Click jer klau ada iklan :)

Friday, December 3, 2010

SPAGETTI OLIO LAGI


Assalamualikum....
Sekejap jer kan dah hari Jumaat. Bulan pun dah masuk bulan yg terakhir. Cepatnya masa berlalu. Bulan depan kita dan menginjak ke tahun 2011. Azam pun x tercapai lagi ni :(. Kena C/F la nampaknya.
Minggu ni kan mcm malas jer nak memasak. Blk kerja cuma masak yg simple jer utk alas perut, nsib baik en asben jnis x cerewet. Ni kira resepi edisi ulangan ya. Cuma kali ni main buh jer brg yg ada kat dlm fridge. X terikat sangat dengan resepi asal. Bak kata Cik Mat  "derhaka" pada resepi :). Tapi kalau nak tengok resepi asal klik jer kat sini ya.......Oppps sebelum terlupa nak wish Happy Besday kat adik ipar aku yg ke....rahsiaaaa. Hahaha...

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram spaghetti - kita guna yg kecil (Angel Hair)
1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning)
1 biji bawang besar
8 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji red capsicum - potong berbaji
4-5 biji cili padi - dititik 
2 camca teh Mixed Herbs
1 genggam buah zaitun hitam
15 ekor udang besar - dibersihkan
2 biji tomato merah - didadu 
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.

Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar dan bawang putih,  tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang, red capsicum serta buat zaitun hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.

Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan...

Sedap & ringkas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...