Click jer klau ada iklan :)

Thursday, February 17, 2011

ROTI TELUR BERSOSEJ

Menu yg sesuai utk buat bekpes atau mnm petang. Saja buat extra utk diagihkan pada jiran2. Kanak2 memang sukakan menu ni, mmg sesuai kalau kita sediakan bersama mereka. Kali ni saya gunakan breadcrumb yg saya buat sendiri jer... tu yg x berapa cun. Yok skodeng resepi.

Bahan2
10 keping roti
10 batang sosej ayam/daging
Serbuk roti
2 biji telur
Lada hitam - optional (campurkan dgn serbuk roti)
Minyak

Cara2
1. Canaikan roti sehingga nipis. Buat hingga habis.
2. Letakkan sosej atas roti dan gulung hingga hujung.
3. Golekkan roti ke dalam telur dan kemudian golekkan pula ke atas serbuk roti.
4. Goreng dengan api perlahan hingga kekuninga.
5. Hidang dengan sos kegemaran.
*** utk buat serbuk roti; bakar 4 keping roti hingga kekuningan. Kisar hingga halus. Bakar lagi selepas dikisar.

Jemput makan :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...