Click jer klau ada iklan :)

Friday, March 23, 2012

POTATO SALAD


Kali ni berubah angin ke barat lak... Dulu masa memula kawen, hampir setiap hari buat salad ni. Setiap pagi inilah sarapa untuk en asben, ianya atas nasihat seorang kawan bagi mengatasi masalah gastrik. Sesapa yg ada masalah gastrik tu boleh la cuba ya, tapi sila abaikan cili, cuma campurkan kentang dan mayonis. Salad ni memang layan kalau di makan dengan western menu. Saya sediakan bersama fish & chips tempohari :)

Bahan-bahan :)
3 biji kentang - dikupas kulit dan direbus hingga empuk
1/2 biji cili merah - dibuang biji dan dipotong kecil
1/2 biji cili hijau - dibuang biji dan dipotong kecil
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
2 sudu besar mayonis
Daun salad secukupnya 
Sedikit lada sulah/blackpepper
Sedikit perahan limau - optional

Cara penyediannya :
1. Potong kentang berbentuk dadu. Ketepikan.
2. Campurkan kentang, cili, bawang besar, mayonis. gaul rata.
3. Susun daun salad dan letakkan potato salad di atasnya.
3. Akhir sekali taburkan sedikit lada sulah/blackpepper dan sedikit perahan limau.
4. Sedia untuk dihidang dgn menu western kegemaran :)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...