Click jer klau ada iklan :)

Thursday, December 16, 2010

PUFF DAGING

Salam Khamis
OK seperti dijanjikan, resepi yg menggunakan Daging Goreng Bawang. Tapi kali ni saya dah edit sedikit dgn memasukkan 2 biji kentang yg dipotong dadu ke dalam daging. Jom kita tengok resepi ni. Resepi asal adalah resepi Apple Puff amik kat blog Hana tapi kali ni aku guna inti daging. Jom tengok resepi :)

Bahan2
Puff pastri secukupnya
1 biji telur
Inti daging secukupnya

Cara2
1.  Ambil sekeping pastry. Bentukkan ikut bentuk yg dikehendaki. Isikan inti sekeping pastry yg lain kemudian sapukan telur sekeliling. Ambil pastry yang sudah dikelar tadi dan cantumkan. Tekan sedikit agar melekat. Boleh gunakan garfu.

2. Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur. Bakar guna suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan. - bakar selama 20min suhu 200darjah celcius (bergantung oven masing2).Pembakaran kedua turunkan suhu sket sbb oven dah panas takot hangus.

3. Sejukkan di atas redai.

TIPS PUFF YG FLUFFY dan RANGUP ~ tip berguna dr Hana

· Panaskan oven suhu 200 darjah celcius.

· Pastikan kepingan puff berada dalam suhu bilik sebelum digunakan.

· Semasa membakar seeloknya guna suhu tinggi. kebiasaan hana buat suhu 200darjah celcius dan bakar selama 20-23min (bergantung oven masing2). Tujuannya supaya setiap lapisan nampak terbuka dan rangup.atau jika takut hangus boleh juga guna cara kedua bakar 10min yang pertama (suhu 190-200), kemudian turunkan suhu 180 (jgn buka pintu oven) dan masak hingga keperangan@keemasan.

· Jika oven ade kipas, ONkan kipas - hana punya oven otomatik `berkipas` bila oven sudah terlalu panas.

· Pada peringkat pembakaran kedua, turunkan suhu lagi atau kurangkan masa pembakaran dari yang pertama sbb oven dah panas. Ini utk mengelakkan puff anda hangus!

· Selepas masak biarkan sebentar dalam oven dalam 1-2min baru keluarkan. Sejukkan terus atas redai supaya udara panas keluar dengan sekata dan puff menten rangup dan kering. kalau tidak bahagian bawah puff akan kelihatan lembab.

· Dah sejuk bleh terus simpan dalam bekas tertutup supaya menten rangup.


Inti daging yg telah di edit
Tp aku pnya x berapa naik la... :(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...