Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, February 29, 2012

MAGGI GORENG SEMPOI - SIMPLE TAPI MABELES :)

Salam...
Memang dah lama x makan maggi, tapi bila dengar jiran depan rumah buat maggi goreng yg sempoi ni dan sedap, keinginan nak cuba tu membuak-buak. X sangka resepi semudah ni memberikan hasil yg memberangsangkan. Terima Kasih jiranku :). Bak kata en asben, mcm mee goreng mamak la, sedap. Ni yg bersemangat nak buat lagi...hahaha. Oppps sebelum terlupa, nak ucapkan Selamat Hari Lahir pada yg sambut besday arini. Mesti special kan? Sebab 4 tahun sekali baru dapat sambut besday...huhuhu

Bahan-bahan :)
2 bungkus maggi
1 bungkus perencah
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
2 biji telur
5 biji cili api - untuk extra pedas
2 sb kicap
Minyak
Garam

Cara-cara :
1. Masak maggi hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang merah dan masak hingga bawang kekuningan.
3. Masukkan perencah dan pecahkan telur sambil dikacau rata.
4. Masukkan maggi, cili api dan kicap. Kacau rata dan perasakan dengan garam.
Sedia untuk dihidang.
***Jika suka boleh juga diletakkan sayur sawi dan carrot.

Monday, February 27, 2012

KANGKUNG GORENG BELACAN


Salam...
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bln 3 kan? Cepat betul masa berlalu. Sedar x sedar dah nak menghampiri usia emas :). Kaki pun dah mula rasa sakit, gigi pula ada masanya x mampu mengunyah dgn pantas dan cekap seperti dulu, nasib baik rambut masih hitam :). Begitulah kitaran hidup manusia, mau x mau kita perlu menerima seadanya. Uishhh kekadang bila mood sentimental datang menerjah, banyak idea menulis yg datang...boleh terbengkalai resepi utk arini nanti ....
Ni antara resepi yg selalu di "rewind" kat dapur saya. Boleh dikatakan resepi fav... jom skodeng :)

Bahan-bahan :)
1 ikat kangkung
1/2 cawan udang kertas yg sudah di bersihkan
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 biji cili merah - dihiris
Belacan sebesar ibu jari
Air
Garam
Minyak

Cara-cara:
1. Siang sayur kangkung dan basuh dengan cara merendamkan ke dalam besen utk mengeluarkan pasir dan kotoran yg melekat. Toskan.
2. Panaskan minyak, masuk bawang putih, bawang merah, cili dan belacan. Masak hingga kelayuan. Masukkan pula udang.
3. Akhir sekali masukkan sayur kangkung dan perasakan dengan garam. Boleh ditambah dengan sedikit air jika suka ianya berkuah.

Thursday, February 23, 2012

FETTUCINE GORENG PEDAS

Salam bahagia semuaa :)
Resepi arini lari sedikit dari kebiasaan. Biasanya fettucine ni org makan dgn sos carbonara, tapi arini saya goreng. Cuma letakkan bahan2 yg sedia ada dalam fridge. Biasanya masakan yg biasa2 je tu la yg akan menambat selera. Menu ni pun x terkecuali. Bertambah gak makan...ahakssss. Jom kita tengok resepi :)

Bahan-bahan :)
200 gram fettucine
1 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih, cincang halus
2 sudu besar serbuk cili
4-5 biji cili padi - dititik
2 camca teh Mixed Herbs
15 ekor udang besar - dibersihkan
5 batang crab stick 
3 helai basil leaf
2 sk serbuk lada hitam
Minyak zaitun untuk menumis
Garam

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan fettucine, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.

2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis hingga layu dan masukan serbuk cili. Masukkan pula udang, crab stick dan cili padi. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.

3. Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan.



Friday, February 10, 2012

MOIST CHOCOLATE CHIP MUFFIN WITH BUTTERCREAM


Salam Khamis...
Muffin yg pertama utk tahun ni. Buat untuk hantaran adik ipar yg bertunang. Oleh sebab perjalanan yg jauh maka proses piping terpaksa la buat kat kg dan buat deco yg paling ringkas :).Muffin ni kalau buat untuk sukatan di bawah dan cup saiz M, dapat lebih kurang 47 biji. Boleh kurangkan sukatan di bawah jika terlalu banyak. Jom kita semak resepi ;)

Bahan-bahan;
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2/3 cawan serbuk koko
2 sk baking soda
2 biji telur
1 cawan minyak jagung
1 cawan buttermilk @ susu segar
2 sk esen vanila
1 cawan air panas
1 1/2 cawan choc chip
Sedikit sugar decoration - jika suka

Buttercream
500gm krimwell
275gm gula kastor
1 sb butter oil


Cara-cara;
1. Panaskan oven. Sediakan paper cup dan acuan.
2. Ayak tepung, baking soda. Ketepikan.
3. Pukul gula dan butter, mskkan telur dan pukul lagi.
4. Masukkan air panas dan esen vanila.
5. Akhir sekali mskkan tepung yg diayak dan gaul sebati.
6. Masukkan dlm acuan muffin (sya mskkan 1/2 saja), taburkan choc chip dan bakar 15-20 minit bergantung pada oven masing2.
7. Paipkan buttercream mengikut kreativiti masing2.
Untuk buttercream; campurkan semua bahan dan putar hingga tekstur menjadi halus (+- 15min)


Friday, February 3, 2012

SCALLOP GORENG BERCILI

Salam..
Pernah mkn x siput ni? Saya pernah makan tapi ni la 1st time memasaknya. Bila gogel, nama siput ni scallop atau dalam bahasa kita kapis. Siput ni la yg jadi logo syarikat minyak Shell tu. Bila tengok siput ni, jadi sayang nak masak sebab cantik. Teksturnya agak kenyal dan rasanya seakan siput lala.  Kalau nak masak tu kena la bersihkan bahagian dalamnya yg berlumpur.
Jom kita skodeng resepi kedua untuk tahun ni :)

Bahan-bahan :)
1 kg scallop
2 biji cili merah *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
5 biji cili api - di belah - utk extra pedas
1 batang serai - diketuk
1/2 cawan air - boleh lebihkan jika suka berkuah
3 sb minyak
Garam

Cara-cara;
1. Siput dibersih, basuh dan toskan. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak, masukkan serai, tumis hingga wangi. Masukkan pula bahan kisar.
4. Masak hingga cili masak dan agak garing. Masukkan pula siput.
5. Biarkan hingga siput masak dan kuah menjadi pekat.
6. Perasakan dengan garam dan kacau seketika sebelum ditutup api.

Siput scallop sebelum dimasak. Cantikkan?

Thursday, February 2, 2012

SLICE CHEESE CAKE


Assalamualaikum semuaaa :)
Ni merupakan N3 pertama utk tahun ni....hahaha...Dah lama tingal xtvt berblog ni bila nak mula balik..alahaiiiii malasnya. Nasib baik ada rakan2 yg beri sokongan. Terima Kasih bebanyak :). Hari ni nak share resepi yg saya ambil dr blog Ros@Jintanmanis, terima kasih Ros. Percubaan pertama ni kira 50% berjaya sebab cuma bahagian atas jer yg naik dan gebu tp bahagian bawahnya mendap. InsyaAllah akan dicuba sekali lagi. Kek ni memang sedap, lembut dan gebu dan x rugi klau mencubanya. Jom kita skodeng resepi ;

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara :
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.


W'pun bahagianya bawahnya mendap tapi tetap lembut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...