Salam Jumaat...
Sekejap jer dah nak cuti balik. Kali ni nak kongsi resepi kuih fav. en asben lagi :).Kuih ni buat minum petang masa cuti tempohari. Rasanya sedap. Tapi x tahu di mana silapnya, dia x berapa gebu la. En Asben srh cuba lagi. Resepi ni pun amik kat My Resepi. Klik jer utk tengok resepi asal. Saya cuma buat 1/2 adunan dari resepi di bawah. Terima Kasih ya utk Tuan pnya resepi :)
Bahan2
· 4 cawan tepong gandum
· 1 1/2 cawan gula caster
· 3 biji telor
· 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air ) - saya guna santan kotak
· 1 sudu makan ovelette
· 1 sudu makan baking powder
· 1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
· 1 biji kelapa parut putih sahaja
· 2 sudu teh garam
· 1 sudu makan tepong ubi - saya guna tepung gandum jer
Cara-cara
1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit. - saya kukus 15 min.
Jamu mata jer la yaaa...
No comments:
Post a Comment