Click jer klau ada iklan :)

Friday, December 17, 2010

TEPUNG DAN PENGUNAANYA

Salam Jumaat...
Syoknya Jumaat.. esok cuti :). Ok hari ni nak kongsi info tentang jenis2 tepun yg biasa kita dengar dan gunakan. Selain dari ini, bnyk lagi jenis tepung yg ada di pasaran. Info ni dapat kat blog kawan baik saya di Brunei. Kalau nak tengok blog Siti klik kat sini yaaa.

1. Tepung Serbaguna

Tepung serbaguna sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum biasa kerana lebih mudah didapati.

2. Tepung Berprotien Tinggi
Tepung berprotien tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya yang tinggi, maka ia lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

3. Tepung Berprotien Rendah
Ia sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

4. Tepung Gandum
Banyak terdapat dipasaran secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

5. Tepung Naik Sendiri
Juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta soda bikarbonat. Tepung jenis ini banyak dijual dipasaraya. Namun jika tiada, ayakkan 250 gm tepung gandum dengan satu sudu makan rata serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

6. Tepung Kek
Tidak banyak beza dengan tepung superfine. Anda akan mendapat hasil yang agak sama jika terlebih dahulu ayakkan tepung gandum sebanyak 3 kali.

7. Tepung Kastard
Selain mewangikan, tepung ini akan membuat tekstur kek menjadi lebih padat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...