Salam Isnin & selamat bekerja kembali..
Kali ni nak share menu makan malam tadi. Cepat & mudah. Bayangkan dlm masa kurang 1 jam, aku berjaya siapkan 3 hidangan. Mmm resepi yg ringkas & membuka selera. Org depan rumah (tokey nasi ayam) ajar buat menu ni. Jom kita tengok :)
Bahan2
1 ekor ikan bawal (dlm 400-500gm) - bersih & toskan
2 s/b cili kisar
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 biji capsicum - potong ikut suka
1 biji bawang besar - potong berbaji
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci hali - hiris halus
4 biji tomato ceri - belah 2
1/2 cawan air
Garam
*Kalau suka boleh tambah hirisan nenas & timun
Cara2
1. Kelar ikan, goreng dgn api besar (supaya garing di luar tp isinya lembut) hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Tumis halia, bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar pula. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili & tomato. Kemudian masukkan air.
5. Biarkan mendidih, masukan pula capsicum, bawang besar. Kacau seketika.
6. Akhir sekali masukkan tomato. Perasakan dengan garam.
7. Tuangkan kuah atas ikan yg digoreng tadi. Dah siap :)
Hanya 1/2 jam diperlukan :)
No comments:
Post a Comment