Tahun ni giliran beraya di Johor :) dan menu wajib pastinya lemang. Ni gambar sebelum lemang kena bakar.
Sementara api dinyalakan, kita kena masukkan santan dalam buluh yang sudah di bubuhkan pulut.
Ni la lemang yang hampir masak. Proses membakarnya dalam 4 jam. Letih gak buat lemang ni. Panas pula tu. Api x boleh terlalu besar, nanti lemang berkerak. X sedap.
Ini pula gambar sifu lemang... hehehe. Cik Atai ni memang mahir buat lemang. Bila ramai anak sedara ada tolong, "taiko" rilek la jap.
Tukang ambil gambar (aku la) tugas dia cuma masukkan pulut dalam buluh jer....
No comments:
Post a Comment