Click jer klau ada iklan :)

Friday, June 19, 2009

Bercerita.....











Assalamualaikum...

Walaupun dah 2 bulan create blog, baru hari ini ada masa untuk "mewarnakannya".
Itupun setelah terpaksa buka akaun baru kerana terlupa "password".
KUCING.......
Saya memang suka kucing. Nabi kita Muhammad S.A.W. pun sukakan kucing. Kucing binatang kesayangan baginda.
Setelah 5 tahun tidak memelihara kucing, tiba2 teringat dan
teringin membelanya kembali. Tapi.... mengenangkan nasihat doktor, terpaksa lupakan
hasrat itu. Doktor cakap jika kita ingin tetapi susah untuk mendapatkan zuriat, jangan memelihara kucing kerana air liur dan bulunya ada kesan pada kesuburan kita.
Penat juga mencari artikel untuk menyokong saranan Doktor, tapi masih belum berjumpa. Harap2 ada sesiapa sudi berkongsi maklumat mengenainya ya. Kat sini saya kepilkan gambar kucing kesayangan saya yang bernama Nompok @ Teruna. Tapi dia telah mati sebelum saya sempat nak serahkan pada orang lain. Mungkin dia x nak berpisah dengan saya :(
So... jumpa lagi...
Bye....... Assalamualaikum!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...