Click jer klau ada iklan :)

Monday, March 26, 2012

RENDANG KERANG TANPA SANTAN


Pernah x makan rendang tanpa santan? Masa mula-mula makan dulu, memang dah terpikat dengan rasanya. Tapi x kan nak minta resepi dengan tokey nasi lemak tu pulak kan? Tapi dah rezeki, kedai nasi tu pun dah tutup dan kebetulan pula dia pindah dan berjiran pula dengan saya. Bila dah rapat, dan mula pergi ke pasar sesama, baru la berani buka mulut nak bertanya pasal resepi ni. Alhamdulillah, dia pun x kedekut ilmu dan bagi resepi ni, dan akhirnya resepi idaman berada di depan mata dan saya yg memasaknya...lalalalala
Kalau nak tau sedap ke idak, kena la cuba ya...

Bahan-bahan :)
1 cawan isi kerang
1 batang serai dipotong kecil *
5 biji bawang kecil *
1/2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
Sedikit lengkuas *
5 biji cili api - diketuk (boleh juga dihiris halus utk extra pedas)
Minyak
Garam

Cara penyediannya ;
1. Kisar bahan bertanda * ( x perlu terlalu halus, sekadar hancur sahaja)
2. Panaskan minyak dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kerang, bawang besar dan cili api, kacau sebati.
4. Masak hingga agak kering dan perasakan dengan garam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...