Click jer klau ada iklan :)

Friday, August 13, 2010

INFO - PUDINA ELAKKAN MULUT BERBAU

Apabila bakteria memecahkan makanan di dalam mulut, ia melepaskan kimia yang berbau busuk. Sekiranya anda tidak prihatin dengan rutin pembersihan mulut, ia akan bertambah berbau, Untuk mengelakkan mulut berbau terutamanya selepas makan, kunyahlah gula-gula getah tanpa gula untuk membersihkan bakteria. Selain itu, mengunyah daun pudina juga memberikan kesegaran pada mulut.

Sumber; Majalah Rapi

PETUA - AIS SEGARKAN TOMATO


Tomato sememangnya mempunyai pelbagai khasiat, namun ia cepat rosak. Bagi mengekalkan kesegaran dan ketahananya, pastikan anda merendam tomato tersebut ke dalam ais bergaram selama setengah jam. Kemudian barulah disimpan.

Sumber; Majalah Rapi

Thursday, August 12, 2010

KAWAN - KAWAN

Assalamualaikum.....
Diam x diam dah 2 hari kita berpuasa. Bila bulan pose jer mesti smua org pergi Pasar Ramadhan... x terkecuali la aku.... tiap2 petang msti cari kuih muih.
Tp setiap kali pergi pasar Ramadhan yg dekat dgn rmh aku, aku mesti dlam dilema... Ada 3 org kawan aku berniaga di tempat yg sama & gerai mereka berdekatan...
Jadi tiap2 hari aku akan beli kuih kat ketiga-tiga kawan aku tu... klau beli kat salah sorang, mesti yg sorang lg 1 tu kecit hati (ini andaian aku sekiranya aku di tempat mereka).... Kalau x, jgn bli dr ketiga-tiganya... Adilkan?
Aku adalah aku. Dengan cara aku :)
SELAMAT BERPUASA!!!
Kawan sejati x kenal warna & paras rupa...Saling menjaga hati & perasaan.......

& Saling sayang menyayangi.....



Friday, August 6, 2010

AH LAN WA SAH LAN YA RAMADHAN.....

SELAMAT BERPUASA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI AMALAN KITA DIBERKATI OLEH NYA... AMINNN...

Wednesday, August 4, 2010

JM BERIANI HOUSE

Assalamualikum.......
Minggu lepas kita org adik beradik makan di JM Beriani House. Aku mmg suka nasi beriani ni. Especially beriani kambing. Kalau kena yg pndai masak.... mmm mmg best, daging lembut & x berbau. JM Bariani ni kira sedap gak la. Kira boleh lawan nasi beriani fav. aku kat Pasar Mlam Taman Tun. Nanti aku explore kat tmpt lain pulak... cari kat mana paling sedapppp

JM Bariani House @ Giant Kota Damansara
My fav. Beriani Kambing....acar dia sedap gak

Mee Bandung pun ada.... rasanya x menghampakan.. tp masih x leh lawan Mee Bandung Muoo


Tgk budak ni mkan... berterabur.... mcm mood dia gak

Apapun klau dari 5 bintang aku bagi 31/2. Opps lupa lak nak komen...kat sini air x bnyk pilihan. So minum jer la apa yg ada. Kita org mnum nescafe, milo & jus roselle :)


Thursday, July 22, 2010

FLORIA @ PUTRAJAYA

Salam semua....
Mmmm dlm sibuk2 nak pindah, sempat gak update blog ni. Smntara tngu org angkt brg, baik buat sesuatu yg kita suka :) Kali ni nak bwa smua jln2 kat Floria @ Putrajaya.....Best....tp pnat berjalan, smpai sakit kaki. Terima Kasih pada adik yg sudi bwa kakak jln2 ya...

Welcome :D
Kiambang - ni foto yg aku suka :)

uuuu anyaknya mungeee - kata Ami

Bunga lagi....


Lagi2 bunga

Hehehe.... negeri ku

Bunga pokok Halia Merah


Spesis baru - Orkid Harimau
4 tahun baru blh berbunga

Pokok ati-ati

Kekwa ~ I like

Ada persembahan pancaragam dr bdk skolah

Orkid-lah
Sebenarnya bnyk gak gambar yg aku ambil. Tapi mlas nak tunggu utk upload. Klau org yg ada camera canggih mmg dpt view dgn lbih cntik lg.....Apapun mmg best. X rugi pergi. Makanan pun sedap2 & agak murah. So, tunggu la thn depan pulak ya....Msti bnyk nak diborong nanti.....

Wednesday, July 14, 2010

BRUSCHETTA


Salam semuaaa. Lama rasanya x update blog ni. Inipun amik kesempatan masa tngu cik abg dtg amik. Klau x berkulat rasanya gambar kat file..... Resepi ni akak yg ajar. Senang jer buatnya. Skali tgk, msti dah tahu. Rasanya pula memikat..... Ni masakan orang Itali tapi masih sesuai utk tekak Asia kita......Jom skodeng bahan2...

  • Bahan2
  • 1 ketul roti Perancis (yg pnjg tu...)
  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 bungkus daun selasih (Basil leaf)
  • 3-4 keping keju - blh juga guna keju parut
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit minyak zaitun

Cara2
Roti dipotong menyerong setebal 1/2 inci. Tomato & bawang besar dipotong dadu. Bawang putih di parut. Keju dipotong kecil. Letakkan roti atas dulang pembakar yg dialas dgn aluminium foil. Taburkan tomato, bawang putih, bawang besar, daun selasih, dan keju. Bakar dgn suhu 100 selama 5 minit. Hidangkan atas pinggan & curahkan sedikit minyak zaitun. Enak di makan panas2.
Ni la rupanya sblm di bakar.

*** Bruschetta ni ada pelbagai versi. Kita blh tambah pelbagai bahan yg kita suka. Terpulang pada selera masing2. Yg paling asas cuma roti, keju, tomato, bawang putih & minyak zaitun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...