Click jer klau ada iklan :)

Monday, November 22, 2010

KEK PANDAN LEMBAP

Salam Isnin semuaaa...
Sekejap jer dah hari Isnin kan. Tapi harini aku cuti. Yeeeha. Mungkin masa korang baca entry ni, aku ada kat KL jalan2 dgn akak aku. Ahakkss. Lama tul x jalan kat KL ni. Waktu org bekerja, baru sesuai nak ke KL ni, sbb org x ramai. Okeyla arini nak kongsi resepi Kek Pandan yg memang menjadi fav. suami aku.
Kalau ikut sukatan ni, dapat 2 kek mcm kat atas tu ya. Jom tengok resepi :)

Bahan2
2 2/3 cawan tepung gandum*
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar (boleh ditukar dengan santan)
2 biji telur
1 s/k baking powder*
1 s/k soda bikarbonat*
1 s/k esen vanila
2 helai daun pandan (boleh gunakan perisa pandan)
Pewarna hijau

Cara2;
1. Panaskan oven pada suhu 180. Lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ayak bahan bertanda *.
2. Kisar susu/santan bersama daun pandan. Tapis dan ketepikan.
3. Pukul gula dan telur hingga kembang.
4. Masukkan pula minyak dan pukul lagi.
5. Masukkan susu/santan dan esen.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi. Titiskan sedikit pewarna hijau. Kacau seketika.
7. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 45-50 minit atau hingga masak.

Kek Pandan Lembap

7 comments:

  1. nampak menyelerakan..boleh saya minta resepi....

    ReplyDelete
  2. 2 2/3 cawan tepung gandum ? mcm mana tu ? sya kurang jelas . boleh terangkan .

    ReplyDelete
  3. sy dh test msk resepi kek pandan cik ida..sedap n lembap btl2 kek..tq bnyk2 sbp berkongsi resepi..

    ReplyDelete
  4. Nak try la buat utk petang ni.. Musim2 ujan hi tea makan kek panas mmg best..

    ReplyDelete
  5. Nk try la mcm sedap.Mood nk buat kek ni

    ReplyDelete
  6. Otw..bancuhan kek dlm oven,satgi nk tgk hasilnya sbb sukatan tak exactly tepat2 mcm resepi puan zurayda,lebih kurang jer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...