Salam...
Kek pisang lagiiiii... Permintaan dari suami. Kali ni guna resepi dari rumah ros@jintanmanis. Terima Kasih Ros. Memang sdap dan mudah disediakan. Gebu dan lembap. W'pun merekah x berap cantik, tp yg penting kek ni mmg sdap. Thumbs up! Kalu nak tengok resepi asal klik jer kat sini. Jom tengok resepi :)
Bahan2
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek - saya gunakan pisang berangan
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur
Cara2
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment