Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, November 30, 2011

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN


Selamat pagi :)
Semoga hari ini semuanya ceria dan kesihatan dlm keadaan yg baik. Harini nak share resepi kuih Bingka Roti Kukus Pandan yg saya ambil kat blog Kak Ummi. Terima Kasih Kak Ummi. Rasa teruja nak buat sebab dengar komen dr komen Kak Ummi yg kuih ni memang sedap sampai 2 kali buat dalam sehari. Bagi saya kuih ni memang sedap dan lemak, cuma kurang suka teksturnya yg agak lembut. Next time nak bakar seketika selepas dikukus supaya dapat kerak..mesti best :) Meh kita skodeng resepi...

Bahan-bahan :)
8-10 keping roti putih - saya guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil
200 ml santan - saya & kak Ummi guna santan kotak Kara
200 ml air
1 cawan gula - saya & Kak Ummi  letak 3/4 cawan gula kastor
4 biji telor
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara :)
1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.

2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.

3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (saya & Kak Ummi sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.

4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.

5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (saya & Kak Ummi balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).

6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (saya makan panas2...hahaha)


Jemput makan :)

Tuesday, November 29, 2011

HEAVENLY CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE TOPPING


Salam :)
Hari ni nak share 1 resepi Kek Carrot yg agak  "sarat"  dengan pelbagai bahan2. Tetapi 3 bahan telah saya tukarkan dgn bahan yg ada dalam stok.Apapun kek ni mmg sedap cuma pada yg x suka rasa kayu manis tu blh la kurangkan sedikit sukatanya. Resepi amik kat blogger masakan yg terfemes tu.... Cik Mat. Terima Kasih Mat :). Akak C&P sekali ya...

Bahan-bahan :)

1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar - saya x letak
1/2 cawan kelapa kering - saya gantikan dgn quaker oat
1/2 cawan kacang walnut, cincang - saya gantikan dgn 1 cawan badam yg dibakar dan dicincang

Bahan Cream Cheese Toping :)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

Cara-cara :)
1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

3. Masukkan nenas, lobak merah parut, quaker oat dan badam tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

5.UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

 

Tuesday, November 22, 2011

BIHUN GORENG LADA HITAM

Salam....
Minggu ni mcm x berapa selera nak mkn nasi. Lepas mkn mee kita makan bihun pula ya. Kalau ikut resepi mak, dia kisar ikan bilis sekali tapi x letak udang, tapi saya abaikan ikan bilis dan gantikan dengan udang. Terpulang pada selera masing2. Mari kita tengok resepi sesama :)

Bahan-bahan :)
1/2 bungkus bihun - rendam dan toskan
1/2 biji lobak merah
10 ekor udang
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
1 sb lada hitam *
5 biji cili api * - utk extra pedas
2 pokok sawi - potong 1"
2 fisah cake
10 biji fish ball
1 mangkuk kecil tauge
Daun sup utk hiasan
Minyak
Garam

Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda *, Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga agak garing.
3. Masukkan lobak merah dan udang, kacau rata.
4. Masukkan pula fisah cake, fish ball, garam dan bihun. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan sawi dan tauge, kacau seketika sebelum diangkat.


Monday, November 21, 2011

MEE GORENG SEMPOI

Salam...
Harini kita jamu mata dengan resepi bidan terjun. 1st time saya goreng mee tanpa menggunakan cili kisar tetapi hasilnya sungguh memuaskan dan sudah beberapa kali diulang atas permintaan en asben :). Kekadang kita hanya perlu bahan yg paling asas utk mendapat hasil yg terbaik. Jom kita tengok resepi...

Bahan-bahan :)
400gm mee kuning - celur dan toskan
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - dihiris
1 sb serbuk cili
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb kicap
1 biji telur
2 pokok sawi - potong 1"
1 cawan udang kertas - bersih dan toskan
Daun sup utk hiasan
Minyak

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan besar hingga kekuningan. Masukkan udang, serbuk cili. Kacau seketika.
2. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau lagi.
3. Pecahkan telur, masukkan mee dan kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan sayur, kacau seketika sebelum diangkat. Siap.
*** X perlu dimasukkan garam kerana sos tiram dah memasinkan mee tersebut.


Friday, November 18, 2011

SUP TELUR DAN KENTANG

Salam semuaa....
Tengok Cik Mat buat, terus terpikat...memang sedap. Klau mood malas nak memasak dan cuaca agak panas, menu ni memang sesuai. Senang dan cepat. Terima Kasih kat Cik Mat...akak copy sekali resepi dia ya Mat :P... Skodeng resepi yok!!!

Bahan-bahan :)

3 biji kentang, kupas, dan potong 8 setiap biji, rendam
30 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
4 - 5 biji telur
1 liter stok ayam @ 1 kiub pati ayam "Maggi" - sya guna kiub jer
Air secukupnya
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Cara-cara :)
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Masak sekejap, kemudian tuang stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.

2. Bila kentang 1/2 empuk. Pecahkan telur, satu persatu tapi pastikan, ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Kecil kan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan2. Tambag fucuk (toskan) dan jika perlu tuang sedikit air.

3. Masukkan soo hoon, tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.


Thursday, November 17, 2011

SOMETHING FOR YOU TO KNOW

Ants Problem:
Ants hate cucumbers.
Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.  



To get pure and clean ice :
Boil water first before freezing.


To  make the mirror shine:
Clean with  sprite

Wednesday, November 16, 2011

CUCUR UDANG TEMBAM vs SAMBAL KACANG


Menu minum petang weekend yg lalu. Memang gebula cucur udang ni mcm tuan punya resepi...hehehe.
Terima Kasih kat Cik Mat Gebu sbb share resepi ni. Tapi kalau ikut resepi asal, cucur udang ni di makan dgn sos cili buatan sendiri, tapi saya lebih gemar makan cucur udang yg digoreng agak garing sedikit dan makan pula dgn sambal kacang. Kena pula dengan teh O panas...memang sedappp

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air - saya jadikan 2 cawan air
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

SOS LADA  (saya mkn dgn kuah kacang)
8 biji cili merah
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

Cara-cara :-)
1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

2.UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

3.UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!.. 
 
 
KUAH KACANG
2 cawan kacang tanah - yg telah digoreng dan dikisar
5 sb cili kisar
1 sb udang kering *
5 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 sb gula merah
1 cawan air
Garam
Minyak
Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
2.Tuang air dan juga masukkan  asam keping. Bila mendidih, tambah gula merah dan perasakan dengan garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
 

Tuesday, November 15, 2011

BLENDED ORANGE CAKE


Kek lagi :) Menu sampingan yg sempat disediakan tempohari. Tersangatlah mudah bahan2nya dan cara penyedianya. Terima Kasih pada Kak Fida dari My Resepi. X perlu menggunakan mixer, semuanya hanya perlu diblender jer. Mudah bukan? Rasanya pun sedap dan walaupun oren dikisar bersama kulitnya sekali tetapi kek tidak terasa pahit.

Bahan-bahan :)
1 biji buah oren
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - saya kurangkan 1 3/4 cwn
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1 genggam kepingan badam - sendiri letak

Cara-cara :
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.






Monday, November 14, 2011

RENDANG DAGING SEMANTAN


Sambungan lagi....
Ni antara salah 1 menu yg saya gandingkan dengan Nasi Hujan Panas. Kalau ikut resepi asal, bahan2 tu untuk 2 ekor ayam kampung dan namanya Rendang Ayam Semantan tp memandangkan ayam dah kehabisan stok sehari sebelum Aidiladha terpaksa la saya tukar kepada daging. Resepi ni saya ambil dari Majalah Rasa keluaran Syawal :). Rasa rendang ni  lebih kurang dengan resepi rendang yg pernah saya cuba. Cuma mungkin berbeza dari segi bahan dan cara penyediaannya. Jom kita skodeng resepi :)

Bahan-bahan :)
500 gm daging batang pinang - hiris lebar dan nipis
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 cm halia *
2 cm lengkuas *
2 cm kunyit hidup *
2 batang serai *
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan kerisik
3 helai daun kunyit - racik halus - saya guna 1 helai
1 keping asam gelugor
200ml santan pekat
5 biji cili padi - sendiri letak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Gaul bahan2 kisar bersama daging di dalam kuali. Masak hingga daging empuk.
3. Masukkan santan pekat, kerisik, asam keping dan daun kunyit. Didihkan lagi.
4. Tambahkan sedikit air sekiranya perlu.
5. Perasakan dengan garam dan masak hinggan kuah agak pekat.



Friday, November 11, 2011

NASI HUJAN PANAS


Jangan terkezutttt... tetiba jer rajin nak update blog. Sebenarnya bnyk gak resepi x berupdate lagi ni. Maknanya ada sesetengah resepi tu dah 2 minggu dalam simpanan... huhuhu. Menu ni saya buat utk Hari Raya Aidiladha tempohari. Resepi ni ambil kat buku 50 Nasi keluaran Karangkraf. Memang best resepi ni..mudah dan sedap :)

Bahan-bahan :)
500gm beras basmathi - saya guna beras biasa jer
125 gm minyak sapi
6 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - di mayang
2 cm halia - dihiris
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan
4 kuntum bunga cengkih
500ml susu cair
1/2 sudu teh pewarna merah
1/2 sudu teh pewarna kuning
1/2 sudu teh pewarna hijau
Garam secukup rasa
Air secukupnya
2 ketul kiub ayam - sendiri letak
1 genggam kismis hitam - sendiri letak

Cara-cara :
1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang putih , bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
2. Tumis pula bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan daun pandan sehingga naik baunya.
3. Masukkan beras dan kacau rata.
4. Masukkan susu cair, air dan garam secukup rasa. masak hingga nasi kering.
5. Titiskan pewarna, gaul sekadar rata.
6. Sedia untuk dihidang.


Thursday, November 10, 2011

KEK SUJI BADAM

Salam Khamis :)
Sepatutnya resepi ni kluar semalam tapi x tau la nape x leh update dan asik error jer. Hbis smua yg sya update semalam.. huhuhu. Even tuan punya resepi ni yg vouge ~ Sue Joshua tu pun x leh buka. Adoooiiiaii...apa sudah jadi. Kita tengok resepi jom. Oppps... lupa nak bagi tau, klau mkn kek ni kita akan  cepat rasa haus, jadi.. sebelum makan tu kena la sediakan botol air kat tepi :)

Bahan-bahan :)
300 gm mentega

4 biji telur
3 cawan tepung suji
3 s/t baking powder
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan badam - dikisar halus
1/2 cawan susu segar (Satu cawan = 250 ml)
1 genggam kepingan badam - sendiri letak

Cara-caranya :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung suji, baking powder, dan badam kisar, kaub balik adunan sehingga sebati, kemudian masukkan susu segar sambil digaul sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar didalam oven pada suhu 150c selama 1 jam atau sehingga masak.
4. Bila kek masak, biarkan betul2 sejuk barulah dipotong.





Wednesday, November 9, 2011

KETAM MASAK LEMAK PEKAT

Ketam! Ketam! Makanan laut yg paling saya gemari :). Walaupun lepas makan kena menggaru, tp sedap punya pasal hentam jer...hik hik hik. Menu ni pun memang menu kegemaran famili saya. Masa 1st time  buat utk suami dulu, trus dia pun suka menu ni. Kira klau beli ketam, mmg x masak lain dah. Rasa pedas + lemak dan manis isi ketam memang mengancam!

Bahan-bahan :)
3 ekor ketam - anggaran berat 300gm seekor
25 biji cili kering *
5 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
1/2 biji kelapa - ambil santan pekat sahaja
1 cawan air - utk memerah santan
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor
1 cawan minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda *. Ketepikan. Bersihkan ketam dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan serai kemudian masukkan pula cili kisar.
3. Masak hingga cili agak garing. Masukkan pula asam gelugor.
4. Kemudian masukkan santan bersama ketam. Masak hingga kuah menjadi pekat.
5. Perasakan dengan garam. Angkat dan hidangkan.



Monday, November 7, 2011

ACAR TIMUN


Sambungan....
Acar kegemaran sekeluarga. Teringat masa kecik2 dulu...klau mak buat nasi minyak, acar timun ni mesti ada. Klau nak cuba, blh la gunakan sukatan di bawah, sbb ia menghasilkan 1 mangkuk kecil sahaja :)

Bahan-bahan:)
1 biji timun - buang biji dan potong 1"
1 biji carrot - buang kulit dan potong 1"
1 biji bawang besar*
3 biji bawang  putih*
2 sb udang kering*
1sb biji sawi
10 biji bawang kecil - pilih yg bulat dan kecil2
5 biji bawang putih - pilih yg kecil
1 biji cili hijau - buang biji dan potong 1"
1 biji cili merah
Minyak
Sedikit air asam
Garam - x perlu letak jika dah cukup masin sbb udang kering dah masin
2 sb cuka - optional

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga benar2 masak.
3. Masukkan carrot, bawang putih dan bawang kecil. Kacau seketika.
4. Masukkan pula timun, cili besar dan biji sawi.
5. Akhir sekali masukkan air asam, cuka dan perasakan dgn garam.
6. Kacau seketika sebelum diangkat.

Sunday, November 6, 2011

DAGING MASAK KURMA

Sambungan lagi.....
Kali ni lauk ke 2 lak ya. Resepi sendiri :) Kita skodeng resepi jer la ya..

Bahan-bahan:)
500gm daging
5 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
2" halia*
1 batang serai*
1 paket kecil rempah kurma
2 biji bawang besar - potong 4 tp jgn putus
2 biji cili hijau - belah 2
2 biji kentang - belah 4
1/2 biji kelapa - ambil santanya
2 bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
Garam
Minyak

Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda *. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis kemudia masukkan bahan kisar.
3. Biar hingga naik bau dan masukkan rempah yg telah dibancuh dgn sedikit air.
4. Masak hingga rempah benar2 masak. (biasanya ia kelihatan berketul2)
5. Masukkan daging dan masak hingga daging lembut.
6. Masukkan kentang dan bawang besar, biarkan seketika sebelum masukkan cili besar.
7. Masukkan pula santan.Perasakan dgn garam. Masak hingga kuah pekat.


Friday, November 4, 2011

AYAM GORENG ALA BERIANI

Sambungan :)
Resepi merupakan salah 1 lauk yg saya gandingkan dgn nasi minyak. Diambil drpd My Resepi juga. Terima Kasih pada tuan punya resepi:). Rasanya lebih sedap jika semasa menggoreng, kita ttp kuali supaya dagingnya tetap lembut walaupun luaran garing dan gunakan api yg sederhana besar.

Bahan-bahan
1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
5 sudu besar pes halia dan bawang putih
1 biji telur
5 sudu besar serbuk cili
sedikit serbuk ketumbar
sedikit serbuk jintan manis
garam secukup rasa
tepung beras secukupnya

Cara-cara :
1.Gaul semua bahan diatas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit.
2.Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya.
3.Goreng dalam deep fryer pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.
4. Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng.
 

Thursday, November 3, 2011

NASI MINYAK

Assalamualaikum :)
Akhirnya berjaya gak nak update resepi sempena Anniversay dan Deepavali ni sebelum Aidiladha :). Kalau masih tercari2 resepi utk Aidiladha, boleh la cuba yaa. Walaupun saya hanya menggunakan beras biasa, teksturnya tetap cantik. Nasi ni tidak muak sbb menggunakan sedikit minyak sapi.Resepi ni saya ambil di My Resepi. Terima Kasih pada tuan punya resepi. Jom tengok resepi :)
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - saya guna beras biasa
6 cawan air (ikut jenis beras)
1-2 biji bwg besar (hiris)
2" halia (hiris)
3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
1 cwn susu cair
sedikit minyak sapi utk menumis - saya guna 3 sb
sedikit garam
sedikit rempah tumis
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan
sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan - saya x letak gajus

Cara-cara
1. Mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan.
2.dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau.
3.Masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.
4.Bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak.
5.Bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
6.Masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...