Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, December 8, 2010

PUDING ROTI SOS KASTARD

Salam semua....
Harini nak kongsi resepi yg aku buat hujung minggu lalu. Biasanya hujung minggu kita orang berkumpul adik beradik, buat aktiviti shoping ker, jln2 ker, masak2 ker... dll. Minggu ni lepak kat rmh adik@ Sunway. Bila dah kumpul ramai2, perut lapar je memanjang. Bila tgk ada roti, trus jer cari2 resepi yg bersesuaian. Maka jadilah puding roti ni....Mabeles rasanya. Saja je bakar lama sikit bagi nampak perang sikit. Resepi ni amik kat rumah Hana, kalau nak tengok resepi asal, klik jer kat SINI ya...

Bahan-bahan

* 8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
* 2 sudu besar Kismis

Sos Kastard
* 1 tin susu cair
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula

Cara-cara
1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak. - aku bakar 45min.

***Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat dengan api perlahan. Tuang ke atas puding roti tadi.

Sodap ooo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...