Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, June 9, 2010

KUAY TEOW GORENG UDANG

Assalamualikum..
Menu ni dibuat sekiranya mood memasak x de. Hehehe....mmg kadang2 terasa malas nak memasak. Kuay teow ni paling sedap digoreng dgn kerang. Tapi bila dah malas, amik yang mudah jer. Kalau kerang perlu direbus & dikupas..huhuhu
Jom kita skodeng bahan2nya

  • Bahan2
  • 1 bungkus kuay teow - bilas dgn air panas utk buang minyak
  • 10-15 ekor udang
  • 2 biji bawang putih - diketuk
  • 2 biji bawang kecil - dihiris nipis
  • 1 biji telur
  • 2 pokok sawi / secekak daun kucai
  • 1 cawan taugeh
  • 2 s/b cili kisar
  • 2 s/b cili sos
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b sos tomato
  • 3 s/b kicap pekat
  • Sedikit garam

Cara2
Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang kecil. Masukkan cili kisar & masak smpai cili sedikit garing. Masukkan sos cili, tiram & tomato. Kacau lagi. Masukkan garam, kicap, udang & telur. Akhir sekali masukkan kuay teow, sawi & taugeh. Kacau rata. Sedia utk dihidang....Nyum2

Jemput makan....... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...