Ok menu seterusnya Kuah Dalca. Yg ni pun amik kat My Resepi. Kalau nak tengok resepi asal klik jer kat sini ya. Terima Kasih untuk tuan punya resepi. Saya masak cair skt sbb nasi beriani agak kering. Tapi kuah dalca ni kalau sejuk sikit, dia akan bertambah pekat. Apapun jom skodeng resepinya....
Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )
· 300 gm daging rusuk - saya tukar ayam
· 2 batang lobak merah
· 1 batang terung panjang
· 3 biji ubi kentang - saya guna 4 biji
· 2 biji tomato - x letak
· 100 gm kacang buncis - x letak
· 2 cawan kacang dal
· 8 sudu besar bumbung rempah kari daging - saya guna 2 bungkus kecil
· 1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
· 5 cm kulit kayu manis
· 3 kuntum bunga cengkih
· 3 biji buah pelaga
· air asam secukupnya - saya guna asam keping
· garam secukupnya
· Minyak untuk menumis
·Bahan untuk dikisar
· 2 biji bawang besar
· 4 ulas bawang putih
· 3 cm halia
Cara-cara
1. Bersihkan daging rusuk dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.
2. Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.
3. Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
4. Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk. Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.
5. Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
6. Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
7. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
8. Nota: Sewaktu anda merebus daging rusuk dan kacang dal, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan daging rusuk kepada daging
Sodap!
No comments:
Post a Comment