Bahan hiasan
3 keping tauhu - goreng hingga kekuningan, potong nipis

1 pokok daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
3 biji limau kasturi
2 biji cili merah - dipotong serong

Cara2
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing/masak.
3. Masukkan Perencah Mee Bandung dan biarkan seketika sambil dikacau sebati.
4. Masukkan air dan daging. Masak hingga daging empuk / lembut.
5. Masukkan pula sotong dan udang apabila daging lembut dan kuah agak pekat.
6. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk - jgn dihancurkan.
7. Masukkan sawi dan tutup api.
8. Letakan mee atas pinggan, tuangkan kuah dan tabur bahan2 hiasan.
9. Enak dimakan panas2.
***Sawi boleh dicelur terlebih dahulu dan diasingkan utk mengelakanya jadi "lebam".
***Jika suka, telur boleh direbus tanpa perlu dimasukkan dlm kuah.

Perencah Mee Bandong yg saya gunakan :)

Wednesday, January 26, 2011

KEK LUMUT


Sesuai dgn namanya... rasanya dah berlumut gak saya simpan resepi ni. Barang2 semua dah siap beli. Cuma baru2 ni sempat buat, itupun disebabkan Horlicks dan nak berlumut....... haahaa. Kek ni ada 2 versi, tapi kedua-dua resepi dari Dayang Jack. Resepi ni saya amik kat My Resepi x mengunakan Nestum, tapi kalau resepi yg kat rumah Che Mat ditambah dgn 1/2 cawan Nestum tp sukatan Horlicks dikurangkan menjadi 1/2 cawan. Apapun kek ni mmg sedap dan lemak. Cuma masa mengukusnya agak lama ~ 2 1/2 jam.

Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 " )
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 gm mentega (seelok2nya Golden Churn)
4 biji telur gred A
pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
(saya guna Star Brand ~ hijau epal sbb tu warnanya agak cerah)
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Cara-cara
1.Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2.Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3.Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4.Masukkan susu dan serikaya. Pukul lagi.
5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6.Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan
7.Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8.Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
9.***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega

 Kalau warnanya pekat, tentu lg meriah kan?

Gebusssss :)

Tuesday, January 25, 2011

KENTANG MASAK ASAM

Kentang Masak Asam? Mungkin ada yg pertama kali mendengar. Masakan ni merupakan masakan biasa bagi orang Kerinci. Amat sesuai utk org yg x de selera nak makan. Rasanya masam, masin dan lemak. Lauk ni sesuai gak untuk org yg dalam pantang, cuma gantikan dgn ikan masin yg bersesuaian.
Moh skodeng resepi :)

Bahan2
3 biji kentang - belah 4
1 ekor ikan sepat kering - bersih dan toskan
8 tangkai cili kering*
3 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
Kunyit hidup - sebesar ibu jari*
4 cawan air
1 keping asam
Garam

Bahan2
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Masukkan bahan kisar ke dlam periuk bersama2 kentang, air dan asam keping.
3. Dlm kuali, goreng ikan sepat hingga garing. Potong kepada 4 bahangian. Ketepikan.
4. Apabila kentang sudah empuk dan kuah mendidih, masukkan ikan kering.
5. Perasakan dgn garam sebelum ditutup api.

Layannn...

Monday, January 24, 2011

AYAM PANGGANG ROSEMARY

Salam sejahtera dan selamat bekerja....
Ok harini Chef nak kongsi resepi yg Chef sendiri x tau nak bagi nama apa pada mulanya. hahaha.  Resepi ni disediakan dalam keadaan yg tergesa2 dan ayam pun x sempat diperap. Jadi... kurang la kicknyaaa. Apapun sedap...aduss sapa lg nak ckp sdap klau tuan punya resepi kan? Resepi ni dicipta, ditulis dan dimasak oleh saya sendiri (bkn Ana Raffali). Maka layan jer la

Bahan2
1/2 ekor ayam - potong 2, bersih dan toskan (kelar2 sedikit isi ayam)
2 sb Rosemary
2 inci halia*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
3 sb madu
1 sk garam
2 sb kicap seasoning
2 sb serbuk perasa - saya gunakan Knorr Pasti Sedap

Cara2
1. Kisar bahan bertanda *. Gaul sebati dengan kicap seasoning, gararm, serbuk perasa, madu dan Rosemary.
2. Lumurkan bahan2 tadi ke seluruh bahagian ayam. Seeloknya perapkan ayam selama 2-3 jam.
3. Masukkan ayam dalam oven yg telah dipanaskan dan bakar selama 45min  hingga 1 jam atau hingga ayam masak dengan suhu 200.
4. Hidangkan ayam bersama sos kegemaran atau boleh juga dimakan dgn nasi.
Yg panjang2 tu Rosemary bkn rumput ekkk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...