Click jer klau ada iklan :)

Thursday, April 28, 2011

FROM BRUNEI WITH LOVE :)

Assalamualikummmm....
Fuhhhh lamanya x update blog. Itu tandanya lama x masak.... hahahha. Mentang2 bonda tercinta ada kat sini, blk rumah jer, jengok tudung saji :). Teringat zaman skolah dulu :).

Pada 14.04.2011 saya menerima bungkusan dr Brunei. (harap2 Meera x berkecil hati sbb akak ambil masa lama utk update kat blog ni). Sukanya x terkata. TERIMA KASIH banyak2 atas pemberian itu.

Cenderamata dr Brunei :).. sukeeee

Bungkusan tu saya terima dari Siti Ameera. W'pun kitaorang x pernah bersua muka tp ikatan persahabatan terasa erat. Bermula dengan berbalas komen di forum wanita, kemudian chat di YM, selepas tu sama2 mula menulis blog dan berlanjutan hingga ke FB. Kebetulan kami mempunyai hobi yg sama ~ memasak!


Ada juga makanan istimewa dr Brunei...... lagi sukeeee :)

Ameera ni hebat orangnya. W'pun bekerja tapi masih mampu mengambil tempahan membuat kek. Kebetulan moto kami sama "Masaklah dengan kasih sayang, InsyaAllah makanan tu akan sedap"
Amat2 berharap persahabatan ini berkekalan...dan semoga suatu hari nanti dapat saling berbalas kunjungan pula..... InsyaAllah.


TERIMA KASIH AMEERA :)

Monday, April 18, 2011

AHLI KELUARGA BARU

Alhamdulillah..... Semuanya selamat. Adik saya telah melahirkan bayi ke 2 nya pada 04:27 pagi Selasa lalu @ 12.04.2011. Pada saat N3 ini ditulis, baby ni belum diberi nama lagi. Semoga dengan kehadiran ahli keluarga yg baru ini, akan bertambahlah rezeki dan rahmat pada keluarga kami.

Wajahnya saling x tumpah mcm abg dia :)


D.O.B. 12.04.2011

InsyaAllah bulan Julai akan datang akan lahir seorang lagi ahli keluarga En Mohd Raya :)
Pasti Raya tahun ni akan lebih meriah.

Friday, April 15, 2011

PERTEMUAN SEMULA SELEPAS 20 THN :)

Wahhhh... lamanya x update blog. Minggu paling sibuk. Bermula dgn kenduri kahwin jiran sebelah rumah, meeting reunion, check up dan operation mata abah dan kelahiran ahli keluarga baru. N3 ni pun saya tulis semasa menunggu abah operate mata dia. N3 kali ni citer pasal pertemuan semula kawan2 sekolah selepas 20 tahun! Seronok! Mmg ada yg dah brubah struktur tubuh dan muka termasuk la saya...hahahha. Kalau dulu pakai siza S, skrg dah tukar L dan XL. Tapi Azie tetap maintain :). W'pun baru 4 org yg hadir, gamatnya sudah terasa. Mesti happening majlis reunion tu nanti. :)

Hanya 4 org yg hadir.
Duduk dari kiri; Jani dan Sepul
Berdiri; Saya dan Azie
W'pun sibuk tetap curi peluang utk buat kek sebagai buah tangan :)
Harap2 kawan2 saya sukakannya. Masa ni proses penyejukan.
Kalau nak cuba resepi ni Kek Gula Hangus ni, klik kat SINI

Ready dah... :) Ada yg masih panas lagi ... hahaha

Monday, April 11, 2011

IKAN KELI GORENG CILI

Menu ni merupakan menu yg dah lama x masuk dapur ai. Ikan keli ni klau tokey kedai x bersihkan, mmg saya x akan beli. Pernah tekena dulu, dia ckp letak garam ikan dah boleh mati. Sampai rumah dgn penuh yakin saya pun potong 2 ikan ni, baru bersihkan kepala dia. Tetiba jer ikan tu bergerak.....apa lagi menjerit la ai. Aduhhh mcm nak gugur jantung. Tobat nak beli ikan ni hidup2. Tapi kan ikan ni klau kita goreng garing pun, kat dlamnya tetap lembut tau. Yok tengok resepi :)

Bahan-bahan
2 ekor ikan keli - bersih dan toskan
3 biji cili merah *
2 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
Sedikit kunyit hidup *
1 batang serai - diketuk
1/4 asam keping (blh digantikan dgn perahan air limau)
Garam
Serbuk kunyit
Minyak

Cara-cara
1. Ikan di lumurkan dengan kunyit dan garam.
2. Kisar @ tumbuk bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
4. Kurangkan minyak, tumis pula serai hingga naik bau.
5. Masukkan pula bahan kisar, masak hingga agak garing.
6. Akhir sekali masukkan asam dan perasakan dengan garam.
7. Masukkan ikan dah gaul sebati.


Jemput makan :)

Friday, April 8, 2011

SAMBAL UDANG PETAI

Wah mmg x tahan tengok sambal udang ni...my febret nih, tambah lah ada petai...speechless org putih ckp :P
Lauk ni jer pun dah cukup, x perlu lg lauk sampingan. Nyum nyum. Kita layan resepi yokkk

Bahan-bahan
500 gm udang - kupas kulit, belah belakang, bersih dan toskan
3 papan petai - kupas kulit
25 tangkai cili kering - potong, rebus, bersih dan toskan *
5 biji bawang kecil *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar - potong bulat
1 keping asam
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan asam. Tambah sedikit air jika perlu.
4. Masukkan petai dan udang, kacau seketika.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam, kacau sebati.
6. Sedia utk dihidang :)

Sambal Udang Petai

Thursday, April 7, 2011

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Lama sungguh x masak menu Asam Pedas. Asam pedas ni memang lauk kegemaran orang Johor :) tapi bukan orang Perlis :( hahaha. Tapi bila sesekali buat tu, hirup kuah x hengat.. smapi naik kenyang minum kuah. Kalau x de daun kesum atau bungan kantan,  Asam Pedas akan jadi kurang enak. Bau, rasa dan aroma daun kesum @ bunga kantan akan membuatkan asam pedas betul2 piau.

Bahan-bahan
3 ikan kembong -bersih dan toskan
15 tangkai cili kering - potong, rebus dan toskan *
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci belacan *
1 biji tomato - potong 4
6 biji kacang bende
2 pokok daun kesum
1 keping asam
Garam
Minyak
Air

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panasakan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan air (anggaran 1 cawan) dan asam keping.
4. Biarkan kuah mendidih, barulah dimasukkan ikan.
5. Masukkan kacang bende, tomato dan daun kesum bila ikan dah masak.
6. Perasakan dgn garam. Biarkan tomato dan kacang bende layu sedikit sebelum ditutp api.


Jemput makan tuan puan :)

Wednesday, April 6, 2011

DAGING GORENG KUNYIT



Haaaaa kan dah cakap minggu malas. Lauk goreng lagi...hehehe. Korang layan jer la ya menu ni yaaa...

Bahan-bahan
200gm daging - potong nipis dan lebar
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 biji bawang besar - potong bulat
5 biji cili api - belah 2
1 sb serbuk kunyit
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Tumbuk bahan bertanda *. Gaulkan daging dengan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging.
3. Masak hingga daging empuk/lembut.
4. Akhir sekali masukkan bawang dan cili api. Perasakan dengan garam.
5. Kacau seketika sebelum ditutup api.
***Garam perlu diletakkan akhir sekali utk mengelakkan daging lambat empuk.

Tuesday, April 5, 2011

SOTONG GORENG KUNYIT


Minggu malas memasak.... hahaha. Masak yg simple2 jer utk mkn malam. Tapi walaupun simple, bertambah juga nasi.... huhuhu. Kalau nasi dah bertambah, yg lain pun ikut bertambah lerr. Kolestrol, kalori, berat, badan dll. Mmm hbis diet kena langgar. Adusss camna la nak kurus camni :(

Bahan-bahan
5 ekor sotong sederhana besar- potong, bersih dan toskan
1/2 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih  - dicincang
3 batang kacang panjang - potong 1"
2 biji cili besar - dihiris
1 sk serbuk kunyit
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan pula bawang besar, kacang dan cili. Goreng seketika.
3. Akhir sekali masukkan sotong. Perasakan dengan garam.
4. Kacau seketika sebelum diangkat.

Friday, April 1, 2011

PETUA MENCUCI HATI



Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah. [Yok hadiahkan al-fatihah buat guru kita Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah, moga sihat dalam redho Allah utk terus membimbing kita semua dan mendapat ganjaran kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat pun buat kita semua amiin ya Allah ya Karim.]
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah- rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan Wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan Ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

"Yok! Sama2 masuk Syurga bermula dengan berpesan2 utk kebaikan dan mengamalkannya pd diri saya sendiri dan pd saudara2 ku yg baik yg soleh yg dikasihi dan dirahmati Allah…kerna Islam mengajarkan untuk berpesan2 tentang perkara2 yg Maaruf"
Salam ukhuwwah Hamba Allah

Sumber ; Email
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...