Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, November 30, 2011

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN


Selamat pagi :)
Semoga hari ini semuanya ceria dan kesihatan dlm keadaan yg baik. Harini nak share resepi kuih Bingka Roti Kukus Pandan yg saya ambil kat blog Kak Ummi. Terima Kasih Kak Ummi. Rasa teruja nak buat sebab dengar komen dr komen Kak Ummi yg kuih ni memang sedap sampai 2 kali buat dalam sehari. Bagi saya kuih ni memang sedap dan lemak, cuma kurang suka teksturnya yg agak lembut. Next time nak bakar seketika selepas dikukus supaya dapat kerak..mesti best :) Meh kita skodeng resepi...

Bahan-bahan :)
8-10 keping roti putih - saya guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil
200 ml santan - saya & kak Ummi guna santan kotak Kara
200 ml air
1 cawan gula - saya & Kak Ummi  letak 3/4 cawan gula kastor
4 biji telor
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara :)
1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.

2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.

3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (saya & Kak Ummi sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.

4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.

5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (saya & Kak Ummi balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).

6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (saya makan panas2...hahaha)


Jemput makan :)

Tuesday, November 29, 2011

HEAVENLY CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE TOPPING


Salam :)
Hari ni nak share 1 resepi Kek Carrot yg agak  "sarat"  dengan pelbagai bahan2. Tetapi 3 bahan telah saya tukarkan dgn bahan yg ada dalam stok.Apapun kek ni mmg sedap cuma pada yg x suka rasa kayu manis tu blh la kurangkan sedikit sukatanya. Resepi amik kat blogger masakan yg terfemes tu.... Cik Mat. Terima Kasih Mat :). Akak C&P sekali ya...

Bahan-bahan :)

1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar - saya x letak
1/2 cawan kelapa kering - saya gantikan dgn quaker oat
1/2 cawan kacang walnut, cincang - saya gantikan dgn 1 cawan badam yg dibakar dan dicincang

Bahan Cream Cheese Toping :)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

Cara-cara :)
1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

3. Masukkan nenas, lobak merah parut, quaker oat dan badam tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

5.UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

 

Tuesday, November 22, 2011

BIHUN GORENG LADA HITAM

Salam....
Minggu ni mcm x berapa selera nak mkn nasi. Lepas mkn mee kita makan bihun pula ya. Kalau ikut resepi mak, dia kisar ikan bilis sekali tapi x letak udang, tapi saya abaikan ikan bilis dan gantikan dengan udang. Terpulang pada selera masing2. Mari kita tengok resepi sesama :)

Bahan-bahan :)
1/2 bungkus bihun - rendam dan toskan
1/2 biji lobak merah
10 ekor udang
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
1 sb lada hitam *
5 biji cili api * - utk extra pedas
2 pokok sawi - potong 1"
2 fisah cake
10 biji fish ball
1 mangkuk kecil tauge
Daun sup utk hiasan
Minyak
Garam

Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda *, Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga agak garing.
3. Masukkan lobak merah dan udang, kacau rata.
4. Masukkan pula fisah cake, fish ball, garam dan bihun. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan sawi dan tauge, kacau seketika sebelum diangkat.


Monday, November 21, 2011

MEE GORENG SEMPOI

Salam...
Harini kita jamu mata dengan resepi bidan terjun. 1st time saya goreng mee tanpa menggunakan cili kisar tetapi hasilnya sungguh memuaskan dan sudah beberapa kali diulang atas permintaan en asben :). Kekadang kita hanya perlu bahan yg paling asas utk mendapat hasil yg terbaik. Jom kita tengok resepi...

Bahan-bahan :)
400gm mee kuning - celur dan toskan
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - dihiris
1 sb serbuk cili
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb kicap
1 biji telur
2 pokok sawi - potong 1"
1 cawan udang kertas - bersih dan toskan
Daun sup utk hiasan
Minyak

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan besar hingga kekuningan. Masukkan udang, serbuk cili. Kacau seketika.
2. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau lagi.
3. Pecahkan telur, masukkan mee dan kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan sayur, kacau seketika sebelum diangkat. Siap.
*** X perlu dimasukkan garam kerana sos tiram dah memasinkan mee tersebut.


Friday, November 18, 2011

SUP TELUR DAN KENTANG

Salam semuaa....
Tengok Cik Mat buat, terus terpikat...memang sedap. Klau mood malas nak memasak dan cuaca agak panas, menu ni memang sesuai. Senang dan cepat. Terima Kasih kat Cik Mat...akak copy sekali resepi dia ya Mat :P... Skodeng resepi yok!!!

Bahan-bahan :)

3 biji kentang, kupas, dan potong 8 setiap biji, rendam
30 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
4 - 5 biji telur
1 liter stok ayam @ 1 kiub pati ayam "Maggi" - sya guna kiub jer
Air secukupnya
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Cara-cara :)
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Masak sekejap, kemudian tuang stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.

2. Bila kentang 1/2 empuk. Pecahkan telur, satu persatu tapi pastikan, ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Kecil kan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan2. Tambag fucuk (toskan) dan jika perlu tuang sedikit air.

3. Masukkan soo hoon, tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.


Thursday, November 17, 2011

SOMETHING FOR YOU TO KNOW

Ants Problem:
Ants hate cucumbers.
Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.  



To get pure and clean ice :
Boil water first before freezing.


To  make the mirror shine:
Clean with  sprite

Wednesday, November 16, 2011

CUCUR UDANG TEMBAM vs SAMBAL KACANG


Menu minum petang weekend yg lalu. Memang gebula cucur udang ni mcm tuan punya resepi...hehehe.
Terima Kasih kat Cik Mat Gebu sbb share resepi ni. Tapi kalau ikut resepi asal, cucur udang ni di makan dgn sos cili buatan sendiri, tapi saya lebih gemar makan cucur udang yg digoreng agak garing sedikit dan makan pula dgn sambal kacang. Kena pula dengan teh O panas...memang sedappp

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air - saya jadikan 2 cawan air
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

SOS LADA  (saya mkn dgn kuah kacang)
8 biji cili merah
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

Cara-cara :-)
1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

2.UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

3.UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!.. 
 
 
KUAH KACANG
2 cawan kacang tanah - yg telah digoreng dan dikisar
5 sb cili kisar
1 sb udang kering *
5 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 sb gula merah
1 cawan air
Garam
Minyak
Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
2.Tuang air dan juga masukkan  asam keping. Bila mendidih, tambah gula merah dan perasakan dengan garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...