Assslamualaikum semuaaa :)
Selamat bertemu kembali :). Hari ni genap setahun blog ni TIDURzzzzz. Sebelum ni blog saya x boleh dibuka. Tak tahu dimana silapnya….hampir 3 bulan saya x dapat masukkan N3 baru. Banyak juga gambar yang tersadai dalam simpanan. Setelah diselidiki, kawan saya memberitahu blog saya kena hacked di atas sebab yg saya sendiri pun x tahu :( Lepas lama juga “merajuk” akhirnya saya kembali aktif. Harap2 selepas ni peristiwa tu x akan berlaku. Kalau x kena tunggu setahun lagi nak update blog…hahahaha
Sempena "kelahiran" baru blog ini & atas nasihat orang2 terdekat, saya ada buat sedikit perubahan dari segi nama (depa kata nama blog terdahulu x relevan…hihihi) dan susun atur blog secara berperingkat-peringkat... Harap semua akan suka dengan penampilan baru blog ini. TERIMA KASIH atas nasihat & galakan dari orang2 tersayang, keluarga & juga kawan2. X lupa juga TERIMA KASIH juga pada kawan2 yg sudi singgah walaupun dah lama blog ini x ada entry baru.
Terharu rasanya bila ada kawan2 yang bagi tau dia menggunakan resepi saya untuk berniaga. Mereka minta saya aktif balik (walaupun saya dah beri beberapa link blogger masakan terkenal) dan update resepi2 yang saya cuba supaya mereka juga dapat mempelbagaikan list jualan mereka. Maklum la kalau mereka cuba resepi di blog saya boleh terus direct tanya tuanpunya blog kalau percubaan x menjadi…hahaha. Siapa sangka ya blog yang x seberapa ni dapat memberi manfaat pada orang lain. ALHAMDULILLAH.
InsyaAllah, saya akan cuba meng"update"kan blog saya ni sekerap mungkin. Lepas ni kena la rajin menjengok blog ni ya & jangan lupa mencuba resepi2 baru :)
Akhir sekali, TERIMA KASIH semua :).
Salam sayang,
Zurayda
No comments:
Post a Comment