Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, September 14, 2011

NASI TOMATO



Assalamualaikum semuaa.

Selamat Hari Raya (edisi terlewat) saya ucapkan. Lama sungguh blog ni x berupdate :). Bulan pose sibuk dgn projek kuih raya, bulan raye sibuk lak beraye. Undangan rumah terbuka pun bnyk diterima. Apa pun saya akan cuba memenuhi undangan walaupun hanya singgah sebentar. InsyaAllah. OK, kali ni nak share resepi yg saya buat semasa rumah terbuka di rumah saya minggu lepas. Sebenarnya dah bnyk kali juga cuba resepi ni, tapi baru kali ni berkesempatan ambil gambar ..hehehe. Saya suka resepi ni sbb dia x menggunakan minyak sapi dan bahanya mudah, rasanya pun sedap. Saya gandingkan nasi tomato dengan Ayam Masak Merah, Kari Daging & Acar Jelantah yg x sempat diambil gambarnya :(.. Jom kita skodeng resepi yg saya rembat dr rmh Cik Mat yg popular tuuuu

Bahan-bahan :

5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
3 biji buah pelaga* - x letak
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
1 kiub pati ayam - sendiri letak
Air, ikut sukatan beras (mat lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
1.Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.

2.Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.

3.Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.

4.Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...