Salam Khamis.
Resepi kali ni rasanya orang bujang pun tau. Tapi x pe kan klau nak kongsi gak, terutamanya resepi sambal kicap tu. Mesti ramai orang yg x biasa dengar mkan goreng pisang dgn sambal kicap. Klau disebelah Johor & Pahang, memang kita orang mkn dgn sambal kicap. Sedap.. klau x caya cuba yaa...
GORENG PISANG
Bahan2
8 biji pisang (saya gunakan pisang nipah)
2 sudu tepung goreng pisang Adabi
2 sudu tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya
Minyak
Cara2
Gaulkan semua bahan (kecuali pisang) hingga sebati dan tidak berketul.
Belah 2 pisang yg telah dikupas kulitnya. Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung dan goreng dgn minyak yang panas hingga kekuningan.
SAMBAL KICAP
Bahan2
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
2 s/b gula
Kicap
Cara2
Goreng bawang putih hingga kekuningan.
Tumbuk hingga lumat bawang putih dan cili api.
Masukkan gula dan kicap. Kacau sebati.
*** Sedap juga di makan dgn keledek, keladi, sukun & tempe goreng.
salam..
ReplyDeletekak..sedapnyee..tak tau pula boleh cicah dgn smbal kicap..mesti best ni.. blk keje ni nak g cari grg pisang lah..hehe.. nway, tq kak share resepi :)
Salam Lyana
ReplyDeleteMmmg sedap. X semestinya mkn dgn goreng pisang jer, mkn dgn keladi, keledek dll.
Cuba yaaa
wah.. sedap.. sy cuba buat n bagi family rasa n dorang suka sangat..almaklumlah dsabah manada org bt sambal mcm ni..
ReplyDelete