Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, September 29, 2009

SKETSA DI HARI RAYA




Nak tau apa kisah budak comel 2 orang ni? Tunggu post seterusnya ya....

SALAM AIDIL FITRI


Walaupun dah agak terlambat.... masih ada masa lagi kan.....
Di kesempatan ini, saya mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN"
Maklumla internet problem sebelum cuti raya... Nanti kita kongsi citer raya ok...

Thursday, September 17, 2009

KUIH RAYA
























































































































Haaaa ini lah koleksi kuih raya aku. Dari atas...... Biskut Cornflakes, Biskut Kacang @ Biskut Mazola, Biskut Kelapa, Biskut Semprit @ Biskut Dahlia, Cookies, Biskut "Y", & Almond London.
Walaupun dah terlambat, tetap nak show off kuih raya buatan sendiri.... :)

Thursday, September 10, 2009

ALLAH SELAMATKAN KAMU.......

Minggu ni 2 orang yang paling penting dalam hidupku meraikan hari lahir mereka.
MAK (07.09.2009) & SUAMI (10.09.2009). Tapi kami adik beradik dah bercadang untuk membuat kenduri doa selamat pada hari raya ketiga nanti yang merupakan birthday Ami (anak sedara). So, kenduri ni utk 3 orang yang kebetulan lahir pada bulan yang sama......
"Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki" Amin...............
Allah selamatkan kamu (4 kali)

Wednesday, September 9, 2009

BALIK KAMPUNG @ SHOPPING - PART 2

Ok, seperti yang dijanjikan.... Gambar2 yang sempat difotokan semasa berkunjung ke Padang Besar pada 30.08.2009 yang lalu. So, enjoy la ya....
Ini pemandangan dari atas dalam Gapura Square.

Pelbagai jenis & bentuk kerongsang, gelang, rantai & cincin.

Makanan ringan & periuk belanga

Pelbagai jenis bag

Tudung pun ada juga....

Permainan kanak-kanak....

Bunga pun banyak di jual di sini......
Kebanyakan peniaga di sini adalah orang Patani, Thailand. Kalau kita pandai tawar menawar, dapat la harga rendah. Tapi kalau musim cuti, harga agak mahal sikit. Nanti kalau saya berkunjung Wang Kelian (tempat shopping yang dibuka pada setiap hari Ahad dan kita dibenarkan ke Thailand tanpa pasport cuma pada hari itu) saya akan kongsikan dengan kengkawan ya...... Bye....... Assalamualaikum!!!

Tuesday, September 8, 2009

BALIK KAMPUNG @ SHOPPING - PART 1

Salam......

Rasanya dah hampir 2 minggu x update blog ni. Sibuk dengan persiapan raya. Menjahit baju & langsir :). Cuti sempena Hari Kemerdekaan tempohari aku pulang ke kampung suami di Chuping, Perlis. Jadi, nak kongsi la pemandangan kampung suami ku. Chuping adalah pengeluar gula utama di Malaysia. Setiap kali balik, aktiviti yang "wajib" bagi aku adalah shopping di Padang Besar. Apa lagi borong sakan la. Kat sini bermacam barang ada di jual, dari barang keperluan dapur hinggalah barang perhiasan diri. Bagi yang x pernah ke sana, boleh la enjoy gambar2 yang sempat aku ambil ya....

Ini bukan padang rumput tau, tapi pokok gula tebu. Kebetulan hari tu hujan, jadi x dapat la nak ambil secara dekat. Next post kita tengok foto kat Padang Besar ok......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...