Click jer klau ada iklan :)

Friday, October 21, 2011

PUDING MARBLE

Assalamualikum semuaa...
Arini ckp sebulan blog ni x berupdate. Hahaa.. Bnyk gak gambar & resepi yg x upload lagi. Mmmm...
Resepi kali ni pun dah lama dlm arkib, raya punyeee. Saya buatkan puding ni utk open house kat rumah kawan, jadi x ada la gambar corak bahagian dalam puding. X manis rasanaya nak bagi yg dah potong.
Resepi ni saya dpt rakan sepejabat 12 thn dulu. Setiap kali buat mmg x pernah mengecewakan. Jiran guna resepi ni utk meniaga di pasar Ramadhan lagi :) Meh kita tengok resepi.

Bahan-bahan ;
40gm agar-agar (yg bertali)
5 cawan air
1 tin susu cair
2 sb tepung kastard
1 1/2 cawan gula
2 sb butter / marjerin
2 sb serbuk koko
1 sk esen vanila

Cara-cara;
1. Masak agar2 dan gula dengan air hingga larut dan hancur.
2. Bancuh tepung kastard dengan susu dan esen, masukkan ke dalam periuk bersama butter.
3. Masak dengan api perlahan dan kacau berterusan supaya tidak berketul.
4. Matikan api bila puding mula pekat.
5. Bahangikan puding kepada 2 bahagian; 1 biarkan pada warna asal dan 1 lagi dicampurkan dengan serbuk koko. Lapiskan berselang seli ( 1 senduk kuning, 1 senduk koko), buat hingga habis.
***atau boleh juga tuang adunan koko ke atas adunan kuning dan lorekkan dgn hujung sudu.
6. Sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.


1 comment:

  1. oh puding...
    kamu sgt mengiurkan :)

    kirim kat yna boleh x? hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...