Salam semua....Muffin lagi.....Ada tempahan dari jiran terdekat. Kalau ikutkan nak bagi jer... tapi banyak juga dia order. So kita kira harga kawan2. Bayar basic jer.... :)... Jom skodeng bahan2;
Bahan2
2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula kastor
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
1 camca teh esen vanila
1 sudu teh strawbery emulco
Jem strawbery secukupnya
Cara2
Masukkan gula, minyak jagung, susu segar telur & esen dalam bekas. Kacau dengan whisk hingga kembang & sebati. Masukkan strawbery emulco, kacau lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dgn spatula hingga sebati. Masukkan dalam acuan, letakkan jem diatasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180'C.
*** Pastikan oven cukup panas sebelum muffin dibakar, supaya muffin naik dgn cantik.
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment