Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, August 10, 2011

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS


Ini sebenarnya menu hujung minggu aritu. Buat masa buka puasa dgn adik beradik. Best buka reramai. Makan pun selera....hihihihi. Resipi ni amik kat rumah Kak Ummi . Terima Kasih Kak Ummi. Memang ada rasa ala2 Kenny Rogers la ayam  ni. Masa memerap pun dah ada bau mcm tu. Lps ni blh la buka "Ida Rogers" lak :). Ayam ni sesuai dimkn begitu saja atau dgn nasi, tp saya mkn dgn nasi ayam dan buat sup dan sambal cili utk dimkn bersama nasi tadi. Jom kita skodeng resepi......

Bahan-bahan :)

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) - saya potong 4

Bahan2 untuk perap ayam : -
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - saya guna lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran (saya guna rosemary, oregano + basil)
1 1/2 sudu teh garam halus
2 biji kentang - sendiri letak
1 batang carrot - sendiri letak
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.- saya perap 3 jam
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
    Saya bakar kentang dan carrot bersama ayam.
5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. )

Kuah yg berlebihan, saya curahkan atas ayam :)


Tuesday, August 9, 2011

OREO CHEESE CAKE


Salam semuaaaa.....
Sekejap jer kan dah seminggu kita berpuasa. Kali ni buat projek kek yg tertangguh sejak bulan lepas. Ksian besday gurl tu.... hik hik hik. Sori ya kakek. Resepi ni amik kat My Resepi , resepi asal oleh Joyce tp ditulis semula oleh Kak Ummi :) Terima Kasih ya utk resepi yg sedap dan mudah ni. Memang mabelesss. Meh kita tengok resepi sesameee.. 

Bahan-bahan :  (loyang bulat 8 inci)

30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan - saya letak 500gm
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara-cara
1.Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
2.Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. 3.Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
4.Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
 5.Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
6.Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.
 
***Saya gunakan krim biskut oreo utk buat bunga atas kek :)



Pandangan dari sisi :)

Nyum nyum..

Monday, August 8, 2011

ASAL USUL DAN UNIKNYA KEJADIAN BUAH KURMA


Hari ni saya nak kongsi info yg saya dapat dr email seorang kawan. Menarik kisah kejadian kurma yg boleh dikaitkan dengan kejadian manusia.  
Biasanya buah tamar @ kurma sering dikaitkan dgn bulan Ramadan dan dalam bulan inilah terdapat banyak pilihan buah kurma yg terdapat di pasaran. Sudah menjadi satu kemestian bagi orang Islam untuk berbuka, didahului dgn memakan buah kurma. 

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah.

Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Wallahualam

Friday, August 5, 2011

PETOLA MASAK TUMIS AIR


Mmmm sekejap jer dah 5 hari kita pose kan? Hari ni mcm x de mood nak menulis, kita skodeng resepi jer la ya. Menu ni antara menu kegemaran famili saya, tp skrg ianya pun dah jadi kegemaran en asben. Mudah disediakan sedap dan berkhasiat. Lebih sedap lagi  klau cuaca panas, mmg sedap hirup kuah dia....joom kita tgk bahan2 dia yeeeaa

Bahan-bahan :)
2 biji petola - bersihkan kulit dan potong serong
Segengam udang kertas - bersih dan toskan
3 biji bawang kecil - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
3 cawan air
10gm soo hun - direndam
Garam

Cara-cara
1. Didihkan air dlm periuk dan masukkan udang, petola dah soo hun.
2. Biarkan seketika hingga petola berubah warna dan soo hun mengembang.
3. Perasakan dgn garam, dan boleh la di tutup api.
4. Dalam kuali, goreng bawang putih dan bawang kecil hingga kekuningan.
5. Angkat dan masukkan bawang dalam sayur tadi. X perlu dikacau.
6. Masukan 2-3 sudu minyak yg masih panas ke dalam sayur. Sedia utk dihidang :)


Thursday, August 4, 2011

KEK PISANG LAGIIII

Uikkkksssssss jgn terkejut ya, tetiber jer ahkak rajin update blog. Maklum la bulan pose, mcm2 diidamkan.
Kek ni saya buat sbb nak hbiskan pisang yg dah ranum pemberian jiran sebelah rumah. Memula nak buat Kek Pisang Gebu  tp stok tepung gandum tingal 1/2 cawan jer, nsib baik tepung naik sndiri ada lg. Campurkan je la, pastu saya gantikan gula dgn gula perang....mmmm lagi mengancam jadinya :). Tengok resepi yok :D

Bahan-bahan :)

1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 s/k baking powder - saya x letak
1 s/k soda bikarbonat 
1 cawan gula perang
1 1/4 biji pisang yang telak dilenyek - saya gunakan pisang berangan
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

Cara-cara
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Wednesday, August 3, 2011

BATANG KELADI MASAK ASAM

Assalamualaikum....
Rasanya belum terlewat lagi nak ucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua. Semoga amalan  kita pada Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Mudah-mudahan. Biasanya waktu bulan puasa ni la kita mencuba pelbagai menu yg banyak terdapat di bazar Ramadhan. Boleh jadi rambang mata tengok...tambahan pula perut tengah lapar waktu memilih, semua nak dibeli. Bagi saya berbuka di rumah lebih diberi keutamaan, masak menu yg ringkas sudah memadai.
Menu ni saya masak untuk berbuka semalam. Memang membuka selera dgn rasa masam dan masinya. Kalau ikut cara org Kerinci masak, mereka menggunakan cili api, tapi kali ni saya hanya mengunakan cili kering sahaja sbb takut sakit perut jika berbuka dgn masakan yg terlalu pedas. Apa kata kita tengok resepi mudah & sedap ni :)

Bahan2
3 pokok keladi minyak (saya beli saiz yg kecil)
5 sb cili kisar
3 biji bawang kecil *
2 biji bawang putih *
Sedikit kunyit hidup *
2 keping asam gelugur
2 ekor ikan sepat masin - optional
Segenggan ikan bilis
Sedikit daun kesum
3 cawan air
Garam

Cara-cara :
1. Batang keladi di potong memanjang (+- 3 inci) dibuang kulit dan diasingkan isi dan batangnya. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda * dan campurkan dgn cili kering.
3. Masukkan air ke dalam periuk, cili, ikan bilis dan asam gelugor. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan pula isi keladi, biarkan seketika sebelum dimasukkan batang keladi dan daun kesum.
5. Masak hingga batang keladi agak lembut dan perasakan dgn garam.
6. Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng ikan sepat hingga kekuningan. Potong kecil dan masukkan ke dalam lauk tadi. Sedia untuk dihidang :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...