Click jer klau ada iklan :)

Friday, August 20, 2010

MEE UDANG

Salam semuaaaaa.......Arini nak kongsi resepi yg di msk smlm untuk berbuka. Resepi ni amik kat myresepi (Che'Iza). Terima Kasih ya utk resepi ni. Memang sedap & mudah disediakan. Klau nak cuba.... memang berbaloi... Cik abang kita siap ckp ; "La ni nak mkn Mee Udang x pyah pi Penang"...... :)) Jom skodeng bahan;

Bahan2;

1 kg mee kuning (kita guna 500gn jer)
300 gm udang saiz L (kita guna 9 ekor)
4 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering (kita guna 2 sudu)*
1/2 inci halia*
1 sudu besar petis (kita x letak - x de)
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Sawi, taugeh, daun bawang & bawang goreng
Gula & garam
Keledek/kentang - rebus & dilenyek utk pekatkan kuah (optional - kita x letak)

Cara2

Rebus udang hingga masak (kita tunggu smpai udang timbul). Tapis & kluarkan udang & asingkan. (kita guna 3 cawan air)
Tumis cili kisar hingga garing & masukka bahan bertanda * yg telah dikisar. Biarkan hingga pecah minyak & garing.
Masukkan air rebusan udang biar hingga kuah mendidih & masukkan sos tomato, sos cili.
Masukkan garam & gula
Celur mee, sawi & taugeh.
Susun udang di atas mee semasa hidang & curahkan kuah. Hiaskan dgn bawang goreng & daun bawang. Dahpun siap..... :)

Jemput makan :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...