Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, June 24, 2009

IDOLAKU

Pasti kita semua mempunyai idola yang kita sanjung dan kagumi samada personaliti, kerja2 amal yang mereka terlibat, pendirian mereka & bagaimana usaha2 mereka dalam aktiviti kemasyarakatan. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza.

Berikut adalah idola saya......


Sudah semestinya ibu dan bapa ku. Mereka bersuasah payah menjaga dan mendidik ku...
Teringat bagaimana mak terpaksa keseorangan bila abah masuk ke hutan 9 bulan setiap tahun!!
Bermakna kami berjumpa cuma 3 bulan setahun hinggakan abah menjadi orang asing bagi kami :( Insyaallah kami smua tidak akan melupakan jasa2 mu. Selagi hayat dikandung badan, ku pohon Allah tetapkan iman ku untuk mengasihi keduanya. Aminnn........


YM Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Perjalanan hidupnya hampir serupa dengan ku (cuma dia dari keturanan raja, aku rakyat biasa). Memperolehi cahaya mata selepas 10 tahun ( tapi rezeki masih belum berpihak pada ku). Kesukarannya utk mendapatkan cahayamata, telah membuatkan beliau terbuka hati untuk membantu golongan senasib, maka tertubuhlah TAFF - Tengku Azizah Fertility Foundation.

Allah turunkan ujian utknya, supaya dia boleh menolong orang lain. Semoga Tuanku dapat meneruskan usaha murni Tuanku..... Terima Kasih atas keperhatinan Tuanku.










Mahmood Ahmadinejad. Perdana Menteri Iran untuk penggal yang ke 2. Orangnya kecil tapi bersemangat waja. Very humble person. Pemimpin Islam yang paling di hormati oleh umat Islam yang lain. Teruskan perjuanganmu wahai wira Islam....






Last sekali...... Syed Mokhtar Al-Bukhary. Merupakan orang ke 8 terkaya di Malaysia. Telah dididik sejak kecil oleh ibunya untuk membantu mereka yang susah. Sehingga kini Yayasan Al-Bukhary telah banyak berjasa kepada penduduk miskin terutamanya di utara tanah air. Kata orang, semakin makin banyak kita memberi, semakin banyak pintu rezeki yang terbuka. Doa dari orang2 yang dibantu akan menyuburkan rezeki yang ada. Semoga dilimpahi rezeki yang berlipat ganda pada masa akan datang. Amin........
Bye............ Assalamualaikum!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...