Click jer klau ada iklan :)

Thursday, June 23, 2011

MEATBALLS SPAGETTHI


Main course yg saya buat sempena Hari Bapa baru2 ni. Nasib baik mak dan abah boleh layan menu ni :)...cuma en asben kita jer x brpa suke :(. Sesapa x suka spagetthi leh mkn nasi ya. Apapun memang sedap menu ni ditambah pula dgn homemade meatballs. Resepi ni amik kat rumah Hana. TQ Hana. Memandangkan rakyat ramai, dengan senang hati saya gandakan sukatannya. Tengok resepi jommm

Bahan-bahan

Homemade Meatball
200g daging cincang
1 sudu makan tepung ubi -  blh guna tepung jagung
1/2 biji putih telur
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk bwg putih@halia - jika tiada parut seulas bwg putih dan halia - optional
sedikit garam dan secubit gula/perasa

Bahan Sos/Kuah
Spagetthi - rebus mengikut arahan peket dgn sedikit myk dan toskan
100g daging cincang
250g sos pasta@spaghetti - campuran carrot+cendawan - saya guna tradisional
3-4 ulas bawang putih - cincang
1/4 bawang besar - cincang
2 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - dipotong dadu
1/4 cawan tomato puree - x letak
2 sudu besar sos chili - optional - x letak
garam dan sedikit air
Minyak zaitun
daun parsley dan parmesan cheese - optional

Cara-cara

1. Untuk membuat meatballs - Satukan bahan meatball. Gaul sebati kemudian bulat2kan kecil. Didihkan air dalam periuk. Masukkan meatball. Bila terapung tandanya dah masak. Angkat dan toskan. Meatballs boleh juga di bakar suhu 180 atau di goreng dengan minyak yang sedikit sehingga masak.

2. Panaskan minyak zaitun,tumiskan bwg putih dan bwg besar hingga layu. Masukkan daging cincang dan biarkan sebentar sehingga daging berubah warna.

3. Masukkan tomato yg dipotong dadu dan tomato puree.masak hingga tomato hancur.

4. Masukkan pula sos tomato,cili dan juga sos pasta@spagetthi.

5. Masukkan air sedikit dan perasakan dengan sedikit garam. Masukkan meatballs dan didihkan.

6. Hidangkan sos bersama spagetthi dan taburkan dengan daun parsley dan parutan keju parmesan jika suka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...