Click jer klau ada iklan :)

Thursday, December 23, 2010

KERABU NENAS


Salam Khamis :)
Ini adalah resepi ke 2 yg saya cuba dalam buku Masakan Thai. Saya memang peminat kerabu. Kerabu ni kan selain sedap dan senang disediakan, ia juga banyak khasiat dan vitamin. Semuanya disediakan dalam keadaan segar. Banyak lagi resepi kerabu yg belum saya cuba. InsyaAllah saya akan update kat blog ni bila saya dah mencubanya nanti. Apapun jom kita tengok resepi

Bahan2
¼ biji nenas – potong dadu
1 biji tomato – potong dadu
½ biji bawang besar – potong nipis
4 kacang panjang – potong halus
1 tangkai daun ketumbar – potong halus
1 batang serai – potong nipis
4 biji cili api – potong nipis
1 biji cili merah – potong nipis
2 biji limau nipis – ambil jusnya (saya gunakan 1 biji saja)
Garam
Gula

Cara2
1.Gaulkan semua bahan ke dalam satu bekas.
2. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
3. Perahkan jus limau nipis dan gaul sebati
***Hidangkan terus utk mengelakkan nenas berair.
***Enak juga diletakan dlm peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.

Sedapnyaaaa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...