Tauge yang kita beli biasanya tidak tahan untuk disimpan semalaman. Namun bagi yang ingin mengekalkan kesegaranya bolehlah mencuba petua ini. Rendam tauge di dalam besen berisi air. Kemudian potong beberapa biji limau kasturi dah perah airnya ke dalam rendaman tadi. Selepas itu bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk. InsyaAllah, tauge akan segar keesokan harinya. Selamat mencuba.
Sumber; Majalah Wanita
Click jer klau ada iklan :)
Monday, January 3, 2011
PAINTBALL
Salam Isnin dan selamat kembali bekerja :)
Harini semuanya bermula... kerja dan sekolah. Harini juga merupakan hari pertama kita semua memulakan tugas di tahun 2011. Sebelum menjadi basi, nak share last xtvt utk tahun 2010 ~ paintball. Kami seramai 8 org menyertainya. Permainan dimulakan setelah marshall selesai memberi penerangan tentang keselamatan dan cara2 menggunakan peralatan paint ball dan pukul 10:30...... bermulalah "perang" hinggalah pukul 1:30ptg. Permainan ni mmg happening, tapi kalau x ikut peraturan mmg membahayakan. Memang terasa mcm kita kat medan perang. Walaupun penat dan bdan dipenuhi lebam akibat tembakan "musuh" kitaorang tetap puashati :) Jom layan mata dgn gambar yg sempat di "shoot"
Peralatan asas; vest, mask, bullet & senapang.
Tempat pertempuran yang pertama :)
Saya & kakak - x sangka 1 team :)
Saya dan salah seorang dr teman sepasukan - Ayang
Siap sedia nak berperang.
Dan.... perang pun bermula...skodeng musuh yg nak menyerang kubu kitaorang
Selesai....gambar sblm bersurai :)
Saturday, January 1, 2011
SELAMAT TAHUN BARU :)
Assalamualaikum....
::SELAMAT TAHUN BARU::
Semoga di tahun baru ini semuanya akan bertambah baik dari tahun sebelumnya. Aminnn...
Friday, December 31, 2010
KEK PANDAN KELAPA
Salam..
Harini kita berada di penghujung tahun 2010. Esok dah masuk tahun 2011. Malam ni tentu ramai yg bercadang bawa keluarga ke pertunjukan bunga api. Korang percaya x klau saya ckp saya x pernah menyertai sambutan tahun baru. X suka keadaan yg bersesak-sesak. Tengok dari rumah pun dah ok dan x kurang meriahnya. Dapat tengok percikan bunga api dari IKEA, The Curve dan One Utama. Konsert, tengok jer kat TV :).
OK kita balik pasal makanan lak ya. Resepi asal oleh Marjina @ My Resepi. Klik kat sini ya klau nak tengok resepi asal dan review dari rakan yg lain. Kek ni sedap. Ada rasa lemak2 kelapa. Tapi klau tengok pada bahan2 dia lebih kurang sama dgn resepi Muffin Pandan Kelapa yg saya amik di rmh CIk Mat. Apapun layan jerla resepi ni ya..
Bahan2
· 125 gm mentega
· 140 gm gula kastor
· 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
· 2 biji telur gred A
· 1/2 cawan susu segar
· 1 sudu besar pes pandan
· 1 sudu kecil esen vanila
· 1/2 cawan kelapa kering
Cara2
1. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
2. Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.
3. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.
4. Masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F selama 45-50minit.
5. Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menguji samaada kek betul-betul masak.
Posing sblm kena sembelih..hahaha
Posing lagik...
Thursday, December 30, 2010
PUDING ROTI PELANGI
Salam....
Mmm cantikan warna puding tu. Meriah betul. Saya buat puding ni pun atas permintaan acik sebelah rumah :). Tolong hbiskan roti dia yg nak expired tu.Excelikan ni resepi Puding Roti yg telah diedit. Kalau korang tengok resepi asal, klik kat sini yeaaa. Jom kita skodeng resepi :)
Bahan2
· 5 keping roti
· 2 biji telur
· 1/2 cawan susu pekat
· 1 tin susu cair (170ml)
· 10gram serbuk agar2
· 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
· 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
· 4 cawan air
. 3 pewarna pilihan (lebih pun ok)
Cara-cara
1. Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Tambah pewarna pilihan dan sudukan ke acuan secara berselang-seli.
5. Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...
Mmm cantikan warna puding tu. Meriah betul. Saya buat puding ni pun atas permintaan acik sebelah rumah :). Tolong hbiskan roti dia yg nak expired tu.Excelikan ni resepi Puding Roti yg telah diedit. Kalau korang tengok resepi asal, klik kat sini yeaaa. Jom kita skodeng resepi :)
Bahan2
· 5 keping roti
· 2 biji telur
· 1/2 cawan susu pekat
· 1 tin susu cair (170ml)
· 10gram serbuk agar2
· 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
· 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
· 4 cawan air
. 3 pewarna pilihan (lebih pun ok)
Cara-cara
1. Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Tambah pewarna pilihan dan sudukan ke acuan secara berselang-seli.
5. Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...
Ini jer yg tinggal, selebihnya kat rmh sblh :)
Wednesday, December 29, 2010
DAGING GORENG THAI
Salam...
Hahaha ini resepi ke 3 yg saya cuba dalam buku Masakan Thai. Sedap. Ala2 daging goreng kunyit tapi ada rasa sedikit masam & manis. Jom tengok resepi :)Bahan2
200gm daging
1 batang serai - diketuk
10 helai daun purut – saya gunakan 3 helai saja
3 biji cili api – dipotong serong
1 labu bawang besar – potong bulat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun ketumbar
3 sudu besar minyak masak
1 sudu the gula
Garam
Air secukupnya
Cara2
1. Panaskan minyak. Goreng ½ biji bawang besar bersama daging. Masak hingga separuh masak.
2. Masukkan serai, daun limau purut, cili api dan goring hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam.
4. Masukkan air dan masak hingga daging empuk. Tambahkan air jika perlu.
5. Apabila hampir kering, masukkan daun ketumbar dan lebihan bawang besar tadi. Kacau rata sebelum diangkat dan dihidangkan.
Jemput makan :)
Tuesday, December 28, 2010
KARIPAP INTI KELEDEK
Salam Selasa...
Masih lagi dlam mood bercuti... Ada 1 ari jer nak abiskan lagi. Harini nak share resepi yg sesuai dibuat sarapan atau minum petang. Kalau ikut resepi asal dapat dalam 20 biji, tp saya dapat 16 biji jer. Mgkn saiz beso sgt kutt. Mmmm lagi 1 nak bagi tau, klau ikut sukatan inti ni, mcm bnyk sgt. Rasanya doublekan adunan tepung baru blh hbiskan semua inti (atau mgkn keledek sya beso). Apa pun jom kita tengok resepi yg saya amik kat My Resepi dan resepi asal oleh Hana.
Bahan2
· 250g tepung gandum · 2 sudu besar marjerin - panaskan
· 2 sudu besar minyak masak - panaskan
· garam skit
· air
· INTI
· 5 biji keledek
· 2 sudu besar kari ayam/daging
· 1 biji bwg besar
· 2 ulas bwg putih
. 1 sudu besar udang kering - sendiri letak
. 2 tangkai daun sup - sendiri letak
. 1 tangkai daun kari - sendiri letal
· garam
· air
Cara2
1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
2. Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
3. Blend bawang besar, bawang putih dan udang kering. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari,daun kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering. Akhir sekali mskkan daun sup.
4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
5. Kalau nak tengok cara klim karipap klik jer kat sini yaa. Saya tekan dgn garfu jerk :)
Boleh juga trus disimpan jd frozen food.
Karipap tengah posing :)
Subscribe to:
Posts (Atom)










