Ni la menu berbuka utk semalam. Tiba2 jer teringin mkn pulut kuning. Cicah lak dgn kuah kari ..... fuhhh memang layan.......
Cara masak pulut kuning ni berbeza ikut negeri. Mcm di Johor, pulut direndam, kukus & gaul dgn santan & ditanak kembali.
Berlainan dgn sblh utara (my mertua style) .. pulut direndam & ditanak. Bila nak mkn barulah di gaul dgn santan yg diletakkan serbuk kunyit...
Apapun caranya...jom kita tgk resepi :)
PULUT KUNING
Bahan2;
2 cawan beras pulut - basuh & rendam dgn serbuk kunyit selama 2 jam
1 biji kelapa - amik santan pekat sahaja
1 s/k garam - gaulkan dgn santan
Cara;
Panaskan kukusan. Toskan beras pulut. Tanak hinggan separuh masak (anggaran 1/2 jam). Angkat dan gaulkan dengan pati santan hingga sebati. Kukus kembali pulut tadi hingga masak (anggaran 1 jam). Dahpun siap. Pulut yg dikukus begini boleh tahan 2 hari tanpa dipnaskan.
KARI DAGING
Bahan2 utk kari daging;
300 gm daging btg pinang
1 bungkus kecil serbuk kari
2 biji bawang kecil - dimayang
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
5 biji cili padi- optional*
2 biji kentang - dibelah 4
1/2 biji kelapa - ambil santan pekat sahaja
2 s/b kerisik
3 jenis rempah tumis
Cara2;
Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak, mskkan bahn tumis, bawang kecil & bahan kisar. Tumis hingga naik bau, kmudian mskkan bahan kisar. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging masak hingga daging empuk, barulah mskkan kentang.
Akhir sekali mskkan santan, kerisik & perasakan dgn garam.
Masak hingga kuah agak pekat. Sedia utk dihidang :)
No comments:
Post a Comment