Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, November 2, 2010

MY KITCHEN TOOLS

Salam Selasa.....
Mmm atas permintaan seseorang, arini saya nak kongsi peralatan yg sya gunakan utk menyukat kek. Saya amat menyukai kek yg menggunakan sukatan cawan. Senang :)  . Klau kita menggunakan cawan/sudu yg biasa, pasti terdapat pelbagai saiz & sudah pasti rasanya ada perbezaan dan yg paling rumit sekali utk menentukan sukatan 1/4 & 1/3. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tapi untuk permulaan, anda boleh menggunakan stok cawan yg anda ada ok. 


Ni sudu utk sukatan. Ada 5 saiz semuanya. Dari 1 sudu hingga secubit (pinch)

Yang ni pula cawan sukatan. Sukatanya 1, 1/2, 1/4 & 1/3
Sebenarnya ada pelbagai jenis cawan sukatan ni. Tapi sukatanya tetap sama.
Yg ni masuk sekali :)
Alat yg saya gunakan utk buat Kerabu Mangga.

Ok itu saja. Harap yg bertanya puas hati dgn jawapan saya ya. Terima Kasih.
Kalau ada apa kemusykilan, boleh tanya lagi ok. Kalau boleh jawab saya akan jawab :)

Monday, November 1, 2010

APAM PISANG LAGII

Huhuhu..... hari ni dalam sejarah. Masuk 3 N3 sekaligus.... Mengisi waktu senggang di kala kerja dah disiapkan & bos x de. I like this moment :). W'pun resepi yg sama, ada sedikit perubahan dari segi bahan2nya & rupanya juga dah bertukar ya. Yang dulu kecil2, sekarang besar. Klau berminat nak tgk yg kecil, blh klik jer.
W'pun sama tapi x serupa. Ada sedikit pengubahsuaian bahanya tapi cara tetap sama. X caya.... tengok...

Bahan2

2 cawan tepung gandum*
1 cawan gula (aku guna gula perang)
4 biji pisang montel
4 biji telur
1 s/k soda bikarbonat*
1s/k baking powder*
Secubit garam
2 sudu minyak jagung - sendiri letak

Cara2
Panaskan pengukus. Ayak bahan bertanda *, ketepikan. Pukul telur & gula hingga
kembang & likat.
Masukkan telur & gula ke dlm campuran tepung & kacau sebati. Akhir sekali masukkan
garam & pisang yg teleh dilenyek tadi.
Masukkan dlm loyang yg telah di alaskan dgn daun pisang atau di sapu minyak sekelilingnya.Kukus selama 45 min (utk loyang) atau 15 min (utk bekas kecil).

Nota;
Setelan beberapa kali membuatnya, dpt 1 rumusan yg kesedapan apam ni bergantung kepada pisang yg kita gunakan. 2 pisang yg paling sedap di buat apam ni ; Pisang Montel & Pisang Rastali. Rasa lebih manis dan
teksturnya lebih lembut. Selamat mencuba :)

Mabeles

BENDI VS SAMBAL BANJAR


Sambungannnn....
Menu mlm tadi gak. Menu yg sihat & sedap. Bendi tu... rebus jer. Buh garam sikit. Jadi x perlu la di letakkan cara2 merebus bendi ya.... Klau x tau rebus bendi, mmmm x tau nak ckp la. Mmm sebut pasal Sambal Banjar nikan, tiba2 teringakat kat org yg mengajar buat sambal ni. Al-Fatihah utk Arwah Hartini binti Mokhtar yg telah kembali ke rahmatullah pada 06.06.2008. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yg beriman. Amin......Arwah seorang yg x kedekut ilmu utk dikongsikan dgn rakan & saudara.
Suatu sifat terpuji yg patut kita contohi.

Mari kita lihat bahan-bahanya ya...

Bahan2
3 biji cili merah - patahkan
3 biji cili api merah (boleh diabaikan jika x suka pedas)
2 biji bawang kecil
Segenggam ikan bilis - bersih & toskan
Minyak
Garam
Serbuk perasa
Lesung tumbuk (hehehe)

Cara2
Goreng cili, bawang & ikan bilis hingga agak layu. Angkat. Tumbuk kasar. Perasakan dgn garam & serbuk perasa. Siappp.

** Sebelum goreng cili, pastikan di belah dahulu utk mengelakkannya meletup dlm minyak panas.


 Bendi & sambal banjar dikawenkan :)
Close up. Nmpk x cili tu kasar2 skt?

BAWAL MASAK MASAM MANIS


Salam Isnin & selamat bekerja kembali..
Kali ni nak share menu makan malam tadi. Cepat & mudah. Bayangkan dlm masa kurang 1 jam, aku berjaya siapkan 3 hidangan. Mmm resepi yg ringkas & membuka selera. Org depan rumah (tokey nasi ayam) ajar buat menu ni. Jom kita tengok :)

Bahan2
1 ekor ikan bawal (dlm 400-500gm) - bersih & toskan
2 s/b cili kisar
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 biji capsicum - potong ikut suka
1 biji bawang besar - potong berbaji
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci hali - hiris halus
4 biji tomato ceri - belah 2
1/2 cawan air
Garam
*Kalau suka boleh tambah hirisan nenas & timun

Cara2
1. Kelar ikan, goreng dgn api besar (supaya garing di luar tp isinya lembut) hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Tumis halia, bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar pula. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili & tomato. Kemudian masukkan air.
5. Biarkan mendidih, masukan pula capsicum, bawang besar. Kacau seketika.
6. Akhir sekali masukkan tomato. Perasakan dengan garam.
7. Tuangkan kuah atas ikan yg digoreng tadi. Dah siap :)


Hanya 1/2 jam diperlukan :)

Friday, October 29, 2010

BAWAL CILI API

Salam semuaa....
Kali ni nak share resepi yg femes dalam keluarga aku. Keluarga aku asal dari keturunan Kerinci. Masakan org Kerinci biasanya pedas2. Banyak menggunakan cili api dalam masakan diorang.
Ni salah satu resepi yg mak aku turunkan kat aku dan suami aku pun suka masakan ni.
Kalau suka masakan pedas, bolehla cuba masakan ni ya...

Bahan2
2 ekor ikan bawan (anggaran 500gm sekor)
1/2 cawan cili api* - blh kurangkan klau x suka pedas
2 biji cili besar merah* - optional (klau suka kuah wrna merah)
7 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit*
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1 cawan air
Minyak
Garam

Cara2
1. Bersihkan ikan. Potong 4 bahagian. Goreng ikan hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2. Kisar bahan bertanda *.Ketepikan.  
3. Tumis serai hingga naik bau. Masukkan pula cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan air & daun kunyit.
5. Perasakan dengan garam. Sedia utk di hidang :)


Close up :)

ASAM PEDAS DAGING

Assalamualikum...
Mmm sepatutnya resepi ni dimasukkan smlm. Tapi x tau kenapa line internet tahap menguji kesabaran. Adusss... Nasib baik arini dah ok dah sikit. Asam Pedas Daging ni ada bermacam2 kaedah utk memasaknya. Biasala klau bagi org yg bz msk, dia akakn gunakan bahan yg paling minimum :).Apapun jom kita skodeng resepi ni..

Bahan2
300gm daging - potong lebar & nipis, cuci & toskan
2 cawan cili kisar
7 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai - blh gantikan dgn daun kunyit/daun kesum/bunga kantan
1 sudu asam jawa
1 cawan air - boleh ditambah jika suka kuah yg cair
Garam
Minyak

Cara2
Kisar bahan bertanda * bersama cili kisar. Panaskan minyak, masukkan serai. Masukkan pula cili kisar. Masak hingga pecah minyak atau cili masak secukupnya (cili klau dimasak dgn betul akan berbau). Setelah cili cukup masak, masukkan daging dan asam. Tutup. Setelah daging empuk, perasakan dengan garam. Siap.

P/s; Garam dimasukkan setelah daging empuk utk mengelakkan daging lambat masak.

Makan time :)

Wednesday, October 27, 2010

KEK PISANG ~ RESEPI II

Salam semua...
Hari ni nak share resepi mudah. Mudah lagiii ... Memang mudah sbb x perlu gunakan mixer, cuma gunakan "whisk" jer. Biasala klau org bekerja ni, waktu utk memasak agak terhad. Hujung minggu jer ada masa lebih utk cuba resepi yg rumit. Sebelum terlupa, kek ni bersaiz kecil ya. Saya cuma menggunakan loyang berukuran 6" @ 15cm.Tapi x ta u knapa bhagian tengahnya naik mcm "volcano" lak.....Apapun jom kita semak resepi ya.

Bahan2
1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan gula perang
2 biji pisang - di lecek (saya guna pisang montel)
2 biji telur
1/4 s/k soda bikarbonat*
1/4 s/k baking powder*
Secubit garam
3 s/b minyak jagung - blh digantikan dgn minyak masak atau mentega cair

Cara2
Panaskan oven pada suhu 180. Ayak bahan bertanda *, ketepikan. Pukul telur & gula hingga
kembang. Masukkan telur & gula ke dlm campuran tepung & kacau sebati. Akhir sekali masukkan
garam & pisang yg teleh dilenyek tadi.
Masukkan dlm loyang yg telah di griskan dgn sedikit butter di sekelilingnya.Bakar selama 45 minit atau
sehingga masak.

Pandangan dari sisi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...