Click jer klau ada iklan :)

Monday, June 29, 2009

1/2 HARI AMI BERSAMA MAK NGAH

Setiap hari Sabtu, biasanya Ami duduk dgn Mak Ngah. Sampai jer terus mandi, sebab masa ni la ibu pergi kerja, Jadi masa tu Ami x nampak la sebab sibuk main air. Pandai mak ngah kelirukan Ami ya....

Tapi yang bestnya Mak Ngah akan bagi main air lama2..... TQ Mak Ngah....










Lepas mandi biasanya Mak Ngah akan buka crita kartun atau bagi main mainan. Hbis tengok tv, Ami dan Mak Ngah pergi kedai beli lauk utk mkn tghari.....








Ami klau bab bergaya memang pandai.... kata Mak Ngah..tengok la sendiri Ami berposing...













Lepas sarapan & minum susu Ami akan tido.... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz Eeh kaki sapa pula tu?




dan




...




...




...


...



Tido lagi......... Hehehehe



Masa ni Ami baru jer bangun tido.. So "mamai"
sikit. Mak Ngah suruh Ami tengok tv sebab dia nak masak...

















Ami memang suka sepahkan rumah, especially bantal. Lepas ni mak ngah akan kemas punya.... Paling kuat pun dia akan bebel skejap jer... Sori mak ngah.







Jumpa lagi mingu depan ya Mak Ngah..... Terima kasih pasal jaga Ami setiap hari Sabtu dan bagi Ami "interframe" dalam blog Mak Ngah ni. Nati klau ada latest story Ami update Mak Ngah ok.
Bye..... Assalamualaikum

Wednesday, June 24, 2009

IDOLAKU

Pasti kita semua mempunyai idola yang kita sanjung dan kagumi samada personaliti, kerja2 amal yang mereka terlibat, pendirian mereka & bagaimana usaha2 mereka dalam aktiviti kemasyarakatan. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza.

Berikut adalah idola saya......


Sudah semestinya ibu dan bapa ku. Mereka bersuasah payah menjaga dan mendidik ku...
Teringat bagaimana mak terpaksa keseorangan bila abah masuk ke hutan 9 bulan setiap tahun!!
Bermakna kami berjumpa cuma 3 bulan setahun hinggakan abah menjadi orang asing bagi kami :( Insyaallah kami smua tidak akan melupakan jasa2 mu. Selagi hayat dikandung badan, ku pohon Allah tetapkan iman ku untuk mengasihi keduanya. Aminnn........


YM Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Perjalanan hidupnya hampir serupa dengan ku (cuma dia dari keturanan raja, aku rakyat biasa). Memperolehi cahaya mata selepas 10 tahun ( tapi rezeki masih belum berpihak pada ku). Kesukarannya utk mendapatkan cahayamata, telah membuatkan beliau terbuka hati untuk membantu golongan senasib, maka tertubuhlah TAFF - Tengku Azizah Fertility Foundation.

Allah turunkan ujian utknya, supaya dia boleh menolong orang lain. Semoga Tuanku dapat meneruskan usaha murni Tuanku..... Terima Kasih atas keperhatinan Tuanku.










Mahmood Ahmadinejad. Perdana Menteri Iran untuk penggal yang ke 2. Orangnya kecil tapi bersemangat waja. Very humble person. Pemimpin Islam yang paling di hormati oleh umat Islam yang lain. Teruskan perjuanganmu wahai wira Islam....






Last sekali...... Syed Mokhtar Al-Bukhary. Merupakan orang ke 8 terkaya di Malaysia. Telah dididik sejak kecil oleh ibunya untuk membantu mereka yang susah. Sehingga kini Yayasan Al-Bukhary telah banyak berjasa kepada penduduk miskin terutamanya di utara tanah air. Kata orang, semakin makin banyak kita memberi, semakin banyak pintu rezeki yang terbuka. Doa dari orang2 yang dibantu akan menyuburkan rezeki yang ada. Semoga dilimpahi rezeki yang berlipat ganda pada masa akan datang. Amin........
Bye............ Assalamualaikum!!!

Tuesday, June 23, 2009

AMI & IRA - candid d'langkawi















Mak ngah, jangan publish gambar Ami pkai "swim trunk"
tau. Malu la... nanti orang tengok badan Ami yang berotot ni... Hehehe.....

Ira x pe la... Body dia sexy ;)




















Inilah anak sedara kesayangan ku.... Khairul Nazmi bin Khairul Nizam & Siti Zakirah binti Zamri. Walaupun Ira lebih "muda" dari Ami, tapi saiz dia mcm budak 3 tahun (gen ummi & abah dia). Ami lak ikut gen ibu & ayah dia yg "slim". Mereka berdua ni memang x leh bertemu.. asik x kena gaya jer. Msti salah sorang akan melalak. Tapi kat diorang la aku menumpang kasih.... I love both of you...


Bye............. Assalamualaikum!!!

Monday, June 22, 2009

BERKELAH

Semalam kami 3 beradik yg tingal kat Kay El pergi berkelah di Hutan Lipur Lentang. Bawa Ami yang suka main air...

Baru sampai.... Banyak makanan yang di bawa ;)







Dek kerana sekarang musim panas, air menjadi cetek.
Tapi aktiviti "berkubang" tetap diteruskan.....



Ini budak yang mula2 semangat tengok air. Lepas tu takut bila tengok air banyak dan mengigil kesejukan.



Last2 dia dok tepi sungai main rama2. Cuba cari mana rama2 tu...




Ami lepak kat dalam khemah... tunggu mak sedaranya "berkubang" . Bosan gila ni.....
Ikan Ami pun x dapat berenang. Kesian dia ........
Tapi yang sedihnya, kebanyakan tempat berkelah mesti ada sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung. Sampai bila sikap masyarakat kita akan berubah...... Renung-renungkan..
Bye.................... Assalamualaikum!!!

MAKAN TIME

Pada hari Sabtu yang lepas, kami 3 beradik pergi membeli-belah di Kelana Jaya. Membeli barang utk pergi berkelah esok. Dah penat memilih, membeli & melayan karenah anak buah (ini yang paling penat) kita orang singah makan di Pizza Hut (cuba pizza mediteranean yang baru) sebab Mak Za nak belanja Ami. So mari kita tengok gelagat Ami yang x reti duduk diam.....





Mula2 pilih menu yg sesuai utk Ami (x nak yang lembik & berwarna hitam). Sebelum pizza sampai Ami blajar cara guna garpu & sudu :)
Nanti tengok Ami pergi berkelah ok...
Bye.............. Assalamualaikum!!!

Friday, June 19, 2009

Gambar Kawan2 Nompok @ Teruna















Bye.............. Assalamualalikum!!!

Bercerita.....











Assalamualaikum...

Walaupun dah 2 bulan create blog, baru hari ini ada masa untuk "mewarnakannya".
Itupun setelah terpaksa buka akaun baru kerana terlupa "password".
KUCING.......
Saya memang suka kucing. Nabi kita Muhammad S.A.W. pun sukakan kucing. Kucing binatang kesayangan baginda.
Setelah 5 tahun tidak memelihara kucing, tiba2 teringat dan
teringin membelanya kembali. Tapi.... mengenangkan nasihat doktor, terpaksa lupakan
hasrat itu. Doktor cakap jika kita ingin tetapi susah untuk mendapatkan zuriat, jangan memelihara kucing kerana air liur dan bulunya ada kesan pada kesuburan kita.
Penat juga mencari artikel untuk menyokong saranan Doktor, tapi masih belum berjumpa. Harap2 ada sesiapa sudi berkongsi maklumat mengenainya ya. Kat sini saya kepilkan gambar kucing kesayangan saya yang bernama Nompok @ Teruna. Tapi dia telah mati sebelum saya sempat nak serahkan pada orang lain. Mungkin dia x nak berpisah dengan saya :(
So... jumpa lagi...
Bye....... Assalamualaikum!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...