Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, August 18, 2010

PERSOALAN HUKUM - ORANG YANG SUKA MENGAMPU-AMPU (BODEK)

Assalamualaikum,

Saja nak share email dari kwn baik saya (Ramlah). Jom kita renungkan bersama... Harap2 kita tidak tergolong dlm golongan kaki ampu :)

Apa hukumnya di sisi Islam orang-orang yang suka mengampu bos-bos & sukamengada2kan cerita supaya dia mendapat kelebihan dari orang lain dandipandang bagus oleh bosnya padahal kerjanya tak seberapa berbanding dengankami yang bertungkus lumus lebih darinya.saya x lah nak kata yang saya &kawan2 ni bagus dari segala segi tapi ada di antara kami yang berhakmendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi atas penat lelah yang merekatelah lakukan selama ini.Semua yang saya & kawan2 buat semua x kenabos selalu memuji beliau keranaberjaya melakukan tugasan yang diberikan dengan cepatsedangkan kami semuatahu yang melakukan tugasan tersebut adalah orang lain (tp takut nakbersuara)..Golongan macam ni suka memburukkan perihal kawan-kawan lain didepan bosnya...sdgkan dia selalu bercakap hal hal yang berkaitan Agamadepan saya atau kawan-kawan yang lain bila keluar atau bila makan bersama2tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya?Terima kasihharap dapat penjelasan dari ustaz.

Jawapan:
Waalaikumusalam pada yang bertanya.Wowini Isu sensitifyang selalu terjadi di mana-mana pejabat sekalipunatau lebih popular & dikenali sebagai Politik Pejabat. Perangai sukamengampu adalah perangai yang di keji oleh syarak dan Nabi saw selaluberpesan jangan suka mengampu-ampu dan orang yang suka mengampu itu adalahsebesar2 pendusta.Sebab itu penting bagi seorang bos untuk mengetahui peranan antara seorangpekerja berdedikasi & juga peranan seorang pengampu (kaki bodek) dalamsesebuah jabatan yang dipimpinnya.....yang mana pada zaman sekarang ianyalebih dikenali sebagai Politik Pejabat dan telah pun wujud sejak sekianlama. Inilah perkara-perkara yang perlu di titik beratkan oleh seorang bos(baik lelaki atau wanita) walau pun beliau memimpin dalam kelompok kecilsekalipun. Buatlah pertimbangan dengan sewajarnya & lakukanlah Solatistikharah pada setiap masa & mengadulah kepada Allah (kalau bos ituMuslim) sebelum membuat keputusan yang besar seperti melibatkan masa depan& hala tuju seorang pekerja yang dipimpinnya & jangan sampai ada yangteranaiya disebabkan kesilapan & keputusan yang telah dibuat oleh seorangbos kerana terlalu percaya kepada apa yang disampaikan oleh orang lainkepada beliau tanpa membuat sebarang siasatan terlebih dahulu. Setiapperkara mestilah diselidiki terlebih dahulu kerana dikhuatiri ianya adalahfitnah bagi menjatuhkan atau mengelapkan masa depan seseorang pekerja itu.Jika dalam masa yang sama dia (pengampu) memburukkan pula orang lain makaterlebih lah lagi kejinya disisi syara'. Hasil gaji yang di perolehinyapada setiap bulan tidak ada keberkatannya dan terkadang ada ulamak2 yangmenghukumkanya jatuh kepada haram kerana telah menabur fitnah & mengada2kancerita yang tidak betul tentang seseorang pekerja.Saya x nak mengulas panjang berkenaan perkara ni kerana telah diperbahaskandulu (sila rujuk pada artikel saya yang menguraikan berkenaan Isu ini dalamtajuk PEMIMPIN - Adakah kita telah memimpin mengikut Ajaran & TuntutanIslam ???????Ni satu lagi, orang yang selalu bercakap atau pandai cakap dalam bidangagama bukanlah lesen untuk dihalalkan perbuatan mereka yang haram.Perbuatan Haram tetap haram samada pandai bercakap agama atau sebaliknya.Bahkan yang pandai bercakap perkara agamalah yang sepatutnya menunjukkansikap yang baik dan bukannya suka mengampu-ampu. Pada sahabat yangbertanya, jangan kerana Nila setitikhabis rosak Susu sebelangamaksudnya..jangan hanya disebabkan segelintir mereka2 yang sukamempermainkan Agama & bertindak sebaliknya, maka golongan Ustaz2, TuanGuru2 atau pun ulamak2 diheret sama dalam permasalahan iniyang batil tetapbatil& yang hak tetap hak.
Wallahu Taala Alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...