Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, July 28, 2009

KEK KUKUS KISMIS

















Minggu ni suami asyik sibuk bekerja.... So aku ambil peluang untuk mencuba resepi baru :)

Kita mulakan dengan kek kukus kismis ya....

Bahan2;

2 cawan tepung kek Blue Key
1 cawan gula kastor
1 ketul mentega (250gm)
5 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan kismis

Cara2;

Pukul gula & mentega hingga kembang. Masukkan telur 1 per 1.
Masukkan tepung & susu berselang seli.
Last sekali masukkan kismis yang telah direndam & ditoskan.
***Sebaiknya kismis dipotong dahulu supaya tak mendap di bawah (mcm kek aku)

Thursday, July 23, 2009

BUTTER CAKE MUDAH


Minggu ni dah 2 kali buat kek. Tapi yg 1st tu x jadi ;( .... so x jadi la nak share dgn kawan2.
Alhamdulillah kali ni jadi nampaknya :) So, mari kita kita tgk cara membuatnya....


Bahan2

2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula halus
250gm mentega
1 1/2 cawan susu cair
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara2
Gula & mentega dipukul hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji & esen.
Masukkan tepung & susu berselang-seli.
Bakar pada suhu 200 selama 1 jam.
Mesti sedap..... lembap jer keknya.
Tapi agak peroi sedikit mungkin susu boleh dikurangkan kepada 1 cawan.
Saya campurkan sedikit serbuk koko (saja suka2) bagi nampak cantik.
Selamat mencuba !!!

Friday, July 17, 2009

ISRAK & MIKRAJ & ANNIVERSARY

HARI ini, 27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari
Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Firman Allah bermaksud: 'Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.' (Surah al-Isra', ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.

Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Hari ini juga merupakan ulangtahun ke 10 (mengikut kalender Islam) perkahwinan ku.
Alhamdulillah sehingga saat ini hidup kami masih tenang dan bahagia biarpun belum dikurniakan zuriat. Semoga saat2 ini akan berterusan dan usaha2 kami akan menemui kejayaan.




Aminnn...............






10 tahun yang dulu....... di malam pernikahan.......

Wednesday, July 15, 2009

UMRAH



Hari ini kawan baik aku berlepas ke Tanah Suci Mekah. Awal2 dah hantar mesej minta maaf atas apa2 kesalahan. Aku pula awal2 dah suruh tolong doakan untuk aku (apalagi klau bukan utk dptkan zuriat). Semoga Ramlah & keluarga selamat pergi & selamat kembali.
Orang kata pemandangan seperti di bawah sudah biasa bagi penduduk Mekah. Kambing terpaksa memanjat pokok untuk mencari makan.
Tentu seronok dapat menjejakkan kaki ke sana dan berada dekat dengan rumah Allah.
Suatu hari nanti pasti tiba giliran aku pula... Insyaallah...
Bye................ Assalamualaikum!!!

Monday, July 13, 2009

SAMBAL GORENG JAWA

Resepi ni memang popular di kalangan orang Jawa...... Walaupun aku bukan orang Jawa tapi aku tetap sukakan rasanyaaa. Jom kita cuba;

3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
7 biji cili api } jika suka pedas, boleh tambah
1 genggam ikan bilis } lebih pun ok jer
*** Bahan di atas di kisar
60 gm soo hun & tauhu kering ~ rendam & toskan
2 biji kentang
2 keping tauhu
2 keping tempe
*** Potong kecil & goreng hingga kekuningan
Kicap } anggaran 5 sudu, boleh tambah jika suka

Cara2;
~Tumis bahan yang di kisar hingga kekuningan, mskkan sedikit garam. Kacau rata.
~Masukkan soo hun & tauhu kering. Kacau lagi.
~baru mskkan kentang, tauhu & tempe yang telah digoreng tadi.
~Last sekali masukkan kicap & kacau rata. Siap di hidang...

Cuba tau.. mesti jadi punya....
Bye.......... Assalamualaikum!!!

Friday, July 10, 2009

BUNYI GITAR.......


Sebenarnya gitar ni di beli untuk suamiku sebagai hadiah hari lahirnya pada September nanti. Tapi sewaktu gitar ni sampai di opis aku, suami aku pun sampai atas urusan kerjanya dengan designer di tempat kerjaku......

Alamak!!!! Pecah rahsia. Nak x nak bagi la bagi je hadiah wlaupun tercepat 2 bulan. Yang penting dia happy sangat. Maklum la gitar kesayangannya di curi. Walaupun gitar yang aku beli ni x "setaraf" dgn gitarnya yang hilang, tapi ianya ikhlas dariku dan yang mampu aku beli....





So jangan lupa main lagu Yuna hujung minggu ni untuk ku.... Hehehe


Happy Birthday in advance ;) Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga ditetapkan iman dan hati untuk menyayangi aku ......


Bye......... Assalamualikum!!!

Thursday, July 9, 2009

MENU MAKAN MALAM




Mmm smlm makan malam special sikit pasal birthday kakak aku. Ini la menu yg aku order; Fish Steak & Mocha Glacier.....
Bye................ Assalamualaikum!!!

Tuesday, July 7, 2009

HANTARAN - PART 2


Yang ni pula hantaran dari pihak perempuan (adik). Tapi yang dah old fashion sikit (2006). Yang terbaru x de ambil gambar.


































So..... enjoy.........
Bye............... Assalamualaikum!!!

HANTARAN - PART 1

Walaupun gambar ni dah lama (Feb 2007), tapi atas permintaan kawan dari Brunei, saya download gambar hantaran orang Malaysia. Hantaran ni dari pihak laki (adik saya) dan di buat oleh kakak dia (saya la). Hehehe












































So enjoy.......
Bye.......... Assalamualaikum!!!

Monday, July 6, 2009

BENDI & UDANG MASAK ASAM

Hari minggu biasanya di gunakan olehku untuk mencuba resepi baru. Pagi2 pergi ke pasar tani yang berhampiran rumah untuk beli barang yang diperlukan.


Tapi x namapak kacang bende la ;(... nampak udang jer (sebab aku mmg penggemar makanan laut).


Ok, sekarang kita kongsi resepi ni ok;
10biji kacang bende
10 ekor udang (saiz M)
3 ulas bawang putih
3biji bawang kecil
1 biji cili merah & hijau - belah 2 & potong 4
Sedikit halia
Sedikit asam jawa, minyak masak & garam
Cara2;
Celur kacang bendi & ketepikan
Bawang putih, bawang kecil & halia ditumbuk & ditumis.
Setelah kekuningan, masukan udang, air asam & garam.
Setelah udang masak, tuangkan ke atas kacang bendi tadi.
Dah siap..... mmm sedapnya.....
OK... selamat mencuba...
Bye................ Assalamualaikum....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...