Click jer klau ada iklan :)

Thursday, September 30, 2010

AYAM GORENG KARI

Sebelum tengok resepinya, kita baca dulu mcmana terjadinya menu ni... hahaha. Ini kes adik ipar (aku la tuuu) shoping x ingat dr pagi smpai ptg baru blk. Maka tingal la akak ipar dia kat dapur sorang2 terkotang kating. Oleh kerana nak cepat, dia mskkan jer apa yg ada kat dapur tuu... tapi hasilnya mabeles gak. Blk sini aku cuba buat sndiri, mmm mmg sdap.. :)
Jom kita skodeng bahan2 nya.

Bahan2
1/2 ekor ayam - potong 8
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
8 biji cili api* (blh tambah jika suka pedas)
1 bungkus kecil sebuk kari - dibancuh dgn sdikit air
Rempah tumis 3 bersaudara - bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih
1 batang serai - diketuk
1 cawan air
5 s/b minyak
Garam

Cara2
Kisar bahan bertanda *. Tumis serai, rempah tumis hingga naik bau. Masukkan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ayam & air. Masak hingga kuah pekat. Boleh dihidang dengan nasi putih atau nasi tomato.
*** Jika suka, ayam boleh digoreng 1/2 masak dulu.

Jom makan :)





Wednesday, September 29, 2010

APAM PISANG

Salam semuaaaa....

Haaa ini kes pisang yg sepatutny digoreng Sabtu lepas telah diabaikan. Jadi sebelum ianya dibuang begitu saja, baik kita buat sesuatu yg boleh dimanfaatkan oleh perut :)
Resepi ni aku cilok kat myresepi ~ along. TQ Along :). Resepi yg mudah & ringkas & rasanya mmg sedap. Sebenarnya resepi ni utk loyang berukuran 8" tp aku buat dlm cup kecil tu...
Dapat la dlm 23 biji. Jom skodeng resepinya...

Bahan2
2 cawan tepung gandum*
1 cawan gula (aku guna 1/2 cawan gula pasir & 1/2 gula perang)
6 biji pisang - di lecek (aku letak 7 biji)
4 biji telur
1 s/k soda bikarbonat*
1s/k baking powder*
Secubit garam
2 sudu minyak jagung - sendiri letak

Cara2
Panaskan pengukus. Ayak bahan bertanda *, ketepikan. Pukul telur & gula hingga
kembang & likat.
Masukkan telur & gula ke dlm campuran tepung & kacau sebati. Akhir sekali masukkan
garam & pisang yg teleh dilenyek tadi.
Masukkan dlm loyang yg telah di alaskan dgn daun pisang atau di sapu minyak sekelilingnya.Kukus selama 45 min (utk loyang) atau 15 min (utk bekas kecil).
***Pastikan ianya dikukus dgn api sederhana utk mengelakan apam merekah.


Sedia utk dijamah :)

Monday, September 27, 2010

47 PRODUK MENGANDUNGI BAHAN BERACUN DISENARAI HITAM

Salam semuaaa.
Saja nak kongsi email yg baru saya terima arini. Harap semua berhati-hati membeli apa2 produk especially yg perlu di makan utk mengelakan kejadian yg tidak diingini ya..

Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba."Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran," katanya kepada Berita Minggu.Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine."Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung."Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian," katanya.Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFOProduk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
· Kintop
· Body Beaus
· BMI-9 Xylimming Capsule
· Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:· Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:· Obexlim
· Slimax Coffee
· Beaute Fit Body Contour
· Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:· 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:· Makjun Taufiq Dua Istimewa
· Majun Dua Istimewa
· Ginseng Jin Fui Wan
· Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
· Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
· Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
· Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
· Makjun Syafiq 3 Istimewa
· Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:· Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:· Eriesya Spa Beauty Cream
· Atika Beauty Renewal Cream
· Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
· Ratna Sari Whitening Night Cream
· Tia Amelia Krim Jeragat
· Chantique Whitening Night Cream
· RZAC White Pearl Cream
· Nuriz Day and Night Cream
· Elite Rias Er Cream
· R&Z Whitening Night Cream
· Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
· Pigmentation Recovery Complex
· Zara Rejuvenation Cream
· Natasya Krim Herba Gold
· De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
· Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
· Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
· Qian Tong Dan
· Raja Ubat Resdung
· Coral Plus UA 350MG

Friday, September 24, 2010

OPIS BARU

Salammm semua...
Hari ni nak kongsi dgn kawan2 opis baru aku. Dari tingkat 1 pindah ke bawah. Jadi x yah la naik tangga tiap2 hari :) Sambil tgk2 tu blh promote skali produk kitaorg :) Jom kita layannn gambar2 nie......
Opps bunga tu bukan utk dijual ya..... Aku angkut dr kg lagikkk......Habis la bunga mak aku :)
Okey.....ini la produk baru kitaorg... FNS70. 100% dari Jepun termasuk la skru2 dia..Harga dia memang bersesuaian dgn fungsi & ketahanan dia.

Show Room ~ view dari dalam :)
Ini tempat aku....Tempat yg paling x disukai oleh semua org..... Sebabnya blkg tu bilik BOSS!! Nampak x pokok Money Plant tu? Daun yg besar tu usianya hampir 2 tahun!! X layu2 dari aku ambik sampai la sekarang.... :)
Okey... klau ada sesiapa yg berkenan, blh la cal ya....
or visit our showroom @ no.: 11, Taman SEA, PJ.

Thursday, September 23, 2010

YEAYYYY... AKHIRNYA DAPAT JUGA


Salam semua....
Pejam celik.. dah pun hmpir 1/2 bulan raya. Sekejap jer masa berlalu....
W'pun raya dah nak habis, pencarian aku masih diteruskan. Teruja tgk CMG pnya acuan kuih, aku pun mula cari acuan sbijik mcm CMG. Akhirnyaaaa dpt gak masa g Giant dgn mak & abah minggu lepas. Nti blh la cuba masa cuti nti..... TQ ya Mat atas info anda.... :)

Monday, September 20, 2010

KAWASAN TERPANAS DI MALAYSIA

Salam Semua.....

Rasanya belum terlambat nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" & Maaf Zahir & Batin :).... Rasanya masing2 dah mula bekerja. Bila blk KL hujung minggu msti dipenuhi undangan rumah terbuka... smpai x larat nak memenuhi smua undangan....

N3 kali saja nak berkongsi info yg sempat saya ambil smasa cuti Hari Raya tempohari di kampung suami. Chuping merupakan kawasan terpanas di Malaysia. Suhu dicatatkan 40'C
sehingga ke hari ni.

Jadi, sesiapa yg merancang ke Perlis, terutamanya destinasi wajib - Padang Besar, jgn lupa sediakan air minum yg mencukupi utk mengelakkan penghidratan.

Thursday, September 2, 2010

NASI GORENG UDANG

Assalamualiakum semuaaa....
Menu kali ni memang favourite waktu sahur. Jadi, hampir setiap hari aku buat nasi goreng. Klau mkn nasi putih mcm x laku sangat.... Puas juga memikir apa lg menu nasi goreng yg cepat & mudah di masak. So hentam jer brg yg ada dlm bakul ajaib aku....Apapun jom kita semak resepi mudah ni....

Bahan2
3 cawan nasi (utk 3 orang)
3 biji cili besar merah - potong halus
1 biji bawang besar - di mayang
3 ulas bawang putih - di cincang
9 ekor udang (3 ekor sorang)
Garam secukup rasa
***boleh juga ditambah sayur jika suka

Cara2
Goreng udang hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.
Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan cili & bawang besar.
Tumis hingga layu, perasakan dgn garam. Masukkan nasi, kacau rata.
Akhir sekali, masukan udang yg dah digoreng tadi. Dah pun siap.....

Jom makan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...