Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, May 17, 2011

TOM YAM KUNG


Sawadi kapppp :).....Selamat bercuti semuaaaa...Sempena hari cuti ni, kita layan menu Thailand lak yaaa. Menu yg plg senang.. x smpai 20 minit dah boleh makan. Semua main tuang jer. Kalau malas2 boleh la masak menu ni ya :).  Ooooopppssss sebelum terlupa nak bagi tau (bagi yg x tau) "kung" tu adalah udang dalam bahasa kita :)

Bahan-bahan :)
1 peket perencah tom yam - saya guna jenama Adabi
2 1/2 cawan air
10 ekor udang - bersihkan dan sejatkan
1/2 labu bawang Holland (yg kaler kunung tu)
2 helai daun limau purut
1 batang serai - diketuk
4 biji cili api
1 batang celeri
1 biji tomato - belah 4
1 biji limau nipis - ambil airnya
Sedikit daun ketumbar
Garam

Cara-cara
1. Masak air hingga didih dan masukkan perencah tomyam.
2. Masukkan pula serai, daun limau purut, batang celeri dan bawang besar.
3. Perahkan air limau dan masukkan pula tomato, cili api dan udang yg telah disejatkan.
4. Perasakan dengan garam dan tutupkan api.
***Saya cuma merendamkan udang dalam air panas utk menyejatkannya.
      (udang perlu disejatkan supaya rasa tomyam dapat dikekalkan)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...