Ok menu terakhir utk Aidiladha. Menu wajib utk famili aku. Maklumla abah aku lahir pada hari Aidiladha. Jadi sejak bayi sampai dah bercucu, memang x leh mis menu ni. Masa banjir 2006 pun mak aku tetap masak pulut kuning ni walaupun sedikit & keadaan dapur yg huru hara.Sbb dah diamanahkan oleh ibu mertuanya semasa baru berkahwin dulu. Jadi w'pun raya kali ni x blk kg, aku tetap buat gak. Rasa lain lak klau x de pulut kuning. Kali ni aku pakai santan kotak jer. Kelapa dah habis lak aritu w'pun ada 6 kedai yg jual kelapa. Banyaknya kolestrol pada hari raya ni ekk. Eeehh jom kita tgk resepi ....
Bahan2
2 cawan pulut -bersih dan toskan
1 kotak santan
Serbu kunyit
Garam
Cara2
1. Rendam pulut selama 3 jam bersama serbuk kunyit. Toskan.
2. Sediakan pengukus. Biarkan hingga air mendidih.
3. Bancuh santan dengan sedikit garam. Ketepikan.
4. Kukus pulut hingga separuh masak. Keluarkan pulut dan gaul sebati dgn pati santan.
5. Masukkan semula dalam pengukus dan kukus hingga masak.
***Pulut boleh tahan hingga 3 hari jika ikut kaedah ini. InsyaAllah.
Pulut akan nampak berkilat, jika cukup santanya :)
No comments:
Post a Comment