Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, May 18, 2011

BE CAREFUL!!!

Answer the phone by LEFT ear   
  

                 

Do not drink coffee TWICE a day




Do not take pills with COOL water






Do not have HUGE meals after 5pm





Reduce the amount of TEA you consume


 


Reduce the amount of OILY food you consume





Drink more WATER in the morning, less at night




 Keep your distance from hand phone CHARGERS







Do not use headphones/earphone for LONG period of time





Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning




Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping




When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

 

Tuesday, May 17, 2011

TOM YAM KUNG


Sawadi kapppp :).....Selamat bercuti semuaaaa...Sempena hari cuti ni, kita layan menu Thailand lak yaaa. Menu yg plg senang.. x smpai 20 minit dah boleh makan. Semua main tuang jer. Kalau malas2 boleh la masak menu ni ya :).  Ooooopppssss sebelum terlupa nak bagi tau (bagi yg x tau) "kung" tu adalah udang dalam bahasa kita :)

Bahan-bahan :)
1 peket perencah tom yam - saya guna jenama Adabi
2 1/2 cawan air
10 ekor udang - bersihkan dan sejatkan
1/2 labu bawang Holland (yg kaler kunung tu)
2 helai daun limau purut
1 batang serai - diketuk
4 biji cili api
1 batang celeri
1 biji tomato - belah 4
1 biji limau nipis - ambil airnya
Sedikit daun ketumbar
Garam

Cara-cara
1. Masak air hingga didih dan masukkan perencah tomyam.
2. Masukkan pula serai, daun limau purut, batang celeri dan bawang besar.
3. Perahkan air limau dan masukkan pula tomato, cili api dan udang yg telah disejatkan.
4. Perasakan dengan garam dan tutupkan api.
***Saya cuma merendamkan udang dalam air panas utk menyejatkannya.
      (udang perlu disejatkan supaya rasa tomyam dapat dikekalkan)



Monday, May 16, 2011

OLIO OLIO


Sejak kali pertama buat Spaghetti Olio dulu, menu ni mcm dah jadi menu wajib setiap minggu. X sangka sunnguh en asben suka dengan menu ni. Sukeeeee sbb sng jer nak buat :). And the best part is.... dah pandai merasa dan komplen pasal rasanya yg agak "plain" kali ni. Wah wah wah... tapi kali ni cuba resepi yg baru pula. Resepi amik kat Majalah Rasa dan ianya sesuai bagi mereka yg berdiet. Resepi asal oleh penyanyi Salamiah Hassan. Oleh sebab bahan2nya x berapa meriah maka dgn sesuka hati saya "memeriahkannya". Kira dah x boleh dikira menu utk berdiet...hohohoho..Meh kita tengok resepi;

Bahan-bahan :)
100gm spageti
5 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 tangkai cili kering - potong halus
1 sudu kecil herba campuran
2 biji cendawan butang - dimayang - saya guna 4
1 sudu besar minyak zaitun - saya guna 2 sudu
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
1 biji bawang besar - potong dadu - sendiri letak
5 batang crab stick - potong 1" - sendiri letak
Garam

Cara-cara
1. Rebuskan spageti bersama minyak zaitun dan air hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun, dan tumiskan bawang putih dan bawang besar, cili kering, cendawan
    dan lada hitam .
3. Setelah naik bau, masukkan spagetti bersama sedikit air (jika perlu).
4. Kacau rata seketika dan masukkan herba campuran dan garam secukup rasa.
5. Angkat dan hidangkan.


Sedapppppp :P


Wednesday, May 11, 2011

AYAM GORENG SAMBAL

Mmmm dah lama x masak ayam sambal. Sekali hadap jer selesai semuanya. Kali ni masak kurang pedas sikit. Sejak kebelakangan ni perut mcm dah x leh tahan dengan makanan pedas..huhuhu.
Kita nengok resepi jommm..

Bahan-bahan :)
1/2 ekor ayam - potong kecil, basuh dan toskan
15 tangkai cili kering* - rebus, basuh dan toskan
1 biji bawang besar* (1/2 dikisar & 1/2 lg dipotong)
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 keping asam
1/4 cawan air
Sedikit daun ketumbar
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Lumurkan ayam dgn garam dan goreng hingga kekuningan.
2. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, asam, bawang besar dan perasakan dgn garam.
4. Masak hingga kuah pekat.
5. Masukkan ayam dan kacau sebati.
6. Tabur sedikit daun ketumbar utk lebih aroma :)


Jemput makannnn :)

Tuesday, May 10, 2011

TUN HUSSEIN ONN NATIONAL EYE HOSPITAL

Pada 14.04.2011 abah saya telah selamat menjalani pembedahan mata di Tun Hussein Onn Eye Hospital. ALHAMDULILLAH. Prosesnya cuma mengambil masa selama 45 minit sahaja.  Kini dia x perlu pakai cermin mata lagi dan berkira2 nak buat pembedahan kali ke 2 pula. Semangat tu dapat "mata baru" :)

Dr Zainal bin Mohamad merupakan Dr yg merawat abah. X sangka Dr Zainal ni rupanya Dr febret kat situ w'pun saya pilih dia sbb nama dia mula dari huruf "Z". Boleh gitu?

Ruang menunggu di hadapan bilik Dr Zainal. Lepak2 sambil mnm air free :)

Monday, May 9, 2011

MOIST CHOC CHIP MUFFIN


Salam semuaaa...
Waaa sekejap tenggelam, sekejap timbul la. Agak bz sedikit kebelakangan ni dgn preparation utk reunion nti. Banyak benda perlu diselesaikan supaya majlis berjalan lancar. Muffin ni saya buat semasa menghadiri meeting reunion ke 2 di rumah kawan baik saya ~ Ramlah. Pada Ramlahlah saya berkongsi rahsia dari zaman skolah hinggalah sekarang. Kawan yg benar2 memahami, mendengar dikala susah dan senang, suka dan duka. TERIMA KASIH RAMLAH :). Harap2 dia suka dengan muffin ni. Muffin ni kalau ikut sukatan di bawah, boleh dapat dalam 40 biji bergantung pada saiz muffin cup).

Bahan- bahan :)
3 cawan tepung gandum
3 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko
3 sk baking soda
3 biji telur
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan choc chip
3 sk esen vanila
1 1/2 cawan air panas
Sedikit biji kuaci/badam

Cara-cara;
1. Panaskan oven. Sediakan paper cup.
2. Ayak tepung, baking soda. Ketepikan.
3. Pukul gula dan minyak, mskkan telur dan pukul lagi.
4. Masukkan air panas dan esen vanila.
5. Akhir sekali mskkan tepung yg diayak dan gaul sebati.
6. Masukkan dlm paper cup, tabur choc chip dan biji kuaci.
7. Bakar 30-35 minit atau sehingga masak.


Proses penyejukan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...