Pernah mkn x siput ni? Saya pernah makan tapi ni la 1st time memasaknya. Bila gogel, nama siput ni scallop atau dalam bahasa kita kapis. Siput ni la yg jadi logo syarikat minyak Shell tu. Bila tengok siput ni, jadi sayang nak masak sebab cantik. Teksturnya agak kenyal dan rasanya seakan siput lala. Kalau nak masak tu kena la bersihkan bahagian dalamnya yg berlumpur.
Jom kita skodeng resepi kedua untuk tahun ni :)
Bahan-bahan :)
1 kg scallop
2 biji cili merah *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
5 biji cili api - di belah - utk extra pedas
1 batang serai - diketuk
1/2 cawan air - boleh lebihkan jika suka berkuah
3 sb minyak
Garam
Cara-cara;
1. Siput dibersih, basuh dan toskan. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak, masukkan serai, tumis hingga wangi. Masukkan pula bahan kisar.
4. Masak hingga cili masak dan agak garing. Masukkan pula siput.
5. Biarkan hingga siput masak dan kuah menjadi pekat.
6. Perasakan dengan garam dan kacau seketika sebelum ditutup api.
Siput scallop sebelum dimasak. Cantikkan?
Beli kat mana siput ni puan.. Saya dh lama teringin nk mkn..
ReplyDelete