Click jer klau ada iklan :)

Thursday, August 26, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Tahukah kita, org dizaman dahulu melaungkan Merdeka dengan penuh semangat sambil menitiskan air mata! Betapa peritnya masa2 yang mereka lalui untuk mencapai kemerdekaan. Semakin lama, semangat ini semakin hambar..... Sebagai generasi ke-3 selepas kemerdekaan, kita hanya mendengar cerita tentang kemerdekaan.
Di zaman ini org menyambut merdeka sambil berpesta, menari di kelab2 malam. Mereka hanya menganggap Hari Kemerdekaan adalah sebagai cuti umum. Apakah definasi kemerdekaan utk anak cucu kita nanti. Mampukah mereka bayangkan dan selami apa yg dilalui oleh moyang mereka dahulu?
Apapun tafsiran anda tentang kemerdekaan, kibarkan Jalur Gemilang tanda anda sayangkan negara.
SELAMAT HARI MERDEKA!!!

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN

Esok kita akan menyambut Nuzul Al-Quran.... jadi, saya ingin berkongsi sedikit info yg sya dpt dari blog Izo (http://www.izoblog.com/bicara-agama/nuzul-al-quran). Terima Kasih ya atas ilmu ini.

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: “…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad S.A.W) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (Al-Anfaal 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (Al-Anfaal 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah S.A.W berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi S.A.W sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Tuesday, August 24, 2010

IKAN KELI - YG HALAL & HARAM


Salam semua......
Mmm tentu ramai peminat ikan keli di luar sana. Klau kena gaya masakanya mmg sedap. Isinya lemak dan lembut. Info ni saya terima melalui email dari kawan saya Rozlan. TQ Lan. Harap2 dapat memberi manfaat & panduan utk kita apabila hendak membeli ikan keli nanti. Klau yg dah siap masak tuuu .. ssh sikit la nak tengok. Apapun jom kita lihat perbezaan antara ikan keli yg makan bahan haram dan bahan halal ..
Haram
(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal
(diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) ·
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup




Monday, August 23, 2010

PULUT KUNING & KARI DAGING

Salam semua...
Ni la menu berbuka utk semalam. Tiba2 jer teringin mkn pulut kuning. Cicah lak dgn kuah kari ..... fuhhh memang layan.......
Cara masak pulut kuning ni berbeza ikut negeri. Mcm di Johor, pulut direndam, kukus & gaul dgn santan & ditanak kembali.
Berlainan dgn sblh utara (my mertua style) .. pulut direndam & ditanak. Bila nak mkn barulah di gaul dgn santan yg diletakkan serbuk kunyit...
Apapun caranya...jom kita tgk resepi :)

PULUT KUNING

Bahan2;
2 cawan beras pulut - basuh & rendam dgn serbuk kunyit selama 2 jam
1 biji kelapa - amik santan pekat sahaja
1 s/k garam - gaulkan dgn santan

Cara;
Panaskan kukusan. Toskan beras pulut. Tanak hinggan separuh masak (anggaran 1/2 jam). Angkat dan gaulkan dengan pati santan hingga sebati. Kukus kembali pulut tadi hingga masak (anggaran 1 jam). Dahpun siap. Pulut yg dikukus begini boleh tahan 2 hari tanpa dipnaskan.


Kari daging ni aku buat yg simple jer..... Tapi rasanya tetap mabeles.... :)
KARI DAGING
Bahan2 utk kari daging;
300 gm daging btg pinang
1 bungkus kecil serbuk kari
2 biji bawang kecil - dimayang
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
5 biji cili padi- optional*
2 biji kentang - dibelah 4
1/2 biji kelapa - ambil santan pekat sahaja
2 s/b kerisik
3 jenis rempah tumis
Cara2;
Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak, mskkan bahn tumis, bawang kecil & bahan kisar. Tumis hingga naik bau, kmudian mskkan bahan kisar. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging masak hingga daging empuk, barulah mskkan kentang.
Akhir sekali mskkan santan, kerisik & perasakan dgn garam.
Masak hingga kuah agak pekat. Sedia utk dihidang :)

Saturday, August 21, 2010

MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN

Salam Ramadhan semua.... mmm arini dah msk ari yg ke 11 kita berpuasa.... Sekejap jer masa berlalu. Hari ni merupakan hari pertama banyak lebihan makanan x terjamah. Sebelum ni mmg x de yg terbuang. Sedih...... :(
Arini aku masak pulut kuning & kari daging. Masak cukup2 utk kmi berdua & sebahagian lg utk jiran sebelah rumah. Nanti aku upload resepinya yaaa...
Tapi.... x sangka lak nak msk waktu berbuka, jiran aku hntr sepinggan besar beehon goreng & puding. Adussss bnyknyaaaa. Sapa nak hbiskan ni.....
Aku x salahkan jiran aku.... cuma sedikit kesal dgn anak2 zaman skrg ni. Berjanji x tepati. Lebih2 lagi dgn ibubapa sndiri. Mesti sedih & kecit hati dia bila msk bnyk2, last2 anak cancel last minute.....aku pun rsa marah.
Dan aku jadi sebahagian dari episod ni... tlg hbiskan apa yg dia dah msk.
Harap2 crita ni dpt diambil iktibar w'pun kita smua dah ada kluarga sndiri. Klau rsa x blh tepati, jgn berjanji. Sebab tu aku klau nak blk kg, trus jer blk. X perlu bg tau...Surprise...mak & abah pun rsa seronok...Tp sblm tu survey la dulu.... nti blk .. org x de kat rmh..kita yg surprise :)
Aku rsa aku teringat satu pepatah Melayu yg ada kaitan dgn crita ni:
LEMBU DIPEGANG PADA TALINYA
MANUSIA DIPEGANG PADA JANJINYA
Cuba la kita berbuat baik sebaik mungkin kepada org tua kita selagi hayat mereka masih ada. Jika tidak, kita pasti akan menyesal 1 hari nanti.
Renung renungkan....Selama Beramal :)

Aku pada hari ni...........

Friday, August 20, 2010

MEE UDANG

Salam semuaaaaa.......Arini nak kongsi resepi yg di msk smlm untuk berbuka. Resepi ni amik kat myresepi (Che'Iza). Terima Kasih ya utk resepi ni. Memang sedap & mudah disediakan. Klau nak cuba.... memang berbaloi... Cik abang kita siap ckp ; "La ni nak mkn Mee Udang x pyah pi Penang"...... :)) Jom skodeng bahan;

Bahan2;

1 kg mee kuning (kita guna 500gn jer)
300 gm udang saiz L (kita guna 9 ekor)
4 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering (kita guna 2 sudu)*
1/2 inci halia*
1 sudu besar petis (kita x letak - x de)
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Sawi, taugeh, daun bawang & bawang goreng
Gula & garam
Keledek/kentang - rebus & dilenyek utk pekatkan kuah (optional - kita x letak)

Cara2

Rebus udang hingga masak (kita tunggu smpai udang timbul). Tapis & kluarkan udang & asingkan. (kita guna 3 cawan air)
Tumis cili kisar hingga garing & masukka bahan bertanda * yg telah dikisar. Biarkan hingga pecah minyak & garing.
Masukkan air rebusan udang biar hingga kuah mendidih & masukkan sos tomato, sos cili.
Masukkan garam & gula
Celur mee, sawi & taugeh.
Susun udang di atas mee semasa hidang & curahkan kuah. Hiaskan dgn bawang goreng & daun bawang. Dahpun siap..... :)

Jemput makan :)

Wednesday, August 18, 2010

PERSOALAN HUKUM - ORANG YANG SUKA MENGAMPU-AMPU (BODEK)

Assalamualaikum,

Saja nak share email dari kwn baik saya (Ramlah). Jom kita renungkan bersama... Harap2 kita tidak tergolong dlm golongan kaki ampu :)

Apa hukumnya di sisi Islam orang-orang yang suka mengampu bos-bos & sukamengada2kan cerita supaya dia mendapat kelebihan dari orang lain dandipandang bagus oleh bosnya padahal kerjanya tak seberapa berbanding dengankami yang bertungkus lumus lebih darinya.saya x lah nak kata yang saya &kawan2 ni bagus dari segala segi tapi ada di antara kami yang berhakmendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi atas penat lelah yang merekatelah lakukan selama ini.Semua yang saya & kawan2 buat semua x kenabos selalu memuji beliau keranaberjaya melakukan tugasan yang diberikan dengan cepatsedangkan kami semuatahu yang melakukan tugasan tersebut adalah orang lain (tp takut nakbersuara)..Golongan macam ni suka memburukkan perihal kawan-kawan lain didepan bosnya...sdgkan dia selalu bercakap hal hal yang berkaitan Agamadepan saya atau kawan-kawan yang lain bila keluar atau bila makan bersama2tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya?Terima kasihharap dapat penjelasan dari ustaz.

Jawapan:
Waalaikumusalam pada yang bertanya.Wowini Isu sensitifyang selalu terjadi di mana-mana pejabat sekalipunatau lebih popular & dikenali sebagai Politik Pejabat. Perangai sukamengampu adalah perangai yang di keji oleh syarak dan Nabi saw selaluberpesan jangan suka mengampu-ampu dan orang yang suka mengampu itu adalahsebesar2 pendusta.Sebab itu penting bagi seorang bos untuk mengetahui peranan antara seorangpekerja berdedikasi & juga peranan seorang pengampu (kaki bodek) dalamsesebuah jabatan yang dipimpinnya.....yang mana pada zaman sekarang ianyalebih dikenali sebagai Politik Pejabat dan telah pun wujud sejak sekianlama. Inilah perkara-perkara yang perlu di titik beratkan oleh seorang bos(baik lelaki atau wanita) walau pun beliau memimpin dalam kelompok kecilsekalipun. Buatlah pertimbangan dengan sewajarnya & lakukanlah Solatistikharah pada setiap masa & mengadulah kepada Allah (kalau bos ituMuslim) sebelum membuat keputusan yang besar seperti melibatkan masa depan& hala tuju seorang pekerja yang dipimpinnya & jangan sampai ada yangteranaiya disebabkan kesilapan & keputusan yang telah dibuat oleh seorangbos kerana terlalu percaya kepada apa yang disampaikan oleh orang lainkepada beliau tanpa membuat sebarang siasatan terlebih dahulu. Setiapperkara mestilah diselidiki terlebih dahulu kerana dikhuatiri ianya adalahfitnah bagi menjatuhkan atau mengelapkan masa depan seseorang pekerja itu.Jika dalam masa yang sama dia (pengampu) memburukkan pula orang lain makaterlebih lah lagi kejinya disisi syara'. Hasil gaji yang di perolehinyapada setiap bulan tidak ada keberkatannya dan terkadang ada ulamak2 yangmenghukumkanya jatuh kepada haram kerana telah menabur fitnah & mengada2kancerita yang tidak betul tentang seseorang pekerja.Saya x nak mengulas panjang berkenaan perkara ni kerana telah diperbahaskandulu (sila rujuk pada artikel saya yang menguraikan berkenaan Isu ini dalamtajuk PEMIMPIN - Adakah kita telah memimpin mengikut Ajaran & TuntutanIslam ???????Ni satu lagi, orang yang selalu bercakap atau pandai cakap dalam bidangagama bukanlah lesen untuk dihalalkan perbuatan mereka yang haram.Perbuatan Haram tetap haram samada pandai bercakap agama atau sebaliknya.Bahkan yang pandai bercakap perkara agamalah yang sepatutnya menunjukkansikap yang baik dan bukannya suka mengampu-ampu. Pada sahabat yangbertanya, jangan kerana Nila setitikhabis rosak Susu sebelangamaksudnya..jangan hanya disebabkan segelintir mereka2 yang sukamempermainkan Agama & bertindak sebaliknya, maka golongan Ustaz2, TuanGuru2 atau pun ulamak2 diheret sama dalam permasalahan iniyang batil tetapbatil& yang hak tetap hak.
Wallahu Taala Alam

Friday, August 13, 2010

INFO - PUDINA ELAKKAN MULUT BERBAU

Apabila bakteria memecahkan makanan di dalam mulut, ia melepaskan kimia yang berbau busuk. Sekiranya anda tidak prihatin dengan rutin pembersihan mulut, ia akan bertambah berbau, Untuk mengelakkan mulut berbau terutamanya selepas makan, kunyahlah gula-gula getah tanpa gula untuk membersihkan bakteria. Selain itu, mengunyah daun pudina juga memberikan kesegaran pada mulut.

Sumber; Majalah Rapi

PETUA - AIS SEGARKAN TOMATO


Tomato sememangnya mempunyai pelbagai khasiat, namun ia cepat rosak. Bagi mengekalkan kesegaran dan ketahananya, pastikan anda merendam tomato tersebut ke dalam ais bergaram selama setengah jam. Kemudian barulah disimpan.

Sumber; Majalah Rapi

Thursday, August 12, 2010

KAWAN - KAWAN

Assalamualaikum.....
Diam x diam dah 2 hari kita berpuasa. Bila bulan pose jer mesti smua org pergi Pasar Ramadhan... x terkecuali la aku.... tiap2 petang msti cari kuih muih.
Tp setiap kali pergi pasar Ramadhan yg dekat dgn rmh aku, aku mesti dlam dilema... Ada 3 org kawan aku berniaga di tempat yg sama & gerai mereka berdekatan...
Jadi tiap2 hari aku akan beli kuih kat ketiga-tiga kawan aku tu... klau beli kat salah sorang, mesti yg sorang lg 1 tu kecit hati (ini andaian aku sekiranya aku di tempat mereka).... Kalau x, jgn bli dr ketiga-tiganya... Adilkan?
Aku adalah aku. Dengan cara aku :)
SELAMAT BERPUASA!!!
Kawan sejati x kenal warna & paras rupa...Saling menjaga hati & perasaan.......

& Saling sayang menyayangi.....



Friday, August 6, 2010

AH LAN WA SAH LAN YA RAMADHAN.....

SELAMAT BERPUASA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI AMALAN KITA DIBERKATI OLEH NYA... AMINNN...

Wednesday, August 4, 2010

JM BERIANI HOUSE

Assalamualikum.......
Minggu lepas kita org adik beradik makan di JM Beriani House. Aku mmg suka nasi beriani ni. Especially beriani kambing. Kalau kena yg pndai masak.... mmm mmg best, daging lembut & x berbau. JM Bariani ni kira sedap gak la. Kira boleh lawan nasi beriani fav. aku kat Pasar Mlam Taman Tun. Nanti aku explore kat tmpt lain pulak... cari kat mana paling sedapppp

JM Bariani House @ Giant Kota Damansara
My fav. Beriani Kambing....acar dia sedap gak

Mee Bandung pun ada.... rasanya x menghampakan.. tp masih x leh lawan Mee Bandung Muoo


Tgk budak ni mkan... berterabur.... mcm mood dia gak

Apapun klau dari 5 bintang aku bagi 31/2. Opps lupa lak nak komen...kat sini air x bnyk pilihan. So minum jer la apa yg ada. Kita org mnum nescafe, milo & jus roselle :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...