Click jer klau ada iklan :)

Thursday, September 22, 2011

SAMBAL CILI API PETAI BELALANG

Pernah mkn petai belalang ? Biasanya pokok ni bnyk tumbuh meliar di tepi jalan. Masa kecik2 dulu saya suka mkn begitu jer. Kebetulan semasa menghadiri rumah terbuka kawan suami, petai ni bnyk di halaman, jadi tuan rumah pun amikkan utk saya :). Rasa petai belalang x lah sepahit petai yg biasa tp menurut jiran saya ia mampu membunuh cacing di dalam perut. So sesapa yg bnyk cacing tu blh la cari petai ni ya...hihihi. Meh kita skodeng resepi...

Bahan-bahan :)
1/2 cawan ikan bilis - bersih, basuh dan toskan
17 biji cili api * - blh dikurangkan jika x suka pedas
1 1/2 biji bawang besar * - 1/2 biji potong melintang
3 ulas bawang putih *
15 papan petai belalang - ambil isinya
1 keping asam gelugor
Garam
Minyak

Cara- cara:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing / kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan bertanda * yg telah dikisar hingga pecah minyak.
    (pastikan ianya betul2 masak sehingga hilang bau maung cili api)
3. Masukkan asam gelugor dan bawang besar yg dihiris, kacau. Perasakan dgn garam.
4. Akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis, kacau seketika sebelum diangkat.
***Jgn masak petai belalang terlalu lama utk mengelakkan isinya menjadi kering.


Pedas tapi layannnnn....

Tuesday, September 20, 2011

12 Rasulullah's Favourite Foods


1) Milk:
"Milk wipes away heat from the heart just as the finger." It strengthens the
back, improves the brain, renews vision and drives away forgetfulness.




2) Honey:
Honey is a remedy for every illness and the Quran is a remedy for all illness of
the mind therefore i recommend to you both remedies, the Qur'an and honey (Bukhari).




3) Figs:
"If i had to mention a fruit that descended from paradise i would say this is it cause the paradisacal fruits do not have pits. Eat from these fruits for they prevent hemorrhoids, piles and help gout." (Bukhari)




4) Dates:
"Whoever takes seven ajwa dates in the morning will not be affected by magic of
poison on that day." (Bukhari) Rasulullah (SAW) said that a house without dates has no food.




5) Barley:
Good in fever while used in a soup form.




6) Melon:
"None of your women who are pregnant and eat of water melon will fail to produce
off spring that is good in countenance and good in character."




7) Grapes:
"It purifies the blood, provides vigor and health, strengthens the kidneys and clears the bowels."




8) Mushrooms:
Rasulullah (SAW) said that "The mushroom is a good cure for the eyes."




9) Pomegranate:
"Cleanses you of saitan and evil aspirations for 40 days"




10) Vinegar:
Rasulullah (SAW) used to eat with olive oil. (Thats now a fashion in elite italian restaurants).




11) Olive Oil:
Important for skin and hair treatment, delays old age and treats inflammation of the stomach.


12) Water:
Rasulullah (SAW) said "The best drink in this world is water; when you are
thirsty drink it by sips and not gulps, gulping produces sickness of the liver."


Note: As Muslims we are fortunate enough to obtain this knowledge and include
these foods in our diet. Allash has blessed us with many good foods.

***Kredit utk pengirim email ini ~ Pn Sa'adah :)

Thursday, September 15, 2011

BUKIT KEPONG

Assalamualikum :)

Sejak kebelakangan ni sana sini org sibuk bercerita pasal Bukit Kepong. Harini saya nak share gambar terbaru Balai Polis Bukit Kepong yg sempat saya rakamkan semasa menziarahi kubur arwah nenek yg kebetulan berada di seberang jalan dan berdekatan pula dgn kubur anggota polis yg telah gugur semasa pertempuran. Al-Fatihah utk semua anggota polis yg telah terkorban dan tak dilupa juga kepada anggota2 tentera dan pejuang kemerdekaan yg telah berjuang habis-habisan demi mempertahankan negara, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan  orang2 yg beriman kerana gugur syahid.

Sekiranya anda ingin ke sini anda bolehlah mengunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan exit di Tangkak ataupun Pagoh. Balai Polis Bukit Kepong terletak betul2 di tepi Sungai Muar. Kedudukannya yg berhampiran dgn sungai menyebabkan kebanyakan peralatan mengalami kerosakan apabila dilanda banjir. Kerajaan sedang berusaha memperindahkan kawasan sejarah ini utk generasi akan datang.Setidak-tidaknya generasi kini dapat melihat betapa sukarnya kita untuk memperolehi kemerdekaan dan apa yg kita ada hari ini adalah penat lelah dari generasi terdahulu.

Selesai melawat kawasan Balai Polis, jgn lupa menziarahai pusara anggota polis yg telah terkorban pula. Ianya terletak berhadapan dengan Masjid Jamek Bukit Kepong. Jom kita lihat apa yg ada disana....


Pintu masuk ke dalam balai - ditutup.
Balai Polis ini telah beberapa kali diperbaiki keranan kerosakkan  yg disebabkan oleh banjir.


Tarikh Kejadian; 23 Febuari 1950


Bot yg pernah digunakan suatu ketika dulu.






Nama2 anggota polis yg telah gugur semasa balai polis diserang pengganas komunis.


Kawasan perkuburan anngota polis yg terkorban dah ahli keluarga di letakkan dlm kawasan berpagar.


Batu nesan salah sorang anngota polis yg terkorban.


Kawasan perkuburan ini terletak di atas bukit dan ini menyebabkan pagar runtuh apabila berlaku hujan lebat.


Kawasan perkuburan terletak betul2 di hadapan Masjid Jamek Bukit Kepong.

Apa kata tahun ni  tukar destinasi percutian anda ke tempat2 bersejarah pula. Selain dapat mengetahui sejarah negara sendiri ianya juga berguna untuk pembelajaran anak2.
Selamat bercuti !!!

Wednesday, September 14, 2011

NASI TOMATO



Assalamualaikum semuaa.

Selamat Hari Raya (edisi terlewat) saya ucapkan. Lama sungguh blog ni x berupdate :). Bulan pose sibuk dgn projek kuih raya, bulan raye sibuk lak beraye. Undangan rumah terbuka pun bnyk diterima. Apa pun saya akan cuba memenuhi undangan walaupun hanya singgah sebentar. InsyaAllah. OK, kali ni nak share resepi yg saya buat semasa rumah terbuka di rumah saya minggu lepas. Sebenarnya dah bnyk kali juga cuba resepi ni, tapi baru kali ni berkesempatan ambil gambar ..hehehe. Saya suka resepi ni sbb dia x menggunakan minyak sapi dan bahanya mudah, rasanya pun sedap. Saya gandingkan nasi tomato dengan Ayam Masak Merah, Kari Daging & Acar Jelantah yg x sempat diambil gambarnya :(.. Jom kita skodeng resepi yg saya rembat dr rmh Cik Mat yg popular tuuuu

Bahan-bahan :

5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
3 biji buah pelaga* - x letak
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
1 kiub pati ayam - sendiri letak
Air, ikut sukatan beras (mat lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
1.Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.

2.Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.

3.Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.

4.Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...